Monday, January 28, 2013

PAS AKAN TERSUNGKUR DI KAKI DAP DAN PKR.

Prediksi PRU 13 - PAS akan kalah TERUK dalam PRU 13 dan berikut adalah beberapa sebab perkara ini akan berlaku ; 

1. Perjuangan PAS yang tidak TAKUT kepada ALLAH tetapi TAKUT kepada hilangnya sokongan manusia dan apabila MENTAATI ANWAR IBRAHIM dengan mudah pula menuruti arahan DAP maka laknat ALLAH akan menimpa PAS di dalam PRU 13. 

2. PAS buang perjuangan HUDUD dan digantikan dengan Negara Kebajikan dan dengan tipu muslihat ala YAHUDI telah cuba menipu penyokong-penyokong PAS maka ketentuan ALLAH akan melenyapkan PAS di PRU 13. 

3. Barangsiapa yang mempermainkan kalimah ALLAH dan berdolak dalik di dalam mempertahankan penggunaan kalimah tersebut maka tunggulah azab ALLAH. Setelah berdolak dalik baru sekarang Majlis Syura buat keputusan menyokong tetapi apa yang berlaku kepada pendirian PAS sebelum ini. Jika Majlis Syura tukar pendirian, PAS perlu minta maaf kepada kepimpinan UMNO yang konsisten di dalam pengangan mereka dalam isu kalimah ALLAH. 

4. Apabila pemimpin-pemimpin Islam dianiaya seperti Ustaz Hassan Ali dan Ustaz Nasha maka tunggulah ketentuan ALLAH di PRU 13. Tidak ada satu negeri pun yang akan dimenangi oleh PAS dan ketika itu JEMAAH PAS akan dilayan seperti anjing kurap oleh DAP dan PKR. 

5. Apabila PAS kerapkali mengubah-mengubah pendirian melibatkan perlaksanaan Islam disebabkan desakan DAP maka enakmen perundangan Islam itu sendiri seperti diperlekehkan. PAS cuai di dalam menjaga prinsip perjuangan maka ketentuan ALLAH akan pasti jatuh keatas PAS di PRU 13. 

6. Doa BN KO dan KO BN adalah perbuatan orang-orang fasik yang penuh kebencian walhal Islam adalah agama yang penuh kasih sayang dan tidak ada satupun Sunnah Nabi yang membenarkan doa yang sedemikian maka disini jelas Islam yang dianut oleh PAS bukanlah ajaran islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan ianya bukanlah Islam yang terkandung di dalam AL-Quran. Maka ketentuan ALLAH pada PRU 13 akan menjahamkan PAS agar mereka sedar dari ditipu oleh Anwar Ibrahim dan DAP.

Sokongan PAS terhadap DAP hanya menguatkan lagi sokongan sokongan orang-orang CINA kepada DAP yang berjaya menjadikan dua PARTI Melayu dalam Pakatan Rakyat sebagai dua buah PARTI yang DAYUS. Anwar Ibrahim perlukan jentera-jentera PAS yang taat lagi terlatih bagi menjatuhkan UMNO tetapi malangnya PAS telah hilang sokongan akar umbi akibat daripada diperkudakan oleh Anwar Ibrahim...

PAS MESTI KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan pada PRU 13.

email dari
pembaca blog.

arab nak kata: golongan macam ini umpama anjing. di panggil pun menjelir jelir lidahnya..di halau pun terjelir jelir lidahnya. buruknya perumpamaan Allah kepada puak macam nie. .

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Daripada posting tuan hamba,maaf jika saya katakan hati anda terlalu kotor dan gelap.Ianya juga bukan cerminan hati seorang yang benar beriman dengan Allah SWT.Pesan saya,sekiranya anda seorang muslim bersegeralah untuk bertaubat,hampirkanlah diri anda dengan ajaran Islam yang sebenar.Saya bimbang jika dihujung usia anda yang terpacul keluar hanyalah caci-nista yang penuh kekejian.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Bacalah firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)

Related Posts with Thumbnails