Tuesday, December 26, 2017

PUNCA KENAIKAN KOS SARA HIDUP BUKAN KERANA GST

Kerajaan Negeri Selangor adalah punca sebenar kenaikan mendadak kos sara hidup terutama di bandar-bandar di Selangor dan terkesan ke negeri-negeri lain.

Pakar ekonomi, Isham Jalil berkata, kenaikan itu berlaku antara tahun 2008 dan 2011. Pada ketika itu GST belum pun dilaksanakan dan negeri Selangor serta Pulau Pinang adalah dua negeri yang mengalami kenaikan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Beliau yang berkelulusan Universiti Harvard berkata, ketika Pakatan Harapan mengambil tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional pada 2008, mereka cuba meningkatkan pendapatan negeri dengan menaikkan kadar cukai yang terlampau tinggi antaranya cukai hartanah termasuklah premium tanah dan cukai perlingkungan semula (rezoning) sehingga ada yang mengalami kenaikan sebanyak 300 peratus.

"Cukai-cukai ini ketika BN memerintah tidak setinggi itu. Satu ketika MB Selangor ada umumkan pendapatan negeri sebanyak RM3 bilion dengan 81 peratus adalah dalam bentuk cukai hartanah dan kos perumahan.

"Yang sebenarnya inilah yang mendorong kenaikan kos terutamanya di bandar-bandar. Bukan itu sahaja sewa tapak untuk menjalankan perniagaan juga naik mendadak.

"Jika dahulu sewa tapak hanyalah RM30 tetapi bila Pakatan Harapan memerintah, ianya telah dinaikkan sehingga RM300 lebih.

"Kalau peniaga terpaksa membayar kos sewa yang tinggi, berapa harga barang yang perlu dijual untuk menampung kos sewa? Keadaan ini menekan para peniaga dan akhirnya harga barang akan turut naik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Ruang Bicara, Bernama TV di Astro 502, hari ini.

sumber : terengganutimes.com 

Wednesday, December 13, 2017

APA MAKNA MENGAKU SILAP TAPI TIDAK MOHON MAAF . SAMAN SAJA LA #RAFIZIKANTOI

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi kantoi apabila terbukti melakukan kesilapan dengan menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melantik abangnya sebagai kontraktor pelaksana Ekspo NegaraKu.


Malah Rafizi sendiri meng­akui kesilapan tersebut dan te­lah memadamkan turun segala bahan di laman-laman media sosial di bawah kendaliannya yang mengaitkan Abdul Rahman mempunyai pertalian darah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pico Integrated Exhibit Sdn. Bhd., Nor Raslan Mohd. Dahlan.

Ahli Parlimen Pandan itu pada masa sama memohon maaf kepada Nor Raslan tetapi sebaliknya enggan membuat perkara yang sama terhadap Abdul Rahman kerana mendakwa menteri itu mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul.

"Saya sedia meminta maaf terhadap Raslan, tetapi bukan Abdul Rahman," katanya dalam sidang akhbar hari ini, dengan video sidang akhbar itu turut dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Rafizi bagaimanapun tetap mempertahankan dirinya yang mencetuskan pelbagai isu mengenai pameran tersebut, termasuk mempertikaikan kaedah penganugerahan kontrak serta kredibiliti Pico Integrated Exhibit.

Malah beliau menyatakan dirinya sedia menerima tindakan saman daripada Abdul Rahman, namun bersungguh-sungguh men­jelaskan terdapat beberapa faktor di dalam perundangan yang menyebabkan beliau yakin ber­depan tindakan undang-undang tersebut.

- Utusan Online


KOMEN AKU .. 

SAMAN SAJA ... DIA TELAH TERANG TERANG MEMFITNAH MENTERI BN . TUNGGU BAPAK LAGI ... HENTAM SATU KALI LAAAA.  

Tuesday, December 12, 2017

FITNAH TERIMA JAM TISSOT #PAU2017

Orang yang percaya 5000 perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2017 menerima jam tangan Tissot setiap seorang, adalah juga orang yang mempercayai bahawa Nooraslan bin Md Dahlan adalah abang kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan, 

adalah juga orang yang mempercayai kisah Datin Seri Rosmah membeli cincin harga berjuta, adalah juga orang yang mempercayai 40,000 Bangla mengundi BN pada PRU 13, adalah juga orang yang mempercayai Anwar disuntik racun Arsenik di dalam penjara, adalah juga orang yang mempercayai bahawa pertukaran dalam keputusan pemilihan DAP adalah salah program komputer,

adalah juga orang yang mempercayai bahawa pelakon di dalam video China Doll adalah seorang lelaki Thailand, adalah juga orang yang mempercayai bahawa jamban adalah tempat yang paling ideal untuk blow job...

Korang kata orang UMNO makan dedak, tapi kenapa korang yang bersikap macam haiwan ternak??

Korang kata orang UMNO makan dedak, tapi makanan haiwan apa korang makan sampai jadi sebegini benak??

kata kata dari seorang perwakilan umno . 

KOMEN AKU . 

DEPA MAKAN TAIK TERUS. SEBAB TU OTAK JEM TERUS ... 

DAP JUAL TANAH PULAU PINANG MACAM MAKBAPAK DIA PUNYA .


Kenyataan Media Pengerusi Barisan Nasional Teng Chang Yeow, 11 Disember 2017

Angka Tidak Akan Berbohong

Kami menggunakan data yang dikumpulkan dari rekod media dan rekod rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyangkal angka Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai penjualan tanah semasa pentadbiran BN dan pentadbiran DAP.

Secara ringkas, seperti kata pepatah, angka tidak berbohong. Rakyat Pulau Pinang kehilangan secara puratanya 1.7 ekar tanah setiap hari selama 9 tahun yang lalu. 1.7 ekar tanah boleh membina 204 unit rumah kos sederhana rendah (dengan ketumpatan semasa sebanyak 120 unit seekar) yang berharga RM72,500 semasa tempoh pentadbiran BN. Dalam erti kata lain, rakyat Pulau Pinang telah kehilangan peluang untuk memiliki 204 unit rumah kos sederhana rendah setiap hari !

Melihat kepada angka itu, ia merupakan satu jualan tanah jumbo selama 9 tahun yang lalu !

Fakta adalah fakta!

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa bahawa pendapatan daripada jualan tanah semasa pentadbiran DAP lebih tinggi daripada pentadbiran BN adalah satu lagi kenyataan yang sangat mengelirukan.  Pada tahun 1990an secawan kopi O dijual dengan harga 60 sen tetapi kini ia dijual dengan harga RM1.20. Seseorang tidak boleh mengatakan bahawa pemilik kedai kopi sepatutnya menjual secawan kopi O dengan harga RM1.20 pada tahun 1990an untuk memaksimakan keuntungannya, tetapi kos kehidupan yang sebenarnya ialah harga itu mencerminkan harga bahan dan barangan dalam tempoh masa itu. Jika pemilik kedai kopi tersebut menjual secawan kopi O dengan harga RM1.20 pada masa itu, kedai kopi itu sudah lama gulung tikar!

Gaji dan elaun Ketua Menteri dan ahli EXCO telah meningkat dua kali ganda berbanding dengan pentadbiran BN sebelumnya. Bolehkah Kerajaan Negeri menyatakan mereka lebih jimat cermat daripada kerajaan sebelumnya? Gaji dan elaun telah meningkat dan begitu juga harga tanah sejak beberapa tahun yang lalu! Berhenti mengelirukan rakyat!

Friday, December 1, 2017

NURUL FADLI MENJADI PROXI MENTERI BESAR SELANGOR


Sudah terang lagi bersuluh. apabila Ummi Hafilda sendiri mengesahkan kerja kotor adik nya iaitu Menteri Besar Selangor dengan menjadi kan anak saundara nya sebagai proxi Azmin Ali. jangan mudah menuding jari kepada UMNO dan SPRM. 

kerja kotor ini bukan mudah hendak di tangkap, mengikut dakwaan ummi hafilda SPRM telah mengikut kerja kerja kotor Azmin Ali selama setahun. 

Sekarang kita tak mahu dengar alasan, apa yang rakyat nak tahu ialah jawapan wang 4 juta itu dapat dari mana ???? . bukannya penafian dengan menyalahkan pihak lain. 

ini baru betul kita nak hapuskan kleptokrasi dan selamatkan selangor



Saturday, November 25, 2017

PENDAPATAN NEGARA BERTAMBAH RM1.3Billion DALAM PELANCONGAN KESIHATAN

Pendapatan Pelancongan Kesihatan  RM1.3 Bil Tahun Ini 

Kerajaan memberi fokus kepada pelancongan kesihatan kerana menjadi lubuk emas untuk menambah pendapatan negara.

Industri ini diramal menjana pendapatan sebanyak RM1.3 bilion tahun ini,  meningkat 16% berbanding RM1.2 bilion pada 2016. 

Dalam Bajet 2018, kerajaan peruntuk RM30 juta untuk promosi bidang ini.

Ia telah membuka banyak peluang pekerjaan seperti pengamal perubatan, fasilitator kesihatan, pemandu pelancong, pekerja hotel dan banyak lagi.
  
Kos rawatan yang berpatutan antara faktor hospital di Malaysia menjadi pilihan.

Misalnya,  kos pembedahan pintasan jantung antara RM30,000 hingga RM50,000 berbanding di Amerika Syarikat lebih RM100,000.

Prince Court Medical Center, Hospital Ampang Puteri, Sime Darby Medical Center dan Hospital Mata Tun Hussein Onn antara pusat perubatan popular di kalangan pelancong. 

Malah, Prince Court Medical Center dipilih antara yang popular di dunia.


#1MalaysiaNegaraku #NajibRazak  #Bajet2018 #kamigengnajibrazak #kekalnajib 

Tuesday, November 21, 2017

UMNO PULAU PINANG AKAN BENTANGKAN KELEMAHAN DAP #PAU2017

UMNO Pulau Pinang akan menggunakan platform Perhimpunan Agung UMNO bulan depan untuk membawa pelbagai isu berbangkit menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terutama membabitkan isu kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata UMNO Pulau Pinang akan diwakili Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO; Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd Rahim (usul ekonomi) dan Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor, Nashrol Hisham Abdullah (usul Agama).

Beliau berkata, pihaknya juga berharap perhimpunan berkenaan akan membakar semangat ahli dan pemimpin UMNO negeri dalam persiapan terakhir menjelang PRU-14.

"Justeru, kita berharap perwakilan daripada negeri ini dapat berbahas dengan baik untuk mengetengahkan isu permasalahan rakyat di Pulau Pinang untuk dikongsikan dengan perwakilan negeri lain, bagi dijadikan iktibar terhadap isu yang berlaku.

"Malah, kita juga mahu mengingatkan semua pihak bahawa perubahan kerajaan baik di peringkat negeri dan Pusat tidak semestinya akan membawa kebaikan kepada rakyat malah boleh menyebabkan kemudaratan.

"Ia terbukti apabila sepanjang 10 tahun kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah banyak isu berlaku di negeri ini termasuk runtuhan tanah dan banjir kilat disebabkan pembangunan yang tidak terkawal sehingga menyusahkan rakyat," katanya selepas merasmikan Minggu Industri 4.0 di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai persiapan UMNO negeri menghadapi PRU-14, Zainal Abidin berkata, beliau percaya perhimpunan agung kali ini akan merapatkan lagi saf dan barisan parti untuk menghadapi PRU.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin yang juga Penasihat Khas Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kepada Perdana Menteri berkata, pihaknya berusaha untuk memupuk budaya dan meningkatkan aktiviti penyelidikan bagi memastikan pembabitan masyarakat dalam menyokong perkembangan pesat inovasi dan teknologi semasa.

"Untuk mencapai tujuan ini, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan memanfaatkan tujuh nod pertumbuhannya di seluruh rantau ini bersama rakan kongsi termasuk PSDC untuk merapatkan jurang dalam keperluan modal insan bagi pelaksanaan Industri 4.0.

"Kita juga berharap kawasan pertumbuhan NCER akan menjadi tempat ujian yang baik untuk pelaksanaan Industri 4.0," katanya. - Berita Harian

KERAJAAN BN MASIH BAGI SUBSIDI KEPADA RAKYAT

Hanya untuk subsidi minyak habiskan RM22 billion. Semua orang dapat subsidi minyak ini, termasuklah yang naik kereta mewah, Buggati Veyron, Bentley, Jaguar dan Porshe Cayanne. Lebih baik beri subsidi tersasar kepada mereka yang memerlukan sahaja, bukan mereka yang anggap BR1M sebagai rasuah dan dedak.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dalam satu forum pada Ahad lepas menyatakan kerajaan BN pusat masih memberi subsidi kepada rakyat berjumlah RM86 billion secara keseluruhannya.

“Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, subsidi secara langsung yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat adalah sebanyak RM26 bilion. Ia diberikan melalui pelbagai skim subsidi. Manakala subsidi secara tidak langsung yang diberikan oleh kerajaan pula berjumlah RM60 bilion” kata Datuk Seri Johari.

Seorang pelajar sekolah di Malaysia masih mendapat subsidi kerajaan berjumlah RM700 sebulan manakala di universiti pula subsidi kerajaan untuk 670,000 orang pelajar di IPTA adalah berjumlah RM1,700 sebulan. Pemberian subsidi sebegini lebih tersasar dan dapat ke tangan mereka yang benar benar memerlukan.

Jika hendak dihabiskan RM22 billion kepada minyak sahaja ianya bukan satu langkah yang bijak dan produktif untuk ekonomi negara. Venezuela minyaknya adalah yang paling murah di dunia, namun pembangunan ekonomi di Venezuela adalah negatif dua belas peratus.

Hari ini, kerajaan Malaysia sudah berjaya mencari penyelesaian tentang harga minyak. Harga minyak di negara ini masih di tangga ke-17 termurah di dunia. Kerajaan sudah menyatakan akan masuk campur jika harga minyak melebihi RM2.50 sen secara berterusan selama tiga bulan.

Pembangkang sekarang tidak lagi janji hendak turun harga minyak macam dahulu. Mereka cakap hanya mahu stabilkan harga minyak sahaja. Buat apa lagi percaya kalau tukar kerajaan maka harga minyak boleh stabil atau turun. Itu hanya janji yang belum tentu ditepati.

Kerajaan yang ada sekarang sudah terbukti dan berjaya stabilkan harga minyak pada kadar yang berpatutan untuk rakyat Malaysia.

KEPADA PAKAR EKONOMI PEMBANGKANG FACEBOOK  HENTIKAN LAH KELUARKAN FAKTA AUTA HANGPA TU. FAKTA HANGPA TIDAK BOLEH KEMANA PUN. HANYA PANDAI GEBANG JA.  

PPBM TIDAK BOLEH SELAMATKAN MALAYSIA

Bolehkah Parti Penipu Bersatu Mahathir (PPBM) menyelamatkan Malaysia?

1. Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyatakan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh diharamkan pendaftarannya kerana melakukan tiga kesalahan yang serius.

2. Tiga kesalahan itu ialah TIDAK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MENUBUHKAN SAYAP PEMUDA DIKENALI SEBAGAI ARMADA tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti dan MENANGGUHKAN MESYUARAT AGUNG juga tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

3. Tiga kesalahan ini memang serius kerana ini membuktikan pemimpin PPBM tidak mempedulikan peraturan dan melanggar perlembagaan parti mereka sendiri, tetapi DOSA yang lebih berat lagi adalah cubaan untuk menipu ROS dan ahli parti.

4. Penipuan pertama adalah apabila mereka melaporkan bahawa mereka telah membuat Mesyuarat Agung Khas (EGM) sedangkan ia hanya mesyuarat biasa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

5. Penipuan kedua adalah terhadap ahli parti, iaitu apabila hanya 12 daripada 30 orang ahli MPT telah membuat keputusan untuk meminda perlembagaan tanpa merujuk ahli-ahli parti. Kenapa tidak sampai separuh ahli MPT 12 yang hadir?

6. Terdapat kemungkinan besar PPBM juga berbohong mengenai jumlah ahli parti, terutama di peringkat cawangan dan bahagian. Apabila ditanya, Tun M menjawab "Kami mempunyai bilangan yang ramai tetapi penyusunan organisasi di peringkat bahagian dan cawangan belum selesai." Jika ahli begitu ramai, kenapakah sehingga sekarang jumlah ahli setiap bahagian PPBM tidak diumumkan dan mesyuarat di peringkat cawangan pun masih belum dapat diselesaikan?

7. Jelas, pertama, pemimpin PPBM GAGAL mengurus parti itu dengan baik dan teratur. Kedua, PPBM tidak mampu gagal untuk menulis perlembagaan parti yang baik. Ketiga, PPBM adalah parti yang melanggar undang-undang dan perlembagaan mereka sendiri. Ini tidak menghairankan kerana PPBM ditubuh oleh bekas ahli UMNO yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan parti. Keempat, PPBM adalah pembohong. Tidak pelik apabila mereka kuat berbohong kerana kelahiran PPBM sendiri bertitik tolak daripada pembohongan, iaitu apabila Tun M berbohong kononnya RM42 bilion duit wang 1MDB lesap dan dicuri oleh Perdana Menteri. Apabila sebuah parti lahir atas pembohongan pemimpin-pemimpinnya, maka sehingga sekarang mereka tidak berasa malu menipu ROS dan ahli-ahli parti sendiri.

8. Bolehkah pemimpin yang gagal menguruskan parti, tidak mampu menulis perlembagaan parti yang baik, melanggar undang-undang dan perlembagaan parti sendiri, dan yang menipu ahli-ahlinya mampu menguruskan negara dengan baik? Jika parti sendiri pun susah hendak diselamatkan sekarang, bagaimanakah mereka hendak "SELAMATKAN MALAYSIA"?!! 

sumber facebook TUN FAISAL

komen aku. 
sedia ganti umno. belum apa apa lagi dah jadi parti haram. tunggu masa nak dibubarkan. pilihanraya ke 14 nak dekat.  nak bertanding atas logo DAP kot.  

Monday, November 20, 2017

LIM KIT SIANG - TUN M MENJADI BUSUK CIPTAAN DIA SENDIRI 22TAHUN


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang komunis, namun beliau menggelar saya sebagai seorang "autoritarian".

Saya tidak pasti hendak berterimakasih atau tidak kepada Mahathir kerana membersihkan nama saya daripada tuduhan 'komunis' yang masih dilemparkan kepada saya oleh tentera siber UMNO bersama-sama pembohongan lain, termasuk sebagai dalang rusuhan kaum13 Mei 1969.

Mahathir mungkin mahu membersihkan namanya sendiri, kerana tentu beliau akan dilihat amat bodoh kerana membiarkan seorang 'komunis' bergerak bebas di Parlimen selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 15 tahun sebagai Menteri Dalam Negeri.

Jika saya seorang 'komunis', maka bererti Mahathir telah gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak mengetahuinya.

Saya bagaimanapun tertarik dengan tuduhan beliau bahawa saya seorang "autoritarian" dan mahu anak saya, Guan Eng, menggantikan saya.

Saya tidak mahu menuduh Mahathir nyanyuk walaupun dia mampu berpura-pura nyanyuk atau berpura-pura terkena penyakit lupa, seperti yang dilakonkannya dengan baik ketika tampil di depan Suruhanjaya Siasatan Bebas berkenaan rakaman video Lingam. Beliau ketika itu teruk diserang lupa – perkara yang tidak lagi berulang setelah itu.

Menurut Mahathir, saya mahu Guan Eng menggantikan saya.

Apakah beliau merujuk kepada langkah Guan Eng mengikuti jejak langkah saya menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); seterusnya 'menamatkan pengajian' dengan mengisi Penjara Kajang selama 18 bulan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; hilang hak sivil, termasuk hak mengundi dan ikut serta dalam pilihanraya sebagai calon selama lima tahun kerana mempertahankan hak-hak seorang gadis berusia 15 tahun dari Melaka?

Atau yang Mahathir maksudkan adalah langkah Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Perlukah saya ingatkan Mahathir bahawa saya tidak pernah menjadi ketua menteri Pulau Pinang?

Atau beliau memaksudkan langkah Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP? Izinkan saya mengingatkan Mahathir bahawa saya berhenti menjadi Setiausaha Agung DAP pada tahun 1999 dan Guan Eng menjadi Setiausaha Agung pada tahun 2004.

Selain itu, Mahathir mungkin perlu diingatkan juga bahawa beliau bertanggungjawab atas penangkapan besar-besaran tanpa bicara di bawah ISA menerusi Operasi Lalang, pada Oktober 1987; bahawa beliau secara bersendirian telah memusnahkan kebebasan, kemandirian, dan profesionalisme jabatan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pilihanraya, agensi pencegahan rasuah dan perkhidmatan awam?

Apakah Mahathir juga perlu diingatkan bahawa di bawah pentadbirannya rasuah mula merebak di peringkat tinggi politik di Malaysia dan begitu juga salah-guna kuasa oleh pihak berkuasa?

Setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengejutkan dengan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghumbannya ke penjara buat kali ketiga pada hari Selasa, 10 Februari, Mahathir telah mencatat di blognya, memetik Hamlet, mengisytiharkan bahawa "something is rotten in Malaysia."

Ya, ada benda sedang membusuk di Malaysia – seperti yang terlihat pada terhumbannya seorang patriot seperti Anwar Ibrahim ke penjara buat kali ketiga walaupun telah mengabadikan 47 tahun daripada usianya untuk memperjuangkan keadilan, kebebasan, maruah manusia dan perpaduan negara.

Jika Malaysia ditanya siapa pemimpin politik tertinggi di masa lalu dan sekarang yang sepatutnya menghabiskan masa selama lima tahun dalam penjara, orang akan menyebut nama-nama lain, bukan nama Anwar Ibrahim.

Ini menunjukkan adanya kebusukan di Malaysia, busuk dari reput yang bermula dalam tempoh 22 tahun Mahathir berkuasa, dan dimulakan oleh Mahathir sendiri!

Hari ini, Mahathir bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, tetapi bukan kerana beliau hendak menghilangkan kebusukan, atau untuk memulihkan kebebasan dan integriti kehakiman dan kedaulatan undang-undang; untuk mengakhiri campurtangan ke atas kebebasan dan profesionalisme institusi negara seperti perkhidmatan awam, polis, suruhanjaya pilihanraya atau agensi anti rasuah; membasmi rasuah yang bermaharajalela; atau memulihkan etika dan kejujuran dalam kehidupan awam; atau memulihkan sistem pendidikan; atau mengembalikan daya saing ekonomi Malaysia.

Mahathir mahu menjatuhkan Najib bukan untuk menghilangkan kebusukan yang dimulakan oleh Mahahtir sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri, untuk agenda peribadi beliau sendiri.

Roketkini.com

KOMEN AKU

tun m mudah lupa . rupanya dia kata umno busuk hingga ke usus... dia mengata pada diri sendiri .

umno tak busuk tapi yang sedang membusuk ialah tun m selama 22 tahun .

Saturday, November 18, 2017

LANGGAR AKTA PERLEMBAGAAN R.O.S PARTI PPBM BAKAL DIBUBARKAN


Kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung istilah \'Armada\' dibuat berdasarkan rujukan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri yang hanya menunjukkan kewujudan istilah \'Pemuda\' dan bukannya Armada, kata Ketua Pengarahnya Surayati Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, Armada adalah suatu yang tidak sah serta tidak diiktiraf RoS dan berisiko berdepan tindakan serius ke atas PPBM dan pucuk pimpinan parti termasuk pembatalan pendaftaran parti.

Surayati dalam kenyataan sebelum ini dilaporkan berkata penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan parti boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

"Isu Armada adalah sangat serius dan dilihat tidak menghormati Akta Pertubuhan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memanipulasi isu tersebut dan membuat tuduhan tidak berasas terhadap RoS.

Dalam pada itu, beliau berkata menurut perlembagaan PPBM yang berdaftar dengan RoS, Fasal 28 mengenai pindaan perlembagaan iaitu 28.1 menyebut "apa-apa pindaan ke atas Perlembagaan PPBM perlu dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga perwakilan yang hadir pada persidangan agung tahunan atau persidangan perhimpunan agung khas".

Beliau berkata ia berkait dengan PPBM sendiri yang masih belum mengadakann mesyuarat agung tahunan walaupun telah setahun ditubuhkan.

Beliau berkata walaupun Setiausaha Agung Khas PPBM menerusi kenyataan media menyatakan parti itu telah mengadakan persidangan perhimpunan agung khas pada 2 Nov 2016, penelitian RoS terhadap minit mesyuarat tersebut mendapati hanya 12 anggota Majlis Pimpinan Tertinggi yang direkodkan hadir.

Menurutnya, RoS ada menerima permohonan untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan PPBM, tetapi semakan ke atas perlembagaan parti itu mendapati tiada apa-apa fasal atau peruntukan yang membolehkan mereka menangguhkan mesyuarat tersebut.

"Kesalahan bagi tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah melanggar perlembagaan PPBM sendiri yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti itu.

"Pucuk pimpinan PPBM perlu tahu bahawa perlembagaan parti dan juga undang-undang berkaitan pertubuhan adalah sesuatu yang sangat serius, malah pernah terjadi pada 1988 di mana UMNO telah diharamkan kerana melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan," katanya.

-- BERNAMA

komen aku ..

cerita gambar .... dia jilat takpa ...hahahaha

Friday, November 17, 2017

MASA DEPAN NEGARA MALAYSIA BERMULA DI SINI #EKSPONEGARAKU2017


Dicetuskan hasil ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, buat julung kalinya ekspo dalam skala besar itu dizahirkan untuk segenap peringkat usia dengan pelbagai pengisian - bukti yang menunjukkan pembangunan negara dilaksanakan secara inklusif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ekspo Negara 2017: "Ini adalah gambaran masa depan Malaysia dan segala-galanya harus bermula hari ini."

Di sebalik pengalaman menakjubkan Ekspo Negaraku 2017, terselit pelbagai mesej berharga untuk dijadikan azimat ke arah membawa Malaysia meluncur laju mengharungi pelbagai cabaran.

Paling utama, Ekspo Negaraku 2017 membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memberi yang terbaik buat kira-kira 32 juta rakyatnya tanpa batasan kaum, lokasi atau apa saja sempadan yang menjadi ukuran perbezaan buatan manusia.


Tempoh sebulan yang diberi, bermula esok hingga 15 Disember memadai untuk anda memperuntukkan sekurang-kurangnya sekali berada di Dataran Merdeka dan berkongsi kebanggaan bergelar rakyat Malaysia!

Thursday, November 16, 2017

KEBIJAKSANAAN TUN M MEMSWASTAKAN PROJEK ERL TERSERLAH



kecerdikan projek ERL menuntut Kerajaan membayar RM2.9 bilion. walaupun kos keseluruhan projek sebenar ialah RM 1.4 billion memang patut di puji. ini lah perjanjian paling bodoh di buat antara kerajaan terdahulu di zaman TUN M 

kerajaan membayar menggunakan pinjaman mudah dan modal daripada Tabung Haji dan Bank Pembangunan. Ironi nya syarikat ERL masih memiliki konsesi untuk membuat wang dan meminta lebih pampasan pada masa depan.

ramai bertanya kenapa kerajaan BN sekarang tidak boleh membatalkan perjanjian bodoh itu , kita ada kuasa untuk membatalkan.  nak tahu jawapan nya  SILA KLIK SINI

APA SUDAH JADI DENGAN PARTI PPBM

Belum apa apa lagi. belum piliharaya sudah ramai pengasas dan ahli parti paling maksum dah keluar parti. alasannya perjuangan didalam PPBM telah lari. 

masuk parti PPBM nak perjuang apa ...???? pejuangan nak menjatuhkan Perdana Menteri itu maksud sebenarnya . bukannya berjuang nak selamat kan malaysia seperti mereka laungkan sebelum ini . 

rata rata apabila telah terjerumus dalam kancah politik nak menjahanamkan malaysia memang akan nampak perjuangan itu hanya sia sia, di tambah lagi parti PPBM itu ada lah PARTI HARAM 

aku memang minta kali ini NajibRazak tidak perlu buat pilihanraya ke 14 secepat mungkin, biar kan dulu hingga tinggal pengerusi dan presiden parti PPBM baru lah buat pilihanraya, padan muka ...!! 

sekarang TUN M nak suruh NajibRazak undur ka. atau ahli ahli parti haram yang akan menghukum dia terus. 


Wednesday, November 15, 2017

NAK GUNA KHIDMAT KAJICUACA LUAR NEGARA

dap punya pertimbang ..... bab nak membazir wang rakyat boleh kat dia ...  kerajaan Negeri pulau pinang pernah guna khidmat luar negara untuk perunding terowong bawah laut . hasilnya sehingga sekarang tak ada. 300juta lebih di bayar ..

kerajaan Dap negeri pulau pinang memang bongkak dan lahanat . 

adalah lebih baik wang itu di gunakan untuk membantu mangsa banjir .

DAP sebagai pemerintah kerajaan negeri cukup tidak bertanggungjawab dalam hal untuk menjaga rakyat .   

andaikata lepas guna khidmat luar . ramalan kajicuaca tersilap. nak minta izin dulu .... izin kami  hentam dap gagal.  

Tuesday, November 14, 2017

KERAJAAN DAP PULAU PINANG ADA PENYAKIT SINDROM PENAFIAN SETELAH DI BUKTIKAN


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid, berkata Kerajaan Persekutuan bukan sahaja menyumbang barangan keperluan kepada mangsa banjir, malah tenaga untuk membersihkan kawasan yang terjejas teruk.

"Kerajaan negeri memang sentiasa 'denial' (nafikan), tidak mahu mengaku Kerajaan Persekutuan sudah hulurkan bantuan.


Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang di bawah ketua menteri paling celaka ini tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan pusat BN, kerja mereka membangkang walaupun sebenarnya DAP menjadi pemerintah kerajaan negeri tetapi masih bersikap seperti pembangkang. tidak bertanggungjawab langsung. 

KETUA MENTERI SALAHKAN JABATAN METEORLAGI MALAYSIA PULAK .

Sidang DUN Penang:

Lim Guan Eng semasa ucapan penggulungan telah menyelar Jabatan Meteorologi Malaysia kerana tidak memberi laporan yang tepat mengenai cuaca, sambil memberi contoh:

 "dalam laporan METMalaysia menyatakan hari ini Penang tidak hujan, tetapi sekarang di kawasan Bukit Bendera telah hujan..."

Alamakkkk Tokong....nama pun RAMALAN, tidak semestinya tepat. Kerja turunkan hujan bukan kerja METMalaysia, tapi kerja Tuhan. Apa la bodoh punya Ketua Menteri.

TILAM NAJIBRAZAK MENJADI IGAUAN EXCO PULAU PINANG @NajibRazak





tiga hari smpai sebab dia kena faham itu bantuan pasca banjir ..bukan bantuan di pusat pemindahan semasa berlaku di banjir. YB seberang jaya sakit hati kerana tilam dan bantai ada gambar perdana menteri .


depa semakin tak tentuang bila perkara ini menjadikan isu dan dalam mesyuarat mencari jalan macamana nak permatikan kelab putera 1malaysia kononnya mai mana dana yang begitu banyak untuk menyediakan bantuan ...

mereka lupa kelab putera 1malaysia sudah bertahun tahun telah memberi bantuan kemanusiaan seluruh dunia.. kenapa masa itu tidak pulak menimbulkan pertanyaan


adakah yb seberang jaya sengaja membuat tohmahan jahat .. tetapi dalam masa yang sama kita nak tanya lah apa pulak sumbangan yb seberang jaya untuk rakyat pulau pinang .???? dalam kawasan pun tak mai langsung ... lagi mau sembang kaaa..

wang RM450 ribu yang di sumbang oleh MB Selangor untuk permatang pauh  , YB buat apa  ???  

#kekalnajib #kamigengnajibrazak #tibaiPMkamitibaibalik


#PAU2017 JANGAN BAWA USUL PEMILIHAN PARTI UMNO TUMPUAN MENANG PRU14

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan agar segala usul yang berkaitan dengan pemilihan parti tidak dibahaskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang bakal bermula pada 5 Disember nanti kerana fokus utama UMNO adalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Jelas beliau, tidak ada gunanya membincangkan kedudukan atau memegang jawatan tinggi dalam UMNO jika parti tidak mendapat mandat yang besar dalam pilihan raya nanti.

Monday, November 13, 2017

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TIDAK MEMBANTU LANGSUNG @NajibRazak


biadap. itu saja yang mampu aku katakan kepada ketua menteri DAP pulau pinang.  berani dia mengatakan kerajaan pusat tidak membantu .  yang aku hairan penyokong pun boleh percaya bulat bulat,  

bagi menjawab tuduhan ketua menteri pulau pinang paling celaka ini , 

Senarai Bantuan Kerajaan Pusat,Agensi2 Kerajaan Pusat, NGO2 dan UMNO Kepada Mangsa Banjir 

1. PM bersedia untuk menyediakan RM 1 Billion untuk 13 projek tebatan banjir di seluruh Pulau Pinang dan RM150 juta telah diluluskan.
2. KP1M hantar 60 kontena.
3. BNM sediakan RM500 juta utk PKS yg terjejas banjir.
4. Imigresen bagi penggantian passport percuma.
5. PTPTN beri kelonggaran boleh membuat penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman.
6. Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengerah ATM yang merupakan antara bantuan paling awal diberikan kepada mangsa sebelum Guan Eng call. 200 anggota terlibat. Aset ATM yang dikeluarkan, 2 helikopter Agusta, 89 trak tiga tan, 62 bot tempur, 27 Land Rover, 19 buah trak Tatra, 4 helikopter EC725, 2 helikopter Nuri, 2 pesawat C130 , 1 helikopter Fennec, 1 helikopter Super Lynx selain wang enhsan RM500 bagi setiap seorang warga kementerian yang terjejas akibat banjir.
7. Datuk Seri Zahid Hamidi hantar RELA dan konvoi NGO beserta barnagan bernilai RM 90,000. Seramai 500 pegawai dan anggota termasuk 19 lori, 17 van, tujuh kenderaan pacuan empat roda serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk membantu mangsa banjir.
8. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia. Bantuan seperti, bantal, selimut, pakaian dan peralatan memasak.
9. BIRO Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) hantar bantuan medik dan menyampaikan kit bantuan harian, dianggarkan 6,000 keluarga akan menerima bantuan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.5 juta.
10. Puteri UMNO bersama NGO bawa sumbangan seperti makanan, lampin pakai buang bayi, bahan kering masakan, peralatan alat tulis dan beg sekolah.
11. Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba bersedia sejak 6 pagi untuk membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke sekolah.
12. Mercy Malaysia buka klinik bergerak, bantuan rawatan dan perubatan yang ditaja oleh Yayasan Sime Darby, turut menyumbangkan 500 kit perubatan
13. BN Terengganu sumbang bantuan kewangan dan barangan keperluan berjumlah RM200 ribu beserta 200 orang sukarelawan untuk bersih rumah dan premis.
14. Parti Gerakan sumbang RM100 ribu dan ahli membantu pembersihan rumah mangsa banjir.
15. MCA menghantar sumbangan dan Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) membantu pembersihan rumah mangsa banjir
16. MIC menghantar lebih 100 petugas MIC Youth Disaster Aid Centre (MyDAC) membantu mangsa banjir.
17. MB Perak lulus RM100 ribu peruntukan.
18. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) beri bantuan kewangan segera, makanan, peralatan, perlindungan, perubatan serta lain-lain keperluan.
19. Datin Seri Rosmah Mansor yang juga presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut mengumumkan agihan sebanyak RM 110,000 kepada mangsa banjir.
20. Kerajaan negeri Melaka menghantar lebih 200 sukarelawan termasuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi misi bantuan pasca banjir ke Pulau Pinang.
21. JAKIM beri khidmat kaunseling selain bantuan kewangan termasuk barangan keperluan asas kepada wakil-wakil beberapa buah masjid dan juga sekolah KAFA yang terjejas.
22. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melalui kerajaan negeri hantar 200 sukarelawan bagi misi bantuan pasca banjir di Pulau Pinang.
23. Peruntukan 2 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran dan perparitan yang rosak akibat banjir di sekitar daerah Kulim.
24. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membekalkan 30 set janakuasa bergerak ke kawasan banjir di Pulau Pinang.
25. Tabung Haji juga beri sumbangan kepada anggota TH, berihkan rumah dan bantuan RM 2000 kepada anggota serta sumbangan barang keperluan harian kepada pesara TH yang terlibat.
26. UniKL sumbang sukarelawan dan dana RM 60,000
27. Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) akan memberi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) percuma kepada lebih 3,000 pelajar Tahun 1 yang terlibat dengan bencana banjir di Pulau Pinang bernilai RM320,000
28. Team Salute Malaysia, Presidennya Datuk Rizal Mansor bawa 60 sukarelawan bersama barang-barang keperluan termasuk makanan, minuman dan peralatan pembersihan rumah. Turut bawa 4 pegawai perubatan.
29. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) sumbang barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang bayi, tuala, selimut dan kelengkapan mencuci rumah.
30. Bank tempatan seperti CIMB, RHB, Bank Islam beri tangguh bayaran sehingga 6 bulan.
31. Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah melalui kerajaan negeri Kedah naikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi mangsa banjir yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan.


#TerimakasihBN

#KamiGengNajibRazak

APABILA BARUA DAP BUKA MULUT BANTUAN BANJIR #sidangdunpulaupinang




Sidang DUN Penang.

Sidang Akhbar Oleh YB Dr. Afif Bin Bahardin
Adun Seberang Jaya

Ada sapa-sapa boleh jawab soalan Exco Durian ni??

1. Bangkitkan tentang isu bantuan bencana yang kita salurkan melalui JKM dan Kelab Putera 1Malaysia.

2. Mengapa JKM tidak dapat menyediakan kelengkapan seawal sedia lagi kerana JKM adalah Agensi dan bantuan haruslah dari Kerajaan Pusat.

3. 3 hari selepas banjir, PM datang ke Pulau Pinang dan hari Khamis Kelab Putera 1Malaysia datang ke Pulau Pinang.

4. Persoalan saya adalah kenapa JKM tidak ada peruntukan? Dimanakah polisi dan SOP bencana Agensi Kerajaan Pusat?

5. Bagaimana Kelab seperti ini dapat menyumbangkan perkakasan banjir ini melebihi Agensi dan Jabatan Kerajaan?

6. Dedahkan sumber dana atau drama Kelab Putera 1Malaysia

7. Saya mempersoalkan disaat Kerajaan Pusat tidak menyalurkan bantuan, tetapi Kelab Putera 1Malaysia boleh bawak treler dan mengambil alih tugas Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan? Bersama-sama dengan rider dan juga escort dari PDRM?

8. Kita nak tahu dari mana sumbangan ini diperoleh? Dari Arab Saudi, dari Jho Low, atau dari Jabatan Perdana Menteri sendiri kerana kita tahu Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia seperti yang kita ketahui adalan Ahli Parlimen BN yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan Perdana Menteri dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

9. Kita mahu Perdana Menteri sendiri jawab sebab ada muka Perdana Menteri pada semua plastik. Nanti kalau kita koyak plastik akan jadi masalah pulak, mengadu pada Sultan dan sebagainya.

komen aku ..

yb dun seberang jaya ini orang paling kalut ketika timbalan perdana menteri hadir isnin lepas 5 nov . 2017.. dia sendiri tak bantu apa apa pun ..

kenapa nak persoalkan bantuan dari kerajaan pusat di bawah kelab putera 1malaysia .

hang sebagai exco kerajaan negeri pulau pinang pun tak bantu rakyat di parlimen permatang pauh dan rakyat pulau pinang .

PENDUDUK TANDATANGAN PETISYEN BANTAH KERAJAAN DAP PULAU PINANG #penangbanjir


Hampir 100 penduduk Flat Taman Seri Setia, Tanjung Bungah di sini berkumpul hari ini untuk menandatangani petisyen bagi mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang mengatasi masalah banjir di kawasan itu dengan segera.

Ini kerana menurut penduduk, banjir pada 5 November lalu yang beketinggian 1.5 meter telah menenggelamkan 30 rumah, 115 kereta dan 87 motosikal di kawasan tersebut sekali gus menyusahkan mereka.

Wakil penduduk, Wong Fook Kong, 55, berkata, flat yang dibina lebih 12 tahun itu tidak pernah dinaiki air sebelum ini tetapi kejadian pukul 2 pagi Ahad lalu di luar jangkaan mereka.

“Kerajaan negeri perlu menjalankan tanggungjawab mereka sebab kalau banjir berlaku di tempat rendah kita tidak pelik, tetapi kawasan ini tinggi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang turut hadir berkata, penduduk mahu kerajaan negeri menyelesaikan lima masalah yang dihadapi mereka termasuk menghentikan projek pembangunan lereng bukit di negeri ini terutama di sekitar Tanjung Bungah.

“Saya akan serahkan petisyen ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE



Sunday, November 12, 2017

GAYA HIDUP MEWAH CUCU TUN M DIDEDAHKAN.





serang dan mendedahkan gaya  kehidupan cucu tun m dikatanya dah terdesak... 

pembangkang menfitnah kehidupan anak tiri perdana menteri macamana pulak tu . 

perkara yang tak ada di adakan .  sehingga sanggup superimpose muka depan utusan datin rosmah menabung sejak kecik untuk membeli cincin RM28juta .... masih ingat kaa. 

sekarang terima lah ..ohhhhh bila kena pada depa ...isu terdesak .  bila kena kat perdana menteri... ianya satu kleptokarasi mencuri wang rakyat yeeeeee. ... 

#kepalabapakengkau 

#tibaiPMkamitibaibalik
#kamigengnajibrazak #kekalnajib

Saturday, November 11, 2017

BANTUAN BANJIR DI PERMATANG PAUH @BNpermatangpauh @NajibRazak @Zahid_Hamidi @dzainalabidin


Pada Allah Saya Berdoa , Pada Pemimpin Saya Berbisik .. Saya Yakin Doa Dan Bisikan Saya Di Dengar Maha Pencipta .. Bantulah Seluruh Rakyat Yg Sdg Diuji Dgn Musibah Banjir Ini  - Datuk Mohd Zaidi Bin Mohd Said




Semua 650 Mangsa Banjir Di Kg Tg Putus, Kg Tun Sardon, Mengkuang Titi, Kuala Mengkuang, Mengkuang, Kubang Ulu, Penanti, Kg Kolam, Sg Semambu & Kg Uma Menerima Sumbangan Awal Dari UMNO Bhgn Pmtg Pauh. Tidak Ada Siapapun Yang di Nafikan Hak. Fahaman Politik Tidak tidak di Pedulikan ! InsyaAllah Kg2 Lain Akn Menyusul Segera ! Harap Bersabar .



Rakyat Permatang Pauh..AMAT BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH PADA DATO..DGN USAHA TIDAK MENGIRA PENAT LELAH..PARTI POLITIK..MELUANGKAN MASA MENYAMPAIKAN BANTUAN DGN SEIKHLAS HATI
UNTUK MANGSA2 YG TERKENA MUSIBAH BANJIR..




Pada Hamba2 Allah Yg Terkena Musibah..,,,
Tenanglah duhai hati, terimalah ia dengan redha dan ikhlas. "Setiap Kesulitan pasti ada kemudahan". Kembalilah kepada Rabb yang dicintai. Jika kita diuji dengan kehilangan seseorang ia mengajar kita bahawa kita tidak boleh bergantung dengan orang lain. Sebaliknya hanya DIA tempat kita bergantung. Jika kita diuji dengan disakiti oleh orang yang kita sayang, ia sebenarnya mengajar kita untuk jadi lebih kuat. Ujian itu sebenarnya mematangkan kita untuk meniti kehidupan yang lebih mencabar dimasa akan datang.Mengadulah pada ALLAH, Dia sebaik-baik tempat mengadu.Ketika ujian inilah sebenarnya Allah mengukur iman kita, semakin dekat atau jauh dariNYA.

Mungkin ada yang beralasan kau tidak berada ditempat aku, senanglah cakap. Hmm percayalah jika kita redha dengan ujian yang Allah bagi pasti kita mampu hadapinya dengan senyuman. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Siapa tahu setelah itu akan muncul pelangi indah. Didiklah hati agar ikhlas menerimanya. Suatu hari nanti pasti kau tersenyum mengenang kembali ujian itu.Yakin disebalik itu ada sejuta hikmah yang tersembunyi..Wallahualam..

Thursday, November 2, 2017

KHIDMAT PENGIRING RAPAT TUN M DITARIK BALIK


Tindakkan yang tepat! Khidmat Pengawal UTK atau lebih tepat Pengiring Rapat adalah satu Keistimewaan untuk seseorang yang Penting buat Negara. 

Tidak dinafikan Tun M adalah PM Selama 22 Tahun. Tapi sekarang segala tindak tanduk beliau sudah tersasar dalam kategori beliau sebagai orang Penting kerana beliau sendiri yang lakukan nya atas matlamat peribadi. 

Jika mahu pertikai kan, Tanya diri dulu apa Keperluan untuk Kerajaan Sediakan Khidmat Kawalan Keselamatan pada beliau? 

Ala..dia duit banyak. Dia boleh pakai special bodyguard dengan agen-agen yang diiktiraf.. ini tidak perlu dijadikan isu oleh macai bunga.

Tuesday, October 31, 2017

TOL BUKIT KAYU HITAM TAMAT BEROPERASI 1 JANUARY 2018. #bajet2018 #kekalnajib


isu tol bukit kayu hitam ... aku takmo ulas  panjang ...sebab orang dah  bodoh memang akan tetap bangang... pengumuman hapuskan tol baru saja di umum hari jumaat. 

banner tu dah naik rasanya dah awal .. Najibrazak dah terang terang umum mulai 1january 2018 tol bukit kayu hitam di hapuskan ... bukan nya kata umun jumaat petang . sabtu dah hapuskan .... 

ada puak main isu ... kata najibrazak tipu rakyat ... tu aku kata bangang mesti pembangkang ..... simpan sikit bodoh tu untuk PRU14 .. 

....... pssss  kata takmo ulas ...pi ulas juga ...gatai tangan ... 

#bajet2018 #kekalnajib #kamigengnajibrazak

Friday, October 27, 2017

#BAJET2018 UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Bajet BN Lebih Menyeluruh Untuk Rakyat Malaysia

Berbeza dari belanjawan pembangkang yang hanya mementingkan syarikat luar negara, barangan import dan golongan tertentu sahaja, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah yang paling menyeluruh untuk segenap lapisan rakyat di Malaysia.

Daripada pegawai tinggi kerajaan, GLC sehingga ke Tok Siak menjaga masjid pun menerima habuan dalam bajet kali ini bukan sedikit tapi bayaran lebih RM1,000 buat pertama kali berbanding hanya RM500 sahaja sebelum ini.

Ini menunjukkan status ekonomi negara dalam keadaan baik. Oleh kerana itulah, Najib menggelarkan bajet tahun depan itu sebagai "ibu segala bajet". 

Ini adalah antara 10 kelompok golongan rakyat yang menerima manfaat daripada Bajet 2018 yang dibentangkan hari ini.

1. Anak Dalam Kandungan

Paling istimewa ialah ialah bayi yang masih dalam kandungan juga bakal menerima faedah melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) iaitu akan diberikan dana tabungan permulaan bernilai RM200 dalam bentuk unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk anak dilahirkan 1 Januari 2018 hingga 2022.

2. Ibu Mengandung

Ini juga adalah golongan yang diberikan perhatian dalam Bajet 2018 ini kerana tahun depan adalah Tahun Memperkasakan Wanita yang memberikan keutamaan kepada wanita yang sedang mengandung.

Bagi, wanita yang mengandung dan bekerja dengan kerajaan, mereka yang mengandung lima bulan ke atas akan dibenarkan balik awal sejam termasuk suami yang bekerja berdekatan. 

Untuk mereka yang mengandung dan bekerja swasta cuti bersalin mandatori swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari.

3. OKU Dan Warga Emas

Bagi kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU), dalam Bajet 2018 kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan elaun warga emas kepada RM350 sebulan yang menyediakan peruntukan RM603 juta.

Kemudian, kerajaan juga menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan melibatkan jumlah keseluruhan RM100 juta.

4. Pesawah Padi

Sebanyak RM2.3 bilion diperuntukan dalam bentuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah dan juga diberikan bantuan RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir RM150 juta ringgit kepada semua golongan pesawah.

5. Tok Imam, Tok Siak & Tok Batin

Tok Batin dan Ketua Kampung menerima bantuan khas sekali sejumlah RM1,500, termasuk bantuan khas kepada guru KAFA, Takmir Imam, Bilal dan Tok Siak sementara elaun warga emas kepada RM350.

6.  Usahawan Food Truck & Motosikal Tiga Roda

Perdana Menteri mengumumkan pemberian kemudahan pinjaman mudah kepada pengusaha Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4 peratus dengan peruntukan RM120 juta.

Manakala program motosikal tiga roda, mobilepreneur dan program MyAgrosis diberikan peruntukan RM25 juta.

7. Penoreh Getah

Bagi penoreh getah, mereka turut menerima peruntukan paling besar pernah diumumkan iaitu RM2.3 bilion dan daripada jumlah itu diperuntukan untuk program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruktur pengeluaran latex.

8. Suri Rumah dan Ibu Tunggal

Golongan wanita disifatkan oleh Najib sebagai pembayar hutang yang baik dan kebanyakan dari mereka ialah sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Untuk memberikan mereka ruang untuk berusaha lebih gigih, mengubah nasib dan memajukan diri serta keluarga masing-masing.

Diperuntukkan pembiayaan Amanah Ikthiar Malaysia, AIM sejumlah RM2.7 bilion bagi memanfaatkan hampir 400,000 orang peminjam.

Dalam Bajet 2018, Najib mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit.

9. Pelajar Tingkatan 6 

Untuk mereka, kerajaan akan memberikan Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar.

10. Pemandu Teksi

Untuk menjana pendapatan rakyat, dalam hal ini kepada pemandu teksi berdaftar sedia ada, mereka akan diberikan geran RM5,000 untuk mereka membeli kereta baru bagi menceburkan diri dalam perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber.

Bajet ini tidak akan terhasil jika dakwaan kerajaan Malaysia akan muflis benar seperti yang diperkatakan selalu oleh para pemimpin Pakatan Harapan (PH). 

Pembangkang terus terkedu melihat Bajet 2018 ini. Bajet Alternatif mereka yang dibuat beberapa hari lalu sudah boleh dibuang dalam tong sampah dah. 

Rakyat lebih berkeyakinan dengan Bajet BN berbanding cakap cakap kosong pembangkang. 

Tulisan : 
Beruang Biru
BB636, Jumaat 
27 Oktober 2017
Related Posts with Thumbnails