Thursday, May 19, 2011

KELUARGA 69

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:

# Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.


# Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.


# Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.


# Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

“Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

“Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

“Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya. - Utusan

sumber dari: empayar pemuda, 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails