Sunday, May 15, 2011

sekitar persidangan pemuda umno tasek gelugor

Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Tasek Gelugor telah di adakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pada 7hb Mei, 2001, Perasmian telah di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Latt Shariman bin Abdullah. Pegawai khas Yang Amat berhormat Perdana Menteri.

Ketua pemuda umno tasek gelugor sdr Hasbul hazani didalam ucapannya mengatakan bahawa pemuda tasek gelugor merasakan amat bertuah kerana yang datang pada persidangan pada malam tersebut adalah terdiri dari orang kuat umno di beberapa peringkat. beliau mengalu alukan kedatangan Yang Berbahagia Dato Latt Shariman wakil dari Yang amat berhormat perdana menteri, Sdr Ir sheikh wakil pemuda negeri merangkap ketua pemuda umno negeri pulau pinang. dan tak lupa juga Ketua UMNO bahagian tasek gelugor Ustaz Shabudin bin yahaya. 

Ketua Pemuda Sdr Hasbul Hazani begitu komited didalam ucapan menegaskan bahawa pemuda akan membawa satu perubahan yang cukup besar pada senario politik pulau pinang, Pemuda harus dilihat sebagai barisan hadapan yang paling ampuh dalam mempertahankan maruah UMNO khususnya di bahagian Tasek Gelugor dan berusaha bersama sama dengan pemuda umno negeri untuk merampas kembali Pulau Pinang.  

Sdr hasbul hazani juga telah menyelar pemimpin pas yang hanya menjadi barua di dalam kerajaan DAP pulau pinang. mereka tidak langsung berani bersuara apabila DAP dengan terang terang telah menipu orang islam di pulau pinang bahawa akan melantik wakil pas di dalam exco negeri, 
Selepas Pilihanraya 2008, kerajaan DAP tidak pernah menunaikan manifesto mereka, salah satu nya berjanji akan mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan. sedangkan mereka tahu enakmen itu sudah di mansuhkan di peringkat kerajaan pusat, banyak lagi yang mereka tidak pernah buat, tapi hanya tahu berjanji dan menabur janji.  didalam isu pembangunan kerajaan DAP tidak pernah langsung membina rumah kos rendah, ini di akui sendiri oleh wakil DAP di dalam sidang dun pulau pinang baru baru ini setelah di asak bertalu talu oleh wakil BN. 

di akhir ucapan Sdr Hasbul Hazani. beliau telah menyingkap sejarah pada persidangan Pemuda pada 12 Sept 1952, " UMNO BERGANTUNG KEPADA PEMUDA DALAM SERBA PERKARA, SEKIRANYA PEMUDA KUAT, KUATLAH UMNO DAN SEBALIKNYA JIKA PEMUDA LEMAH, MAKA LEMAHLAH UMNO"  ucapan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. 
 antara ucapan sdr hasbul yang begitu menusuk ke kalbu ialah.. " percayalah tiada orang lain, tiada bangsa lain yang mampu mempertahankan apa yang saya sebut sebagai LEGASI NENEK MOYANG KITA. kita lah barisan hadapan UMNO , kita lah barisan pemuda pertahanan bangsa," lalu belian mengajak marilah kita sama sama berganding bahu dalam mengharungi perjuangan yang belum selesai ini supaya nasib anak bangsa selepas kita akan terpelihara.

"HENTIKAN SPEKULASI KERJA UNTUK PARTI"


0 comments:

Related Posts with Thumbnails