UMNO Selangor dah bagi amaran kepada Setiausaha Agung PAS supaya menarik balik tuduhannya bahawa UMNO menjadi dalang dalam kemelut JAIS-GMDU dalam tempoh tiga hari atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Mustafa Ali nampaknya tidak gentar langsung dengan amaran yang diberikan oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Mohd Zin Mohamed. Sebaliknya berkata yang dia ada bukti sahih tentang pembabitan UMNO dalam kemelut tersebut.
Maknanya ada dua hari lagi untuk Mustafa Ali untuk berubah fikiran.
Dalam keadaan biasa pun, amat jarang pemimpin-pemimpin PAS yang diberi amaran oleh pemimpin UMNO akan meminta maaf secara umum setelah mereka melakukan kesalahan. Dan pada masa yang sama, TERLALU JARANG pemimpin UMNO yang benar-benar mengotakan amaran mereka setelah masa yang ditetapkan berlalu.
Aku sebenarnya sudah muak dengan perangai CAKAP BERDEGAR-DEGAR pemimpin UMNO ni. Kalau bab bagi amaran, masing-masing semuanya sibuk nak bertanding dengan Hishamuddin Menteri KDN yang serba 'AMARAN' tu tetapi perlaksanaan kepada amaran yang diberikan, macam cari hantu puaka pada bulan puasa.
Pemimpin UMNO khususnya UMNO Selangor perlu benar-benar mengotakan amaran yang diberikan kepada Mustafa Ali kali ini. Walaupun Islam menganjurkan kemaafan tetapi pada masa yang sama, Islam juga mengajarkan kebertanggungjawaban kepada perbuatan sendiri.
Jadi, Mustafa Ali perlu bertanggungjawab dengan tuduhan yang dibuat terhadap UMNO. Tindakan undang-undang perlu diambil oleh UMNO. Apa salahnya kalau UMNO perlu meniru perangai Anwar Ibrahim. Pastikan juga nilai saman yang dituntut nanti mestilah melebihi RM100 juta. Jangan saman sikit-sikit. Kalau boleh saman biar sampai papa dan Mustafa Ali terpaksa minta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau terpaksa mengemis di tangga Baitulmal untuk asnaf faqir dan miskin!
UMNO perlu berhenti daripada menjadi apologetik terhadap PAS. Apologetik UMNO kepada PAS tidak pernah dikenang oleh pemimpin-pemimpin parti yang kononnya sangat Islam, tetapi lebih mengutamakan gereja daripada umat Islam itu. PAS yang tidak pernah berhenti daripada mengkafirkan UMNO kerana bimbang mereka tidak dapat undi pada pilihanraya, perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab, bukannya menjadi lebih pakar dalam konar baring.
Dan pastikan juga, PERANGAI SAMBIL LEWA FELDA, tidak pula diikuti oleh UMNO. Alah... kalau dah susah-susah sangat, tiru sahaja apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim tu... bukan bab tunda, tapi bab memaksa orang lain jadi saksi dia!!!
sumber dari parpukari,,
arab nak komen.: UMNO masih bersikap defensif yang mana akan memakan diri sendiri, bila bercakap umpana petir sambung menyambung, halilintar bergegar membelah bumi, tapi belum tentu hujan akan turun.
0 comments:
Post a Comment