Kenyataan Media Pengerusi Barisan Nasional Teng Chang Yeow, 11 Disember 2017
Angka Tidak Akan Berbohong
Kami menggunakan data yang dikumpulkan dari rekod media dan rekod rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyangkal angka Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai penjualan tanah semasa pentadbiran BN dan pentadbiran DAP.
Secara ringkas, seperti kata pepatah, angka tidak berbohong. Rakyat Pulau Pinang kehilangan secara puratanya 1.7 ekar tanah setiap hari selama 9 tahun yang lalu. 1.7 ekar tanah boleh membina 204 unit rumah kos sederhana rendah (dengan ketumpatan semasa sebanyak 120 unit seekar) yang berharga RM72,500 semasa tempoh pentadbiran BN. Dalam erti kata lain, rakyat Pulau Pinang telah kehilangan peluang untuk memiliki 204 unit rumah kos sederhana rendah setiap hari !
Melihat kepada angka itu, ia merupakan satu jualan tanah jumbo selama 9 tahun yang lalu !
Fakta adalah fakta!
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa bahawa pendapatan daripada jualan tanah semasa pentadbiran DAP lebih tinggi daripada pentadbiran BN adalah satu lagi kenyataan yang sangat mengelirukan. Pada tahun 1990an secawan kopi O dijual dengan harga 60 sen tetapi kini ia dijual dengan harga RM1.20. Seseorang tidak boleh mengatakan bahawa pemilik kedai kopi sepatutnya menjual secawan kopi O dengan harga RM1.20 pada tahun 1990an untuk memaksimakan keuntungannya, tetapi kos kehidupan yang sebenarnya ialah harga itu mencerminkan harga bahan dan barangan dalam tempoh masa itu. Jika pemilik kedai kopi tersebut menjual secawan kopi O dengan harga RM1.20 pada masa itu, kedai kopi itu sudah lama gulung tikar!
Gaji dan elaun Ketua Menteri dan ahli EXCO telah meningkat dua kali ganda berbanding dengan pentadbiran BN sebelumnya. Bolehkah Kerajaan Negeri menyatakan mereka lebih jimat cermat daripada kerajaan sebelumnya? Gaji dan elaun telah meningkat dan begitu juga harga tanah sejak beberapa tahun yang lalu! Berhenti mengelirukan rakyat!
0 comments:
Post a Comment