Saturday, August 27, 2011

KEDAH BUAT PROMOSI ARAK SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sebuah pusat nyanyian karaoke yang bernama Kafe PC Blue menawarkan promosi Merdeka Raya kepada pelanggannya dengan bilik karaoke percuma dan tiga jag minuman keras dengan harga RM99 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta hari kemerdekaan yang ke-54.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, gambar kafe tersebut diterimanya melalui emel, terletak di Sungai Petani, Kedah, dan mempersoalkan kewajarannya menawarkan sesuatu yang haram sempena hari kebesaran umat Islam.

“Agak menghairankan bagaimana Kerajaan Pas Kedah boleh membenarkan kafe itu buat promosi sebegitu.

“Promosi itu lebih kurang insiden The Star yang meletakkan gambar hidangan babi sebagai juadah berbuka puasa baru-baru ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau yang menghantar gambar tersebut kepada mynewshub.my berkata, sewajarnya sebuah Kerajaan yang membuat kerja cara Islam, tidak akan membiarkan hari kebesaran umat Islam seperti Hari Raya Aidilfitri dipromosikan dengan hidangan arak dan perkara yang melalaikan itu.

Sebelum ini, Mukhriz mempersoalkan pusat-pusat hiburan seperti karaoke, kelab malam, pub dan rumah urut tumbuh bagai cendawan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak negeri yang 80 peratus majoritinya umat Islam itu diteraju oleh Kerajaan Pas.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, bagaimanapun memberi alasan bahawa pusat-pusat hiburan itu dibuka secara haram dan beliau maklum mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah itu.

Kedah hanya mempunyai dua premis pusat hiburan berlesen ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu dan bilangannya meningkat mendadak selepas diambil alih oleh Pas serta Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-12, tahun 2008 yang lalu.

sumber dari : mynewshub.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails