Saturday, August 27, 2011

KENAIKAN HARGA MINYAK DITENTUKAN PASARAN DUNIA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan.

"Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna.

"Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu Pas, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berhubung kempen anti kenaikan harga Pas sebagai protes terhadap kerajaan BN.

sumber dari : mypenangonline.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails