Wednesday, August 24, 2011

SUKA SAMA SUKA....ANWAR TELAH MENGESAHKAN SEGALANYA..!!!

Sejak tiga tahun yang lepas Saiful Bukhari Azlan telah menghantui hidup Anwar, ahli keluarga serta para penyokongnnya.

Semuanya gara-gara laporan polis yang dibuat oleh Saiful berhubung kegiatan seks songsang bekas majikannya itu.

Sejak dari situ setiap hari Anwar serta ahli keluarga dan para penyokongnya terus-menerus mengatakan apa yang terjadi ke atasnya adalah fitnah serta konspirasi oleh pihak lawannya.

Berbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan oleh Anwar untuk dia membersihkan dirinya sekiranya apa yang berlaku ke atasnya satu fitnah, termasuklah bersumpah dengan nama Allah. Juga kaedah perundangan di mahkamah.

Akan tetapi Anwar tidak mahu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Sebaliknya mangsa yang diliwatnya dilihat lebih gentleman dan mendapat lebih kepercayaan masyarakat.

Mohd Saiful Bukhari dituduh melakukan fitnah ke atas Anwar. Akibat tidak tahan dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan ingin membuktikan beliau tidak bersalah , lantas Saiful bangkit mempertahankan dirinya dengan melakukan sumpah laknat.

Soal sumpah itu ada atau tidak ada dalam kaedah islam saya tidak bercadang mengulasnya. Tetapi yang pasti adat orang-orang melayu sekiranya dia dituduh melakukan perkara yang tidak dilakukannya , cara terbaik untuk menafikannya dan memberi keyakinan kepada masyarakat adalah dengan cara bersumpah. Apatah lagi pemimpin anugerah tuhan seperti Anwar.

Masuk pula ke bab proses perundangan yang sedang berjalan sekarang setelah lebih 70 kali ditangguhkan oleh peguam-peguam Anwar sejak awal 2009.

Pelik bin ajaib juga yang berlaku dalam proses ini. Anwar dan peguam-peguamnya tidak mahu menggunakan proses tersebut sebaik mungkin untuk merungkaikan kebenaran kepada dirinya tetapi lebih kepada hendak bermain politik.

Tiga pilihan yang diberikan kepadanya oleh mahkamah

1) Memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

2) Memberi keterangan dengan tidak bersumpah di kandang tertuduh dan tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

3) Berdiam diri.

Anwar memilih pilihan kedua.

Sekiranya benar Anwar benar-benar berani dan tidak bersalah dia akan pilih yang pertama kerana itu pilihan yang paling berkredibiliti untuk dia mempertahankan dirinya dan merungkai kebenaran bagi pihaknya.

Kenapa dia takut untuk mengangkat sumpah dan kenapa dia takut untuk disoal balas oleh pihak pendakwaan ?

Semua itu terpulang kepada masyarakat untuk membuat kesimpulan berteraskan pepatah melayu berani kerana benar takut kerana salah.

Apabila Datuk Seri Najib dan isteri serta Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mohd Rodhwan tidak mahu memberi sebarang keterangan semasa sesi temubual bersama dengan peguam-peguam Anwar , pelbagai tuduhan-tuduhan dan kata-kata nista dilemparkan terhadap mereka semua termasuklah ayat-ayat yang mengatakan mereka semua penakut.

Tetapi apabila Anwar membuat pilihan yang kedua iaitu enggan disoal balas oleh pihak pendakwaraya , kemana hilang suara-suara pencacai-pencacai Anwar yang sebelum ini lantang mengatakan mereka-mereka yang diatas penakut ?

Dua jam dan 32 muka surat Anwar peruntukkan semalam untuk dia mempertahankan dirinya. Dari 32 muka surat tersebut hanya dua perenggan atau 1 minit sahaja yang Anwar ‘pertahankan’ dirinya atau perkara yang tidak pernah kita dengar dari mulut Anwar sebelum ini . Yang lain atau 99.9999999999 % lagi semuanya adalah koleksi-koleksi apa yang diperkatakan Anwar di atas pentas-pentas ceramah selama tiga tahun lepas yang dikutip kembali dan dibacanya semula dalam mahkamah.

Dua perenggan yang dimaksudkan adalah

1) Pintu dimana kejadian liwat berlaku tidak diselak dan Saiful ada peluang untuk melarikan diri.

2) Saiful datang dengan membawa KY Jelly bersamanya dan bersedia diliwat secara sukarela.

Dua perenggan itu yang cuba digunakan Anwar untuk ‘mempertahankan’ dirinya juga sudah menemukan kita dengan jawapan kepada persoalan apa yang berlaku dalam bilik itu.

Anwar memberi gambaran kepada kita bahawa kejadian liwat yang berlaku itu bukan paksaan, sebaliknya ianya berlaku suka sama suka.

Soal paksaan atau suka sama suka adalah perkara kedua. Yang mustahaknya dalam ceramah bela diri Anwar dari kandang tertuduh semalam dia sendiri telah mengesahkan berlaku kejadian liwat.

sumber dari :selangordaily.com
Arab nak komen:  adakah UMNO penentu nafsu serakah dia, apa punya bangang laaa... dia liwat orang ..pastu tuduh orang yang salah,

1 comments:

Unknown said...

Anwar dah desperate nak cari dalih tegakkan benang basah!

Nurul Izzah Kecut Telur Tengok Bayang Raja Nong Chik? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails