Monday, June 6, 2011

PAS: DULU NEGARA ISLAM. SEKARANG NEGARA KEBAJIKAN PULAK DOHHH!!!! MESTI BACA

Islam tidak membahagikan dunia kepada negara sekular atau negara Islam seperti yang difahami oleh sesetengah pihak.

Al-Quran dan Sunnah hanya menyebut dan mengkisahkan tentang orang Islam dan orang kafir, bukan mengenai negara Islam dan negara bukan Islam.

Oleh kerana itu ianya bukanlah menjadi perkara dasar untuk membincangkan sesebuah negara itu Islam atau bukan Islam, selagi ia menjalankan dasar-dasar yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, menjaga hak orang-orang Islam dan bukan Islam serta melaksanakan keadilan.

Oleh itu, definisi istilah negara Islam hanyalah menurut Ijtihad para ulama sahaja. Ulama muktabar menggariskan, negara hanya digolongkan kepada tiga iaitu negara Islam (Darul Islam); negara kafir yang berdamai dengan negara Islam (Darul Harb) dan negara kafir yang tidak memerangi negara Islam (Darul Ahd). Mengikut kaedah fiqah Islam, Darul Harb dan Darul ?Ahd adalah negara orang kafir.


Mengikut definisi, Malaysia adalah negara Islam kerana diterajui oleh pemimpin beragama Islam iaitu Yang di-Pertuan Agong dan majoriti penduduk beragama Islam.

Malaysia juga adalah anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC).
Satu-satunya negara di dalam dunia yang menjadikan Islam agama bagi negara ialah Malaysia kerana termaktubnya dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam fasal 3 Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Definisi Negara Islam Menurut Ulama Mutabar :
Oleh kerana tidak dinyatakan dalam al Quran atau as Sunnah, konsep negara Islam termasuk dalam perkara perkara ijtihadiyah iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan.

Antara pandangan ulama mengenai negara Islam adalah :
a) Menurut Muhammad bin Hassan As Syaibani (ulama terkemuka dari mazhab Hanafi), negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam dan orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya.

(Perlembagaan Malaysia Perkara 32 dan 39 memperuntukkan ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong itu mestilah seorang raja yang dipilih daripada kalangan raja-raja Melayu yang beragama Islam).

Sejak merdeka, BN telah memperuntukkan jawatan-jawatan penting dalam jemaah menteri hanya dipegang oleh menteri yang beragama Islam. Kenyataan ini menepati pendapat ulama berikut :

b) Menurut Syeikh Muhammad Abu Abu Zuhrah, Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam.(Rujukan: Abu Zahrah. Syeikh, 164, hal. 377)

Sekiranya dilihat (Pemerintahan ketenteraan di negara ini adalah di bawah pentadbiran orang Islam kerana jawatan tertinggi seperti Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dilantik dari kalangan orang Islam. Angkatan tentera yang ditubuhkan ini mampu mempertahankan negara dan agama daripada pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negara).

Ramai ulama bersependapat sekurang-kurangnya negara Islam mestilah berketuakan orang Islam iaitu Wizaratul Tafwik (pembuat dasar) mestilah Islam seperti Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Wizaratul Tanfiz (Pelaksana dasar) seperti anggota jabatan kerajaan yang melaksana dasar tidak semestinya Islam.

c) Dr Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam merumuskan, pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara Islam.

(Oleh itu, jika ada yang menganggap hukum hudud tidak dilaksanakan di negara, hal ini tidak menggugurkan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam).

Di dalam al-Quran menyatakan apabila dua puak berbalah, hendaklah dicari kata sepakat dan sekiranya kata sepakat telah dicapai hendaklah dipatuhi. Maka sekiranya ada mana-mana pihak tidak patuh, maka hendaklah diperangi.

Di Malaysia, Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) diiktiraf sebagai kata penentu atau kesepakatan. Maka, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

Oleh itu, sesiapa yang menyanggah keputusan Jawatankuasa itu adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah syariah.

Pelaksanaan Malaysia Sebagai Negara Islam
Dasar Penerapan nilai-nilai Islam.
Sultan sebagai ketua Agama.
Dasar Bersih, Cekap, Amanah.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pengurusan kewangan yang cekap.
Negara Islam contoh.
Kad perakam waktu (Punch Card).
Azan dan Syiar Islam yang lain.
Jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia.

Antaranya ialah: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Mufti, Baitul Mal dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Tabung Haji, Perbankan Islam dan Jabatan Pendidikan Islam.
Kelemahan Pas Berhubung Isu Negara Islam
Dulu Pas menganggap kerjasama UMNO dengan parti komponen lain yang pemimpinnya bukan beragama Islam adalah amalan yang bercanggah dengan konsep negara Islam. Bagaimanapun, Pas kini menjalinkan kerjasama dengan DAP. Walhal, DAP dilihat cenderung menentang sebarang tindakan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan umat Islam di Malaysia. Malahan demi kepentingan politik dan mendapat sokongan daripada DAP, Pas akhirnya sanggup menggugurkan perkataan negara Islam dari manifestonya selepas berahkirnya mutakmar pas semalam pas telah mengumumkan NEGARA KEBAJIKAN Oleh itu, amat jelas Pas tidak bersungguh untuk menjalankan pentadbiran Islam sebaliknya hanya bermuka-muka.

Keadaan ini berbeza dengan tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN contohnya Perdana Menteri ke 4 Tun Dr. Mahathir (ketika itu) telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam Mesyuarat Agung Parti Gerakan.

Mursyidul Am Pas, Dato? Nik Aziz Nik Mat pernah berkata, jawatan Perdana Menteri tidak semestinya dipegang oleh orang Islam malah orang bukan Islam termasuklah daripada DAP boleh memegang jawatan tersebut. Ia secara jelas bercanggah dengan konsep negara Islam yang mewajibkan ketua negara adalah beragama Islam.

Selepas Tun Dr Mahathir bertanyakan di mana pelan induk Pas mengenai Islam, Pas terpaksa menerima desakan penyokong-penyokongnya. Pada 12 November 2003, Pas secara tergesa-gesa melancarkan satu dokumen negara Islam Pas yang sebelum itu tidak pernah wujud. Jika diperhalusi secara mendalam, tidak ada satu pun perkara baru yang dibawa oleh Pas sebaliknya semua perkara yang dinyatakan ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini.

Isu-isu yang Sering Diutarakan oleh Pas

Isu Hudud
Pas menuduh sistem kehakiman dan perundangan negara adalah perundangan sekular kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Hudud menurut Pas seperti dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan jelas sekali mengikut citarasa sendiri, contohnya, Fasal 56 memberi pilihan orang bukan Islam memilih enakmen syariah atau tidak (sama dengan sistem kehakiman Malaysia).

Manakala Fasal 68 mengenai syarat menjadi hakim syariah boleh juga dari kalangan hakim Mahkamah Tinggi Malaysia atau Borneo (iaitu hakim dalam sistem kehakiman Malaysia).

Pas menuduh mahkamah sivil Malaysia sekular, tetapi Pas menerima pakai syarat kelayakan hakim mahkamah sivil yang sama untuk syarat kelayakan hakim syariah di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

Pas menuduh pemimpin UMNO menolak hudud. Kerajaan pimpinan UMNO sudah berkali-kali menyatakan mereka tidak menolak hudud kerana hudud adalah hukum Allah. Pemimpin UMNO menegaskan, mereka tidak menerima dan tidak bersetuju dengan hukum hudud ciptaan Pas. Sebahagian daripada hudud Pas bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah :

a. Fasal 56(1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan menyatakan hukum hudud Pas hanya berkuat kuasa kepada orang Islam. Ini bertentangan dengan hudud Allah yang berkuatkuasa tanpa mengira Islam ataupun bukan Islam.

b. Mukalaf mengikut Pas adalah mereka yang berumur 18 tahun sedangkan dalam mazhab Syafie syarat untuk mukalaf ialah cukup umur (baligh) dan sempurna akal (tahu membezakan yang baik dan buruk).

c. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan mempunyai kekurangan kerana hukuman bagi penderhaka kepada kerajaan (Bughah) tidak diperuntukkan di dalam enakmen tersebut.

Penjelasan :
a. Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan hukum Jenayah Islam seperti hukum Ta?zir, qisas (bunuh dibalas dengan bunuh) dan beberapa hukum hudud seperti hukuman ke atas penderhaka Kerajaan (Bughah).

Contohnya, orang berzina dan meliwat tetap dihukum dengan hukuman Ta?zir, cuma tidak disebat 100 kali. Ini merujuk kepada istitoah (keupayaan) untuk melaksanakan hukuman tersebut ke tahap maksima (tertinggi).

b. Sabda Rasulullah saw: dan apa-apa perkara yang telah diperintahkan ke atas kamu untuk melaksanakannya, maka laksanakanlah mengikut kemampuan kamu.

Isu Sumber Haram Dalam Negara
Pas mendakwa Kerajaan Malaysia memperolehi pendapatan daripada sumber kegiatan haram seperti judi dan arak.

Penjelasan
a. Malaysia sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara berhubung hukum-hakam Islam.

Pengeluaran lesen arak dan judi adalah bertujuan supaya penjudi-penjudi dan pembuat-pembuat arak tidak bermaharajalela dalam negara ini. Lesen arak adalah sebagai ikatan antara mereka dengan pihak kerajaan.

b. Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.

c. Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidak menjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain. Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.

d. Cukai judi dan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan Nabi Muhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir.

Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan Nabi Muhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung.

e. Pas menyatakan bahawa Kerajaan BN lebih banyak mengeluarkan lesen arak daripada kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.

Persoalannya, jika Pas pernah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa segala sumber pendapatan daripada hasil judi dan arak adalah haram, mengapa Kerajaan Pas masih mengeluarkan lesen  judi di kelantan

f. Orang Islam tetap dilarang dan boleh didakwa di mahkamah jika melanggar hukum Islam seperti minum arak dan menagih dadah.

Tetapi Kerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yang melanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negara tetapi ianya diturunkan ke atas individu.

Kedudukan Bukan Islam di dalam Negara Islam

Ahli Zimmah

a. Mempunyai hak-hak untuk beragama, mendapat pekerjaan, mendapat pendidikan, pembelaan perubatan dan perlindungan.

b. Wajib untuk taat setia kepada kerajaan, patuh pada peraturan, menghormati syiar Islam dan membayar cukai.

Al Mustaman

a. Wajib menghormati syiar Islam, tunduk dan patuh kepada peraturan, tidak campur tangan masalah politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya di negara tersebut terutama yang bercanggah dengan undang-undang Islam.

Kesimpulan
Berdasarkan sejarah pemerintahan di Zaman Rasulullah dan Khalifah Umar al-Khattab, definisi para ulama, kandungan perlembagaan (Islam agama Persekutuan), sistem pemerintahan negara (Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri-menteri kanan beragama Islam), sistem perundangan negara dan perakuan tidak langsung dalam Dokumen Negara Islam PAS, jelaslah Malaysia adalah negara Islam. Tambahan pula pembangunan fizikal dan pembangunan rohani terus dilaksanakan di Malaysia.

Selain masjid, surau dan jabatan agama, Malaysia memastikan umat Islam dapat menunaikan kewajipan menuntut Ilmu di sekolah, kolej, universiti dan pusat latihan kemahiran. Umat Islam bebas mengamalkan ibadat dan hidup aman bersama pelbagai kaum lain. Sebab itu, seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai negara Islam.

Nota :
Berikut hujah Pas dalam mempertikaikan pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam :

Pengisytiharan negara Islam oleh Perdana Menteri membuktikan bahawa kedudukan Islam akan kekal di bawah perlembagaan, bukan lebih tinggi daripada perlembagaan.

Dalam perkara 4 Ceraian (1) dengan jelas menyebutkan bahawa: Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu?.

Jawapan :
Pas juga telah mengiktiraf Perlembagaan yang ada ini. Sila lihat undang-undang tubuh Pas fasal (11).

Al-Quran dan Hadis boleh diatasi oleh undang-undang dan peraturan manusia. Jika sesuatu perkara timbul dan ianya bercanggah dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada, maka al-Quran dan Hadis akan tertolak.
Jawapan :
Al-Quran dan al-Hadis adalah kalam Allah yang tinggi dan mulia bukan untuk dipamer dalam mana-mana peraturan hidup manusia dan setiap mukmin hendaklah menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan hidupnya, sama ada ditulis atau tidak. Al-Quran dan Hadis tetap dengan kedudukan tertinggi itu sebagai pegangan dan tidak boleh menjadi perlembagaan atau disamakan tarafnya.

UMNO berpendirian bahawa negara ini telah Islam sejak Kerajaan Melaka kerana jika sesebuah negara itu pernah diperintah oleh kerajaan Islam maka cukup untuk mengiktirafnya sebagai negara Islam. Kalau begitu, kita juga boleh namakan Itali sekarang sebagai sebuah kerajaan Islam kerana suatu ketika dahulu Rom pernah diperintah oleh Islam. Begitu juga dengan Sepanyol dan Pattani.

Jawapan :
Jelas sekali fakta Pas salah kerana tidak pernah dalam sejarah, Rom diperintah oleh Islam. Manakala selepas penjajahan Barat, negara seperti Sepanyol dan Pattani tidak pernah diperintah oleh mana-mana kuasa Islam. Analogi Rom, Sepanyol dan Pattani tidak sesuai dengan isu ini. Berbalik kepada persoalan asal, Malaysia kini dikuasai dan ditadbir oleh orang Islam.

sumber dari kawan kawan..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails