Friday, June 24, 2011

TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP: RMK-10 SETAHUN SELEPAS PELANCARAN

Kerajaan telah membelanjakan RM10 billion daripada peruntukan berjumlah RM230 billion di bawah Rancangan Malaysia ke 10,

Projek projek yang bakal digerakkan pada suku ketiga dan keempat akan menyumbang pertumbuhan ekonomi sebanyak 5% - 6% tahun ini

didalam RMK 10 ada projek yang diisi dengan beberapa unsur inovatif termasuk pengenalan rancangan boleh pinda atau "roling plan" di mana peruntukan projek akan dibuat setiap dua tahun

didalam rancangan boleh pinda pertama pada tahun 2011-2012 telah pun dilaksanakan manakala rancangan seterusnya akan dijalankan pagi tahun 2012-2013
Dengan memperkenalkan pelan boleh pinda satu penyelarasan peruntukan dapat dijalankan berdasarkan keupayaan kewangan semasa dan memberi fleksibeliti kepada kerajaan untuk mengambil keutamaan dan perubahan ekonomi domestik,

kerajaan tiap tiap tahun menilai cadangan baharu untuk memudahkan kementerian bagi kemukakan projek yang penting,

secara keseluruhannya RM230 billion dengan 55% untuk sektor ekonomi, sosial 30%, keselamatan 10% dan pertadbiran 5% kerajaan memperuntukan didalam RMK10

RM 103.6 billion telah diperuntukan di bawah pelan boleh pinda pertama yang mana sebanyak RM49.2 billion adalah untuk tahun ini.

Apabila banyak projek digerakkan kerajaan percaya pada suku ketiga dan keempat tahun ini akan lebih berkeyakinan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dan pertumbuhan 5% - 6%. Pendekatan yang diambil kira dijangka akan membantu kerajaan menjimatkan kos purata projek 10%.

72 projek telah melalui proses pengurusan nilai RM 6.4 billion (19%) daripada kos projek berjaya dijimatkan.

ulasan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk rancangan malaysia ke 10 selepas setahun di lancarkan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails