Kita telah dikejutkan dengan pengakuan umat Islam yang bergantung kepada ehsan pihak gereja bagi meneruskan kehidupan seharian akibat kemiskinan. Ini sebenarnya adalah satu berita yang amat memalukan dan juga mencabar kewibawaan umat Islam didalam menjaga kebajikan komuniti Islam itu sendiri.
Islam itu agama yang sempurna. Malah Islam juga mengajar bagaimana untuk mengelakkan dari umatnya berada didalam belenggu kesusahan dan fakir. Maka dengan itu, wujudlah baitulmal dan juga sistem pungutan zakat bagi meringankan beban dan membantu umat Islam yang memerlukan.
Zakat dikutip untuk mencapai beberapa matlamat. Selain daripada menyucikan harta dan jiwa pembayar zakat, zakat adalah salah satu daripada sumber pembiayaan utama bagi matlamat-matlamat kebajikan dan pembangunan yang selaras dengan peruntukan syarak memenuhi lapan asnaf zakat.
Disebabkan penerima zakat sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sendiri, maka penggunaan kutipan zakat tidak boleh lari daripada lapan golongan penerima ini. Selagi ada penerima zakat yang berhak menerima, selagi itu kutipan zakat itu MESTI diagihkan pada penerima tersebut.
Firman Allah yang bermaksud:-
‘Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)
Di negara kita kini kutipan zakat banyak digunakan untuk projek-projek pertanian dan juga mengembangkan perniagaan. Apakah semua ini tertakluk didalam lapan asnaf yang telah digariskan? Bagaimana pula dengan nasib golongan FAKIR, MISKIN, AMIL, MUALLAF, AL-RIQAB, AL-GHARIMIN, FISABILILLAH dan juga IBNU SABIL?
Sudahkah semua keperluan lapan golongan asnaf yang wajib menerima zakat ini dipenuhi dan diberi keutamaan oleh pihak yang menguruskan zakat? Jika benarlah agihan zakat didalam negara ini dilakukan dengan sempurna, bagaimanakah pula masih ada golongan umat Islam yang fakir miskin dan juga mualaf yang masih berada didalam keadaan yang dhoif serta serba kekurangan?
Jika hendak diteliti keadaan hidup masyarakat di negara ini terutamanya dikawasan luar bandar, masih ramai umat Islam yang berada dibawah paras kemiskinan. Malangnya, mereka ini tak tahu kemana hendak dituju dan hendak diadukan nasib mereka. Adakalanya mereka-mereka ini bukan sahaja perlukan bantuan kewangan semata-mata, tetapi ada yang perlukan bantuan sokongan hidup akibat dari kekurangan fizikal dan tempat tinggal.
Amat menghairankan jika pihak urus Zakat memberi alasan tak tahu ada orang susah ataupun tak diberikan maklumat mengenai masalah kemiskinan yang berlaku dikalangan umat Islam. Kalau pihak gereja boleh turun padang untuk mencari dan mengenal pasti umat Islam yang dhoif, apakah pekerja-pekerja di pejabat zakat terlalu mulia untuk jejakkan kaki ke kampung-kampung?
Jika pihak gereja bersungguh-sungguh mengambil tahu dan bertanyakan khabar, telefon bertanyakan masalah 3 kali seminggu dan tawarkan pula penginapan yang lebih selesa bagi menawan hati umat Islam yang memerlukan bantuan mereka, kenapa pihak Baitulmal dan juga Zakat tak mampu berbuat sedemikian?
Kutipan yang dibuat oleh pihak Zakat bukannya sedikit, malah mencecah puluhan juta bagi setiap negeri saban tahun. Kemanakah wang tersebut pergi? Apakah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt di ringankan oleh mereka-mereka yang berkerja di pejabat-pejabat zakat seluruh negara? Tak takutkah mereka ini semua kepada azab Allah di akhirat nanti?
Janganlah beralasan tak cukup kakitangan untuk pantau umat Islam yang memerlukan bantuan, tak mempunyai kuasa untuk turun padang mendapatkan maklumat fakir miskin, mengenal pasti orang miskin adalah diluar bidang kuasa dan juga tak dapat arahan dari pihak atasan.
Walaupun tak salah didalam agama untuk umat Islam menerima bantuan dari pihak gereja, namun secara adap dan adatnya, ia telah memalukan seluruh masyarakat Islam di Malaysia ini. Apakah kita sebagai komuniti Islam sendiri tak mampu untuk membantu saudara-saudara seislam kita yang berada didalam kesusahan? Tambah pula kita mempunyai pusat yang menguruskan berpuluh juta RM duit zakat yang dikutip.
Apakah kita rela diketawakan oleh masyarakat kafir diatas kelemahan kita sendiri? Dan apakah kita sanggup bersekongkol dengan penggadaian aqidah yang bakal berlaku jika umat Islam yang berada didalam kesusahan terus berharap kepada pihak geeja untuk mencari sesuap nasi? Nauzubillah..
Sumber : MyKMU
Arab nak komen: ini lah musibahnya kerana terlalu banyak main politik rakyat miskin terabai tiada siapa nak amik peduli, duit derma masjib orang bagi tiap2 hari jumaat, di fahamkan ada masjid terima duit terkumpul sampai RM3juta, tidak pernah terusik. itu baru satu masjid, kalu 100 masjid kat malaysia nie, apakah setakat nak bantu rakyat miskin seperti wanita tu tak boleh kaaaaaaaa..!!!!
jangan salahkan pihak gereja dan pihak yg menerima..kerana pihak gereja menjalankan tanggungjawab sebagai institusi yang di beri amanah untuk menbantu fakir miskin,
yang menerima pulak...sememangnya dia patut menerima bantuan sebegitu,
Persoalannya sekarang... ORANG ISLAM YANG MENGAKU ISLAM BUAT APA...!!! HANYA TAHU MALAM JUMAAT NAK TUTUH BINI JA..!!! MALU LAAAAAAAAAA WEIII TAK SEDAR LAGI KAAAAAA APA YANG ALLAH DAH TUNJUK KAN KEPADA KITA NIE....
1 comments:
selepat kena tang hidung, tapi tak tau hidung sapa.hahaha
ada kebaikan ada juga keburukan bila dah jadi macam ne tak bole nak salahkan siapa2 harap
lepas ne pemimpin2 masyarakat yang kat sekeliling tolong la buka mata luas2 dan ambil perhatian sikit,terutama kepada semua pemimpin2 yang telah diamanankah untuk menjaga kepentingan rakyat jalankanlah amanah yang diberikan tu, yang untuk akak2 makcik2 yg terlibat atau tak terlibat dengan jamuan kat gereja tu tolong la kalu dah hidup melarat tu pandai2 la nak keluar pg cari sumber2 yang boleh bagi pendapatan dengan cara yang betul jangan nak jadi katak bawah tempurung, jangan nak cakap takder pilihan atau itu jalan terakhir!!!! kalu dah tak berusaha manakan nak datang rezekinya bukan semua benda tu turun dari langit.... bukan ada sorang jer pemimpin kat sesesuatu tempat tu belambak2 kalu yang pemimpin A taknak tolong pegi la cari pemimpin B plak dan seterusnya... pandai2 la nak hidup akak oiiiiiiii takkan makan dah org bagi sampai nak kena bersuap plak nu dekat luaq negara sana nu belambak2 lagi umat2 islam yang sampai kebuluq pun takdapat makan tapi tidaklah sampai tergadai agama sendiri demi sesuap nasi... kepada para pemimpin2 jadikanlah sebagi iktibar di bulan ramadhan ne, nak tolong orang bukan time bulan ramadhan jer erkkk...
Post a Comment