Tuesday, November 21, 2017

PPBM TIDAK BOLEH SELAMATKAN MALAYSIA

Bolehkah Parti Penipu Bersatu Mahathir (PPBM) menyelamatkan Malaysia?

1. Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyatakan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh diharamkan pendaftarannya kerana melakukan tiga kesalahan yang serius.

2. Tiga kesalahan itu ialah TIDAK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MENUBUHKAN SAYAP PEMUDA DIKENALI SEBAGAI ARMADA tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti dan MENANGGUHKAN MESYUARAT AGUNG juga tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

3. Tiga kesalahan ini memang serius kerana ini membuktikan pemimpin PPBM tidak mempedulikan peraturan dan melanggar perlembagaan parti mereka sendiri, tetapi DOSA yang lebih berat lagi adalah cubaan untuk menipu ROS dan ahli parti.

4. Penipuan pertama adalah apabila mereka melaporkan bahawa mereka telah membuat Mesyuarat Agung Khas (EGM) sedangkan ia hanya mesyuarat biasa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

5. Penipuan kedua adalah terhadap ahli parti, iaitu apabila hanya 12 daripada 30 orang ahli MPT telah membuat keputusan untuk meminda perlembagaan tanpa merujuk ahli-ahli parti. Kenapa tidak sampai separuh ahli MPT 12 yang hadir?

6. Terdapat kemungkinan besar PPBM juga berbohong mengenai jumlah ahli parti, terutama di peringkat cawangan dan bahagian. Apabila ditanya, Tun M menjawab "Kami mempunyai bilangan yang ramai tetapi penyusunan organisasi di peringkat bahagian dan cawangan belum selesai." Jika ahli begitu ramai, kenapakah sehingga sekarang jumlah ahli setiap bahagian PPBM tidak diumumkan dan mesyuarat di peringkat cawangan pun masih belum dapat diselesaikan?

7. Jelas, pertama, pemimpin PPBM GAGAL mengurus parti itu dengan baik dan teratur. Kedua, PPBM tidak mampu gagal untuk menulis perlembagaan parti yang baik. Ketiga, PPBM adalah parti yang melanggar undang-undang dan perlembagaan mereka sendiri. Ini tidak menghairankan kerana PPBM ditubuh oleh bekas ahli UMNO yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan parti. Keempat, PPBM adalah pembohong. Tidak pelik apabila mereka kuat berbohong kerana kelahiran PPBM sendiri bertitik tolak daripada pembohongan, iaitu apabila Tun M berbohong kononnya RM42 bilion duit wang 1MDB lesap dan dicuri oleh Perdana Menteri. Apabila sebuah parti lahir atas pembohongan pemimpin-pemimpinnya, maka sehingga sekarang mereka tidak berasa malu menipu ROS dan ahli-ahli parti sendiri.

8. Bolehkah pemimpin yang gagal menguruskan parti, tidak mampu menulis perlembagaan parti yang baik, melanggar undang-undang dan perlembagaan parti sendiri, dan yang menipu ahli-ahlinya mampu menguruskan negara dengan baik? Jika parti sendiri pun susah hendak diselamatkan sekarang, bagaimanakah mereka hendak "SELAMATKAN MALAYSIA"?!! 

sumber facebook TUN FAISAL

komen aku. 
sedia ganti umno. belum apa apa lagi dah jadi parti haram. tunggu masa nak dibubarkan. pilihanraya ke 14 nak dekat.  nak bertanding atas logo DAP kot.  

0 comments:

Related Posts with Thumbnails