Saturday, August 27, 2011

LIM GUAN ENG DAN MAT SABU MAKAN DUIT RAKYAT..


“Reimbursement for the Expenses Incurred for Medical Expenses of PBAHB Board of Director, Tuan Haji Mohamad Bin Sabu”

Apabila kita membaca sekali imbas, tiada yang pelik dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Corporate Affairs Manager PBA ini. Namun apabila diteliti, maklumat di dalamnya bukan hanya pelik tapi pasti akan menimbulkan tanda tanya bagi siapa pun yang membacanya.

Pertama

Mat Sabu adalah salah seoarang ahli lembaga pengarah PBAPP. Memang menjadi kebiasaan apabila menjadi lembaga pengarah bagi mana-mana organisasi, individu tersebut akan mendapat faedah kesihatan.


TAPI dalam hal Mat Sabu ni, adakah wajar PBAPP membayar bil hospital sedangkan Mat Sabu cedera semasa mengikuti aktiviti yang telah nyata salah di sisi undang-undang?


Mahkamah telah pun mengeluarkan Restriction Order yang menjelaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram. Makanya sesiapa pun yang menghadirinya bermaksud telah melanggar undang-undang termasuklah Mat Sabu..


Mengikut Faedah Perubatan 26.4 PENGECUALIAN (b) "Sebarang perbelanjaan yang bersangkitan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan Pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya"

Kalau polisi jelas mencatitkan seperti di atas, kenapa Mat Sabu mendapat pengecualian? Apakah istimewanya Mat Sabu kepada PBAPP?


Apakah sumbangan Mat Sabu kepada PBAPP kerana sejak Lim Guan Eng dan Mat Sabu mengambil alih PBAPP? Kita semua tahu keuntungan PBAPP semakin merudum sejak kehadiran mereka?


Apakah warga PBAPP akan berdiam diri sahaja apabila mendengar pendedahan ini?


Mereka sudah tentu berasa kecewa dan berasa terhina kerana Mat Sabu dimertabatkan sebegitu tinggi sedangkan beliau cedera ketika perhimpunan haram yang melanggar undang-undang!


“PBAHB Board of Director, Y.B Tuan Haji Mohamad Bin Sabu met with an accident and admitted to the KPJ Selangor Specialist Hospital on 18th July 2011.” Total expenses: RM 8434.05
Kedua

Menurut bil hospital yang dikepilkan bersama dengan memorandum pembayaran ini, jumlahnya cuma RM5060.54.


Tetapi jumlah pembayaran yang dikeluarkan oleh PBAPP adalah sebanyak RM 8434.05.


Di manakah hilangnya bil yang menunjukkan baki RM3373.50 itu?

Sebagai Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng accountable dengan persoalan ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah Guan Eng menguruskan PBAPP seolah-olah ianya adalah harta mak ayahnya?

Tiada organisasi di dalam dunia ini yang boleh mengeluarkan pembayaran melebihi apa yang tercatat di dalam bil atau resit tuntutan.
Apakah terdapat Business Misconduct di mana pemilik memutarbelit akaun untuk kepentingan peribadi atau conduct of corrupt di sebelah Lim Guan Eng?

UNTUK BERITA EKSLUSIF.. KLIK SINI

arab nak komen..::: dulu kata umno bn membazir duit rakyat,, ye lah dulu kan depa tak memerintah lagi..sekarang apabila dah memerintah...semua duit hang nak sapu....!!!! lim guan eng harus jawab ini ya... janga lari tau..!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails