Tuesday, May 17, 2011

janggut nik aziz dengan janggut ibraham lincoln.

arab mencari bahan ini kerana semalam ada orang kata tun mahadhir pernah hina nabi pasai janggut, tun kata zaman nabi dulu tak ada pisau gillete, so untuk mengukuhkan apa yg tun cakap itu benar. arab menulis ini.  
 
Mungkin ada pihak yang tidak menyukainya kerana janggut menjadi seakan suci dan wajib dalam agama. Ajaran tersebut tersebar di alam cyber dengan kata-kata berbunyi, "hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka". Kenyataan dikukuhkan dengan berbilang Hadis. Dua daripadanya diturunkan di bawah:

"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

"Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.

Kononnya Nabi melarang meniru kaum lain yang mencukur janggut. Kaum yang dimaksudkan disebut di dalam Bible. Sila lihat apa Bible kata mengenai mereka dan janggut (kami petik daripada ALKITAB, iaitu Bible Melayu/Indonesia):

"Janganlah kamu mencukur tepi rambut kepalamu berkeliling dan janganlah engkau merusakkan tepi janggutmu" Imamat (Leviticus) 19:27

Maka Bible menyarankan bahawa janggut tidak di-trim tetapi dibiar panjang, sama kata Hadis yang menyuruh memotong atau menipiskan misai tapi janggut dibiarkan sahaja tanpa dipotong atau dinipiskan.
Selanjutnya daripada Bible didapati orang-orang Yahudi (ahli Kitab) tidak akan tampil ke muka tanpa janggut mereka. Ayat berkenaan berbunyi,

"Hal ini diberitahukan kepada Daud, lalu disuruhnya orang menemui mereka, sebab orang-orang itu sangat dipermalukan. Raja berkata, "Tinggallah di Yerikho sampai janggutmu itu tumbuh, kemudian datanglah kembali." 2 Samuel 10:5

Dan akhir disebut di sini ialah mengeni Ezra (atau Uzair di dalam al-Qur'an - 9:30), ulama Yahudi teragung, juga menyimpan janggut selain memakai jubah:

"Ketika aku mendengar perkataan itu, maka aku mengoyakkan pakaianku dan jubahku dan aku mencabut rambut di kepalaku dan janggutku dan duduklah aku tertegun." Ezra 9:3

Demikian adalah antara ayat-ayat mengandungi janggut di dalam Bible. Apa pula kata al-Qur'an? Adakah kedudukan janggut serupa dengan Hadis atau Bible? Yang jelas, ia disebut hanya sekali, tidak sebanyak kali seperti pada dua kitab petunjuk agama tersebut. Satu-satunya ayat yang mengandungi perkataan janggut bermaksud:

"Berkata (Harun), 'Wahai anak ibuku, jangan mengambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut bahawa kamu akan berkata, "Kamu telah memecahkan Bani Israil, dan kamu tidak mengendahkan ucapanku."' (20:94)

Itu adalah kata Nabi Harun kepada saudaranya Nabi Musa. Peristiwa berlaku setelah Musa kembali kepada kaumnya dan mendapati mereka menyembah patung Anak Lembu. Harun telah dipertanggungjawab menjaga kaum semasa Musa pergi menemui Tuhan, dan beliau didapati gagal menyekat kaum daripada penyembahan tersebut.

Janggut adalah pakaian kaum lelaki pada masa itu, tiada kena mengena dengan ajaran Islam Nabi Musa, dan difahamkan daripada budaya Yahudi, iaitu sekirannya janggut dipegang oleh orang lain ia menjadi suatu penghinaan bagi tuan punya janggut (mungkin isteri dan perempuan lain dikecualikan).

Telah pun ada orang berkata janggut merupakan sunah rasul pada zaman dahulu kerana disebut di dalam Bible dan wajib diikuti. Harus diingat, sebutan pertama mengenai janggut adalah di buku Imamat iaitu buku ketiga Bible, ditulis oleh Ezra (dikatakan amat mahir dalam kitab Taurat) tetapi hidup kira-kira 700 tahun selepas Nabi Musa, jauh lebih lama daripada Imam Bukhari selepas Nabi Muhammad (lebih 200 tahun sahaja). Maka kesahihannya sebagai satu perintah agama amat diragukan. Apatah lagi apabila ia disangka hanya sebagai sunah rasul. Tambahan pula ajaran agama yang diterima Musa adalah serupa dengan Muhammad, menurut firman Tuhan berbunyi,

"Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu (Muhammad), dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa" (42:13).

Oleh kerana tidak terdapat suruhan menyimpan janggut dalam agama yang diwahyu kepada Nabi Muhammad maka seperti itu juga dengan agama dibawa Nabi Musa. Namun begitu, terdapat pula suruhan mencukur dan memotong pendek dalam melakukan sesuatu peribadatan di dalam al-Qur'an. Peribatan yang dimaksudkan ialah Haji, dan bahagian yang disuruh cukur atau dipendekkan adalah bukan janggut tetapi kepala dan rambut. Ayat-ayat berikut menjelaskannya:

"Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban..." (2:196)

"Sesungguhnya Allah menjadikan benar visi rasul-Nya, dengan benar: 'Kamu akan memasuki Masjidil Haram, jika Allah mengkehendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa berasa takut.' Dia mengetahui apa yang kamu tidak tahu, dan membuatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat." (48:27)

Justeru, janggut tidak termasuk langsung dalam sesuatu yang wajib dilakukan ke atasnya dalam agama Allah. Maka janganlah ada orang yang mengatakan bahawa menyimpannya adalah wajib, kecuali orang yang mengikuti agama Yahudi atau yang mengikuti Bible.

Allah disanjung!

komen arab: kepada yang nak simpan janggut tu. simpan lah. tapi jangan lah kata ini adalah satu tuntutan dalam agama. kerana tersilap kata nnt sebenarnya kita dok ikut ajaran bible.  tak adil kepada orang yg tak ada janggut. nak jadi ulamak tak boleh kerana tak ada janggut.  jangan marahh nooooooo!!!! .. arab sekadar memberi maklumat. ,,,,


1 comments:

al0neandl0nely said...

salam saudara blogger. saya berpendapat tindakan saudara post entri ini agak tidak kena kerana menyimpan janggut ini salah satu sunnah nabi. seharusnya saudara menggalakan follower2 saudara menghidupkan sunnah nabi bukan memperjuangkan golongan yang tidak berjanggut.. mmg tidak wajib bagi seseorang untuk menyimpan janggut.. tapi perhatikan setiap ulamak2 besar di seluruh dunia.. semuanya menyimpan janggut sebab itu yang dibuat oleh nabi so.. be wise if u want to write something.. jadikan penulisan anda itu salah satu cara anda menyampaikan ajaran2 islam yang akan menggalakan orang lain untuk mengikutnya dan janganlah jadi golongan yang sesat dan menyesatkan :)

sekadar berpesan kepada diri sendiri :)

Related Posts with Thumbnails