Tuesday, March 22, 2016

TIGA PEGAWAI #SPRM MASUK PEJABAT SUK KETUA MENTERI #SUSPECTPCM #LGERASUAH #




blog Malaysia Today Raja Petra mendedahkan tender perolehan tanah di Taman Manggis terbukti telah menukar status yang pada asalnya 100% untuk pusat perubatan swasta yang kemudiannya di tukar kepada 30% untuk pusat perubatan swasta dan 70% untuk hotel dan servis apartment

lagi banyak ketua menteri cuba mengelakkan ,,lagi banyak perkara terbongkar, terus kan dengan coffee break.  KLIK UNTUK BERITA PENUH


Monday, March 21, 2016

KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN TASEK GELUGOR MAHU KAN SIASATAN TERHADAP KETUA MENTERI DI BUAT SECARA TERPERINCI #lgerasuah #suspectpcm #duluubahsekarangrasuah

Kenyataan Media
Nashrol Hisham Bin Abdullah
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bah. Tasek Gelugor.

Assalamualaikum WBT...

SIASAT LIM GUAN ENG DENGAN TERPERINCI...
------------------------

Saya, Nasrol Hisham Bin Abdullah, selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Tasek Gelugor, mewakili aspirasi anak2 muda di dalam parlimen Tasek Gelugor, dengan ini mendesak dan menggesa agar pihak berkuasa khususnya SPRM menjalankan siasatan secara terperinci di atas dakwaan Ahli Parliman Tasek Gelugor, YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya, serta laporan yg telah dibuat oleh pelbagai pihak berhubung tindakan bercirikan penyalahgunaan kuasa dalam isu tanah Taman Manggis, yg turut dikaitkan dengan wujudnya keraguan dalam urusan jual beli 1 unit rumah banglo di Jalan Pinhorn melibatkan Ahli Parlimen Bagan yg juga Ketua Menteri P. Pinang, YAB Lim Guan Eng...

Terlebih dahulu, kami, mewakili pemuda Tasek Gelugor mengucapkan syabas kepada YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya, yg juga merupakan Ahli Parlimen kami kerana telah membuka mata rakyat Malaysia, khususnya rakyat P. Pinang... pendedahan yg dibuat oleh YB Datuk jelas menunjukkan kegagalan kerajaan negeri P. Pinang pimpinan Lim Guan Eng mentadbir urus dgn telus, amanah dan penuh akauntabiliti, sepertimana yg mereka sering canangkan selama ini...

Tindakan LGE yg cuba mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka dalam satu sessi 'coffee break', semalam, bagi kami, adalah usaha LGE untuk cuba mengalihkan perhatian umum daripada memberi tumpuan kpd isu sebenar... LGE akan tampil kononnya dia hero kerana berani mencabar utk bersemuka... hakikatnya, pendedahan ini telah dibuat melalui sidang parlimen dan sewajarnya LGE turut memberi penjelasan berhubung dakwaan ini juga di dalam sidang Dewan Rakyat (parlimen), walaupun sebenarnya YB Tasek Gelugor bukanlah mengajukan soalan ini terus kpd LGE tempohari...

Tidak ada sebab utk LGE melenting dan mengelabah, jika yakin berada di pihak yang benar... malah LGE juga perlu memberi ruang yg secukupnya kpd pihak berkuasa terutama SPRM untuk menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci... menjemput media mengadakan lawatan ke kediamannya semalam sebenarnya adalah satu tindakan terdesak bertujuan menagih simpati media... keadaan rumah hanyalah salah satu faktor kecil dlm menentukan nilai sesebuah rumah... lebih utama lagi adalah kedudukan rumah tersebut yg terletak di tengah pusat bandaraya serta keluasannya... sebab itu, harga RM2.8 juta yg ditawarkan kpd LGE diragui sedangkan harga pasarannya mencecah RM6.5 juta...

Sehubungan itu, saya mewakili pemuda Tasek Gelugor akan tetap utuh menyokong dan setia menjadi benteng di belakang YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya, yg merupakan Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian kami... dan sekali lagi, kami menggesa dan mendesak pihak berkuasa terutama SPRM agar menjalankan siasatan segera dengan telus dan terperinci... kami sebagai sebahagian rakyat P. Pinang berhak untuk tahu kebenarannya apatah lagi isu ini melibatkan kepentingan dan hak rakyat P. Pinang...

Wassalam...

Nashrol Hisham Bin Abdullah
KP Tasek Gelugor.

Sent from my iPad

Sunday, March 20, 2016

GUAN ENG MAIN POLITIK MURAHAN #suspectpcm

cabaran ketua menteri DAP untuk "one by one" "face to face" dengan Dato Shabudin Yahaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menjadi pak lawak. dia ajak jumpa. dia minum kopi seorang diri. siap dengan ada nama ahli parlimen bagi membuktikan UMNO itu penakut.
apa yang patut di buat ialah guan eng mesti menjawab tuduhan itu dengan SPRM. berkenaan isu penjualan tanah taman manggis di jalan zainal abidin georgetown. 
wake up lah ketua menteri ... matang lah sikit dalam tindakan sebagai ahli politik dan berjawatan dalam negeri pulau pinang. 
isu ini dibangkitkan dalam parlimen, dato shabudin tidak meminta guan eng memberi penjelasan terus kepada dia. ahli parlimen tasek gelugor hanya mengajukan persoalan kepada menteri perumahan. sprm dan jabatan penilaian pembangunan harta.
ahli parlimen itu mahukan sprm menyiasat dakwaan penjualan lot tanah yang pada asalnya tanah itu untuk pembangunan projek perumahan rakyat termiskin. 
dato shabudin bersedia berkerjasama dengan sprm memberi dokumen bahan bukti di siasat oleh pihak sprm. 

PAK ARAB DERMA LAGI ...!!!!

pak arab bodoh mana lah yang sanggup derma kat najibrazak suruh buat masjid di bandar malaysia ???
ini yang buat puak popia marah sangat. bagi depa DERMA hanya terpakai kepada geng depa sahaja. kalau derma untuk najib. wajib di tentang habis habisan. biar sampai hancur.

Friday, March 18, 2016

KENYATAAN MEDIA #SPRM TERHADAP LIM GUAN ENG

Sent from my iPad

KETUA MENTERI SUDAH PANAS PUNGKOK

jangan layan. ahli parlimen tasek gelugor dah bentang dalam parlimen. jawab saja dalam parlimen atau beri jawapan tak bersalah di #SPRM.

ketua menteri DAP pulau pinang jangan lupa... pernah saman dato ir shaik hussen berkenaan isu taman manggis. sekarang pun boleh saman la. kalau tuduhan ahli parlimen dato shabudin yahaya itu tidak benar.

mohon kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor terus membawa isu ini sampai terlunjing ketua dap itu. jangan layan dan jangan takut.

Wednesday, March 16, 2016

KL 118 PROJEK PENCAKAR LANGIT TERTINGGI SELEPAS KLCC.

Pembinaan KL118 atau turut dikenali sebagai Menara Warisan setinggi 118 tingkat yang dianggarkan menelan perbelanjaan RM5 bilion dan terletak berhampiran Stadium Merdeka di sini telah dimulakan pada tahun 2014, setelah tertangguh beberapa tahun lalu.

Projek itu pada awalnya dijangka siap menjelang 2018 dan kompleks keseluruhan meliputi hotel serta premis perniagaan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

ini yang buat geng popia marah sangat pada pentadbiran NajibRazak.

Sent from my iPad

Saturday, March 12, 2016

1MALAYSIA VS MALAY FIRST

cara tun m menyerang perdana menteri selepas dia. pada PRU 2008 UMNO dan BN hilang lima negeri.

selepas itu najibrazak menjadi perdana menteri mengambil alih kepimpinan dari pak lah,PRU 13 BN menang tipis. di beberapa kawasan . walaupun kerusi UMNO bertambah 7 kerusi atas sentimen UMNO. rakyat marah kerana cara menjatuhkan pak lah terpalik pada najib.

muhyiddin dengan tagline MALAY FIRST. memang akan memakan diri dan akan memburukkan pertadbiran najibrazak dengan tagline 1Malaysia.

MALAY FIRST DAN 1MALAYSIA seperti telah ada dua nakhoda di situ. mana mungkin umno boleh bertahan kalau ada dua kapten. ohhh yaaa baru aku nampak. rupanya gerakan muhyiddin ini telah lama bersarang dalam umno. umpama api dalam sekam.

tahap kepercayaan rakyat pada umno dah hilang, dia ada dalam umno ke tidak ke. rakyat sudah hilang keyakinan. UMNO mesti bangkit untuk terus menjadi tulang belakang kerajaan BN.

Sent from my iPad

Wednesday, March 9, 2016

KETUA PENERANGAN UMNO JAWAB DEKLARASI RAKYAT

JOM KITA TENGOK MALAM INI . JANGAN LUPA ....,,,

Sent from my iPad

GERAKAN MAHATHIR ADALAH GERAKAN SAMPAH - KU LI

GERAKAN BEBAS ANWAR IBRAHIM - PKR  kerana mahukan Anwar ibrahim menjadi perdana menteri
GERAKAN DAP - DAP mahu kan Lim Guan Eng menjadi perdana menteri pertama di malaysia 
GERAKAN HUDUD - PAS mahu kan undang undang hudud ditegakkan di malaysia 
GERAKAN MAHADHIR - TUN M mahukan anaknya Mukhriz Mahadhir menjadi perdana menteri 

kepala bana dia lah mai kot mana deklarasi rakyat selamat kan malaysia.  betul lah kata pemimpin veteran umno yang dah lama dalam umno, iaitu Tengku Razeleigh Hamzah.  jom baca apa kata tengku didalan laporan utaranews.


Padu sungguh ucapan pemimpin Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang diminta untuk mengulas mengenai gerakan Deklarasi Rakyat dan kenapa tidak tidak turut serta gerakan tersebut.

Menurut Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan jolokan Ku Li berkata, gerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad itu hanya SAMPAH dan mengarut sama sekali.

Katanya, beliau memang tidak bersetuju dan tidak sama sekali akan menyertai gerakan Mahathir itu... Deklarasi Rakyat ini hanya perjuangan Mahathir yang mahu memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Dalam masa sama, beliau juga meminta semua pihak supaya tidak melibatkan diri dalam gerakan 'sampah' ini.

Tambah Ku Li, daripada membazirkan masa untuk bersama Mahathir memperjuangkan politik peribadinya, lebih baik duduk di rumah dan makan.., sambil melihat kelaku Mahathir yang semakin meroyan.

"Pandangan saya, benda tu tak penting. Jangan seret saya ke dalam perkara yang mengarut ini.

"Pendirian saya sangat mudah. Balik rumah dan nak makan tengah hari," kata Ku Li. - Utaranews.com


Sent from my iPad

Tuesday, March 8, 2016

MENJAWAB DEKLARASI RAKYAT . 10 NEGARA PALING KORUP @razaliibrahim

[3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.]

8 MAC : Hasil kajian firma audit, Ernst and Young yang meletakkan Malaysia sebagai antara 10 negara paling korup tidak boleh digunapakai kerana laporan itu hanya menimbulkan kekeliruan apatah lagi kajian hanya disandarkan kepada syarikat tertentu sahaja.

"Kajian itu hanya dibuat kepada lapan buah negara, mengambil itu sebagai bukti atau fakta mengatakan kita (Malaysia) paling korup pun tidak benar kerana kajian melibatkan hanya lapan buah negara sahaja.

"Ia juga bukan melibatkan negara sebaliknya syarikat di dalam negara berkenaan dengan 681 pegawai syarikat dipanggil untuk diberi maklumat berkenaan persepsi korup," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali pada sidang Dewan Rakyat, Selasa.

Menurut Razali, kedudukan negara yang jatuh 2 mata ke kedudukan ke 50 pada 2015 daripada 52 pada 2014 di dalam Indeks Persepsi Rasuah 2015 (CPI) pula hanya bersandarkan kepada persepsi.

"CPI indeks yang digunakan untuk mengukur tetapi ia melibatkan tentang persepsi. Terlalu banyak perkara melibatkan persepsi rasuah banyak dibicarakan di pelusuk tanah air tahun lepas yang mungkin sedikit sebanyak menyumbang kepada amalan rasuah," katanya.

Justeru Razali mencadangkan kepada semua ahli parti politik di negara ini termasuk seluruh rakyat supaya menyokong apa juga rancangan kerajaan dalam menangani masalah rasuah.

"Semua kena yakin dan percaya bahawa semua perkara yang disusun adalah untuk membebaskan negara daripada amalan rasuah. Tetapi kalau masih ada persepsi rasuah ditimbulkan, kerja-kerja kerajaan ini akan menjadi lebih sukar," katanya.

CPI 2015 dunia menunjukkan kedudukan Malaysia menurun sebanyak 2 mata kepada 50, berbanding 52 pada 2014 di belakang negara membangun lain seperti Jordan (45), Namibia (45) dan Rwanda (44).

Malaysia juga termasuk di dalam senarai negara yang mempunyai skor menurun tetapi masih kedua tertinggi di Asia Tenggara.

Negara-negara lain yang skornya turut merosot di rantau ini ialah Filipina, Jepun dan Hong Kong.

Sent from my iPad

Monday, March 7, 2016

UMNO TAK BOLEH TUTUP MULUT DENGAN PECAT AHLINYA. TAPI KENA BUAT KERJA.

aku pun tak tau apa orang atas dok pikiaq... yang aku tau kita tak dak pengarah strategi... main bola tak dak kapten.. pakai tendang ikut suka.
kalau umno pecat dia. kita tak boleh nak tutup mulut orang. kalau kita tak ambil tindakan. orang akan kata apa yang dia cakap betoi. pecat pun pecat lah. apa dia nak heran sangat. 

Thursday, March 3, 2016

BESOK TUN M DAN PKR BERGABUNG DI TIVOLI VILLA


Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin PKR yang kini dalam rangka untuk bekerjasama untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media khas esok bertempat di Tivoli Villa, demikian kata satu sumber.

Menurutnya sidang media tersebut bakal merekodkan sejarah tersendiri memandangkan ia bakal berlangsung di lokasi yang pernah dikaitkan dengan kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Dr Mahathir.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengesahkan Pakatan Harapan termasuk PKR akan mengadakan sidang media berkenaan sebagai langkah awal untuk membentuk kerjasama politik dengan Dr Mahathir.

Ini kali pertama Mahathir akan duduk semeja dengan pembangkang khususnya pimpinan PKR termasuk ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini merupakan seteru politik utamanya sejak tercetusnya kes liwat dan gerakan reformasi membabitkan bekas timbalannya itu pada 1998.

Isnin lepas Dr Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO setelah tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Najib. -SUMBER SUARA TV

PARTI UMNO ADA UNDANG UNDANG DAN PERLEMBAGAAN.


ahli parti mesti baca dan faham. parti umno adalah sebuah parti politik bukan nya kumpulan samseng atau kongsi gelap.

tak faham undang undang boleh tanya peguam dalam menjaga hal hal berkaitan parti umno.
tu pun jangan kata apa. nak komen juga.

BARU PEGANG NEGERI SELANGOR HABIS SEMUA HARTA NEGERI PKR NAK JUAL


Kumpulan Peransang Selangor merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang ditubuhkan oleh UMNO Barisan Nasional. Ia telah banyak menjana peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat, negeri Selangor dan Negara.

Menjelang 30 Julai 2015, Kerajaan PKR Selangor telah menjual Hotel Quality melalui Kumpulan Peransang Selangor dan pada 1 Jun 2014  pula  Hotel Brisdale yang sinonim dengan perjuangan ekonomi orang-orang Melayu terpaksa ditutup.

Terkini, sebuah apartment yang mempunyai nilai komersial di Arab Saudi (milik anak syarikat kerajaan negeri) juga sedang melalui proses tender terbuka untuk dijual. Apa lagi yang anda boleh banggakan dengan kerajaan PKR Selangor selama ini selain dari menghabiskan asset dan dana kerajaan negeri?

SUMBER FACEBOOK MALAYSIA PATRIOT

KOMEN AKU

KALAU DAPAT PUTRAJAYA, NEGARA PUN DEPA SANGGUP JUAL...



Wednesday, March 2, 2016

WSJ DIJADIKAN TUNGGANGAN PEMAIN POLITIK UNTUK MENJATUHKAN PERDANA MENTERI

The Wall Street Journal (WSJ) kini menjadi alat untuk pemain politik tertentu yang sedang mencari peluang merosakkan reputasi Datuk Seri Najib Razak untuk kepentingan peribadi, kata Putrajaya hari ini.

Ia berkata demikian sebagai respons kepada pendedahan terbaru dibuat akhbar perniagaan yang berpangkalan di Amerika itu yang mendakwa Najib menerima lebih daripada AS$1 bilion dalam akaun peribadinya.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini, "kempen anti Najib bermotifkan politik" gagal kerana peguam negara Malaysia sudah pun mengesahkan dana yang diterima adalah sumbangan dari Arab Saudi.

"Ini disahkan pelbagai pihak berkuasa yang sah yang menjalankan siasatan menyeluruh.

"Ini termasuk pihak berkuasa Malaysia yang pergi ke Arab Saudi memeriksa dokumentasi dan menemubual anggota keluarga diraja dan pegawai-pegawai yang menguruskan sumbangan itu.

"Menteri Luar Arab Saudi juga mengesahkan dana itu datang dari Arab Saudi," kata kenyataan itu.

Katanya, WSJ dan entiti sekutunya meneruskan serangan mereka dan cuba mengaitkan dana pelabur negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan sumbangan itu.

Putrajaya juga berkata, WSJ "mengulangi tuduhan lama yang sama tanpa memberikan bukti" dan "bergantung semata-mata kepada sumber-sumber tanpa nama yang mungkin tidak wujud," sambil memilih untuk meninggalkan fakta utama yang sudah diketahui.

"WSJ kini dengan rela dijadikan tunggangan pelakon politik tertentu yang sedang mencari peluang merosakkan reputasi perdana menteri dan Malaysia untuk kepentingan peribadi.

"Tetapi kempen anti Najib yang bermotif politik ini, yang cuba menggunakan media Barat, gagal.

"Perdana menteri memberi tumpuan kepada isu-isu utama yang penting kepada Malaysia, terutama memerangi ancaman keganasan, dan mengukuhkan ekonomi dalam menghadapi cabaran global.

"Angka pertumbuhan Malaysia baru-baru ini, yang melepasi jangkaan, mengesahkan pelan ekonomi perdana menteri berhasil," kata kerajaan.

WSJ hari ini melaporkan perdana menteri menerima lebih daripada AS$1 bilion - beratus juta lebih daripada yang dikenal pasti sebelum ini.

Akhbar itu berkata, sumber penyiasat antarabangsanya percaya, kebanyakannya berasal dari 1MDB.

1MDB menafikan ia memasukkan sebarang wang ke dalam akaun peribadi Najib.

WSJ mula mendedahkan mengenai akaun bank peribadi Najib Julai lalu tetapi masih belum didakwa perdana menteri, yang menafikan semua dakwaan itu.

Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkata Januari lalu, tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Najib dengan sebarang salahlaku berkaitan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dijumpai di dalam akaun bank peribadinya.-  malaysia insider 


TUN M KELUAR UMNO. AHLI UMNO KENA MENCARI JALAN MEMPERKASAKAN PARTI

Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada UMNO bukan pilihan terbaik kerana tindakan tersebut akan menimbulkan krisis terhadap parti Melayu itu untuk menempuh masa depan.

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, sebagai seorang pemimpin berwibawa dan bersifat lantang di arena antarabangsa serta ASEAN, keputusan Dr. Mahathir itu juga sukar diterima oleh logik akal.

Kata beliau, walau bagaimanapun keputusan itu tetap dihormati kerana beliau secara peribadi tidak boleh melupakan segala jasa Dr. Mahathir yang pernah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Sekiranya trend semua bekas pemimpin besar UMNO keluar parti seperti yang pernah berlaku dahulu melibatkan saya, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Musa (Tun Musa Hitam), Tunku Abdul Rahman, maka ini akan mengulangi perkara yang berlaku pada 1987 dan 1988 (UMNO diharamkan). Tindakan itu sekali gus me­nimbulkan krisis pada UMNO untuk menghadapi pelbagai kemungkinan di masa depan.

“Cara Dr. Mahathir hendak mendapatkan perhatian dan tentangan terhadap pucuk kepemim­pinan dengan keluar UMNO tidak akan memberi impak positif yang menyeluruh. Adalah lebih baik beliau memberi ingatan kepada kepe­mimpinan supaya menggunakan rasional dan tertib dalam mengikuti prosedur dan berdisiplin, bukan keluar daripada parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir buat kali kedua mengumumkan keluar daripada UMNO kerana mendakwa perjuangan parti itu bukan lagi seperti dahulu.

Mengulas lanjut, Rais berkata, keadaan UMNO sekarang tidak kuat kerana Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden telah keluar, bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula digantung manakala salah seorang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah berada di luar kerajaan.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak agar jangan mengeluarkan bahasa-bahasa yang boleh merosakkan lagi perpaduan lagi serta mendatangkan kepedihan dalam parti kerana beliau yakin Dr. Mahathir tidak akan berperangai sebegitu sampai bila-bila.

“Kita harus mengekalkan budi dalam UMNO dan memikirkan cara berfikir serta bertindak dalam UMNO. Kata-kata seperti ‘baguslah beliau keluar dan meninggalkan parti, lebih senang kita hendak membentuk balik’, ‘habis duri dalam daging’ tidak akan membantu kita untuk mencari jalan memperkasakan orang Melayu.

“Dalam hal ini, apakah transformasi sebenar yang boleh dilakukan oleh UMNO? Bagi saya semua ahli perlu fokus untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya kerana ia bukan sesuatu yang mudah. Berdasarkan perkiraan saya, selain 1987, tahun ini (2016) merupakan tempoh yang sukar untuk parti,” katanya.
Kata Rais: “Cuma nasib baik beliau (Dr. Mahathir) sudah mengisytiharkan tidak akan masuk pembangkang, ini menandakan kasih sayangnya pada UMNO tidak mati. Masih ada harapan.” - sumber utusan 



Tuesday, March 1, 2016

MUFLIS TERHAPUS KALAU PERDANA MENTERI JATUH. HEBAT ORANG INI

Bila seseorang itu berhutang, maka hutang tersebut akan membelenggu individu yang berhutang itu selagi dia tidak melangsaikan jumlah hutang berkenaan kepada pemiutangnya. Dulu, orang yang berhutang selalunya malu hendak tunjuk muka. Tapi berlainan di zaman ini, mereka yang muflis memang 'bermuka tembok' hilang rasa malu itu.

Mungkin itulah yang berlaku pada seorang bekas Naib Ketua Bahagian UMNO di Pulau Pinang ini. Jika boleh, mungkin tiap-tiap hari dia mahu kenyataannya disiar media. Jika boleh, mungkin dia mahu seluruh negara kenal dia. Mungkin dia mahu glamor macam isterinya yang cantik jelita...

Setelah dipecat dari sebarang jawatan UMNO, dia yang masih lagi ahli biasa parti tiba-tiba memburukkan imej parti dan Presiden. Dia sanggup bersekongkol dengan warga asing yang pemilik Sarawak Report, Clare Brown, yang juga dikenali sebagai penipu besar yang 'tebal muka'nya untuk melakukan kerja keji.

Mengapa beliau buat begitu penulis tidak pasti. Khabarnya, keengganan UMNO membantunya menyelesaikan hutang yang menyebabkan dia muflis itu menjadi penyebab utama dia 'buat perangai'. Tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak, kerana ia berstatus 'desas-desus'. Namun begitu, ada juga logiknya kerana dia tidak pernah menyerang parti atau Presiden sebelum diumum muflis.

Selalunya, orang yang diumum muflis akan bertungkus-lumus mencari jalan untuk keluar dari status berkenaan. Dia akan bersusah payah untuk membayar hutang tersebut bagi membebaskan diri dari batasan yang dikenakan pada individu yang diisytihar muflis.

Namun lain pula bagi bekas Naib Ketua Bahagian UMNO itu. Setiap masa kerjanya ialah memaki hamun dan mencerca Presiden UMNO. Dia dikatakan kini bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri untuk menjatuhkan Presiden UMNO. Hutang piutangnya apa cerita?

Bagi seorang muslim yang baik, selalunya kita akan memikirkan tentang melangsaikan hutang, kerana agama menegaskan bahawa setiap hutang perlu dibayar kecuali dihalalkan pemiutangnya. Tapi apa yang lelaki itu buat, langsung tidak menggambarkan aktiviti ekonomi untuk membayar hutang.

Timbul persoalan, apakah dengan menjatuhkan Perdana Menteri dan memuaskan hati bekas Perdana Menteri, maka dia dijanjikan akan dibebaskan dari bebanan hutang dan status muflis? Apakah anak-anak bekas Perdana Menteri itu telah berjanji akan membayar hutang lelaki berkenaan, jika gerakan menjatuhkan Presiden UMNO itu berjaya dilaksanakan?

Jika benar, maka tidak hairanlah jika dia benar-benar bertindak bagaikan 'anjing suruhan'. Siang malam kerjanya hanya 'menyalak' dan menyerang UMNO serta kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak. Mungkinkah benar ada ganjaran 'tulang emas' di sebalik 'salakan' dan serangan yang dia lakukan?

Tapi pada pandangan penulis, usah risau sangat dengan dia. Orang seperti itu selalunya hanyalah 'tong kosong' saja. Ia 'berbunyi tapi tidak berisi', tidak memberi kesan apa-apa. Dia fikir orang percaya padanya, tapi sebenarnya ramai yang menjuihkan bibir...

Khabarnya, akar umbi di UMNO Bahagiannya sudah menyampah habis pada dirinya. Bukan saja meluat, malah jika boleh mereka enggan lihat mukanya yang memalukan seluruh UMNO Bahagian tersebut. Buruknya dia, lebih teruk dari 'si kitul'.

Tapi dialah juga yang menjadi perhatian portal pro-pembangkang. Mungkin bagi portal-portal berkenaan ia menjadi 'aset', tapi mereka tidak sedar bahawa rakyat memperlekeh laporan yang tidak berkreadibiliti yang diambil dari 'mulut longkang'. Nasiblah! - SUMBER UTARANEWS.COM

TUN M MEMANG PAKAR TUMBANGKAN MUSUH POLITIKNYA


TUN M MEMBUNUH MUSUH POLITIK DAN GADAIKAN UMNO KEPADA PEMBANGKANG

KENYATAAN DARI KETUA PENERANGAN UMNO TENTANG TUN DR MAHATHIR KELUAR UMNO

Pengumuman Tun Mahathir keluar umno sudah lama di duga..pengumuman itu merupakan satu lagi strategi yg berterusan dlm usaha nya "menumpaskan "Dato Sri Najib, selepas usaha mempengaruhi ahli parlimen dan usaha mempengaruhi umno bahagian juga gagal.

Strategi terbaru ini adalah utk MELUMPUHKAN DAN MEMBUNUH UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan Dato Sri Najib.

Pendekatan ini di dorong pengalaman Tun Mahathir dimana beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya.

Kerajaan UMNO Kelantan "di bunuh "dalam usaha Tun Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh, Kerajaan UMNO Selangor "terkorban "berikutan usahanya menumpaskan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Badawi. Tun Mahathir sanggup memberi "hadiah"kepada PAS(Kelantan),PKR(Sngor)dan DAP(P Pinang)asal beliau dapat menewaskan musuhnya.

Dalam kata lain sejarah membuktikan Tun Mahathir tidak teragak agak MENGHADIAHKAN pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya .ITULAH Tun Mahathir dalam lipatan sejarah perjuangannya.TO FAIL IS NEVER AN OPTION...

Justeru terpulanglah kepada ahli umno untuk melihat episode terbaru ini. Buat Tun Mahathir beliau tidak rugi apa apa kerana beliau dan keluarganya sudah punya segala galanya malah anggota keluarganya tersenarai dalam gulungan billionaire terkaya di Malaysia. Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat Tun Mahathir utk menjadikan beliau "darling of opposition"dan dengan itu beliau berjaya menukar (turn around)23tahun kebencian dan harassment pembangkang kpd dirinya yg SELEPAS INI akan di sokong dan dihargai pembangkang ATAS JASA BESARNYA MERUNTUHKAN UMNO.

Sebagai "true Michevellian",matlamat menghalalkan cara.Tun Mahathir tidak sukar melakukan ini kerana di dorong kejayaannya menewaskan Tunku Abd. Rahman, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Badawi dengan cara ini sebelum ini walaupun kejayaannya itu dibayar dgn harga yg mahal oleh AHLI UMNO terutama di Kelantan,Selangor dan P Pinang..kini Tun Mahathir bersedia menghadiahkan MALAYSIA demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dalam menewaskan orang yang tidak di gemarinya atau yang tidak mahu mengikut "My Way".

Ahli UMNO sejati harus terima keputusan Tun Mahathir sebagai hak peribadi nya..Barang siapa berjuang kerana Tun Mahathir mungkin mengikuti beliau DAN BARANG SIAPA BERJUANG KERANA UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR sama sekali tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu KERANA UMNO ITU BUKAN Tun Mahathir.. Tanpa beliau perjuangan tetap diteruskan.SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMNO...

TAN SRI ANNUAR MUSA
KETUA UMNO BHG KETEREH
AHLI NO 000000124

TINDAKAN KELUAR UMNO TEPAT SETELAH MEMBUAT ONAR

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah tepat apabila beliau keluar daripada UMNO, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pilihan terbaik bagi Dr. Mahathir “memandangkan hubungan beliau dengan UMNO atau pemimpinnya sudah tidak boleh dipertahankan lagi”.

Melalui catatan terbaru dalam laman blognya hari ini, Salleh berkata: "Tindakan Dr Mahathir memudaratkan parti dan adalah kelihatan tidak logik sekiranya beliau terus berada dalam parti, dan pada waktu yang sama, menentang parti.

“Sekiranya Dr. Mahathir ingin terus menyerang UMNO, maka beliau perlu berbuat demikian di luar UMNO. Itu merupakan perbuatan mulia dan beretika untuk dilakukan.”

Salleh berkata, beliau sedih dengan episod kali ini, bukan ke­rana Dr. Mahathir sekali lagi me­ningglkan UMNO, tetapi kerana keadaan pengundurannya.

Katanya, tiada siapa boleh menafikan Dr. Mahathir banyak berjasa kepada negara sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, "walaupun tempoh beliau menyandang jawatan itu, tidaklah bebas sepenuhnya daripada kecacatan.”

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu mengumumkan keluar daripada UMNO tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana BN telah mendapat mandat daripada rak­yat pada pilihan raya umum yang lalu dan kepercayaan itu perlu terus digalas bagi memenuhi agenda yang telah dirancang untuk rakyat. 

Ahli MT UMNO yang juga Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata, keputusan Dr. Mahathir untuk meninggalkan parti itu bukan tindakan yang pertama kali dilakukan beliau. “Tindakan yang diambil Dr. Mahathir bukan sesuatu yang mengejutkan kepada ahli UMNO kerana beliau pernah bertindak sedemikian sebelum ini. Sama ada tindakan ini akan mendatangkan kerugian kepada parti atau tidak itu kita akan nilai kemudian,” jelasnya. 

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pula berkata, tindakan Dr. Mahathir itu tidak akan menjejaskan sokongan ahli UMNO terhadap parti itu di Kedah. “Ahli UMNO taat kepada pemimpin dan kita yakin UMNO mampu tangani perkara ini,” jelasnya.

-SUMBER UTUSAN

ELOK LAH SANGAT KELUAR, SETELAH APA YANG DI BUAT, TIMBALAN HILANG, NAIB HILANG, MB PUN HILANG,  SELEPAS INI BOLEH LAH MENGHALALKAN CARA.  
Related Posts with Thumbnails