Friday, July 5, 2013

PRK KUALA BESUT, PAS AKAN KALAH LAGI DENGAN 40RIBU PENGUNDI BANGLADESH

Barisan Nasional  pasti menang, jika apa yang di fitnah oleh pakatan semasa PRU13 dulu benar, BN tidak perlu berkerja kuat lagi, hanya perlu menghantar 40 ribu pengundi luar dari bangladesh. dakwat tak kekal akan berulang, blackout pun terjadi, klon Anwar akan sampai dari Thailand, Nik Aziz akan cakap bab Hudud....dan yg terbaru ialah tong undi tenggelam dlm laut Terengganu...!!!

kita akan lihat nanti beberapa drama di dalam PRK ini, tong undi akan berterbangan di merata tempat. dalam waktu yang sama anwar ibrahim akan terjumpa tong undi pilihanraya tahun 1979. rafizi pulak akan terjumpa tong undi pilihanraya tahun 1999. lim kit siang pulak akan terjumpa kertas undi dalam laut. 

kalau ini lah ceritanya yang memungkin kan pakatan KALAH, adalah lebih baik jangan masuk bertanding. nak menang macamana kalau BN dah ada undi poket seramai 40 ribu dari bangladesh. 

kesimpulan nya ialah, 

kuala besut akan blackout lagi.. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.  
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 12 Julai dan tempoh kempen ditetapkan selama 12 hari. Pengumuman itu dibuat oleh pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas suruhanjaya itu bermesyuarat di pejabatnya di sini, hari ini.  
Pilihan raya kecil Kuala Besut diadakan selepas wakil rakyatnya Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas. Dalam pilihan raya umum yang lepas, beliau mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.  
Ini adalah pilihan raya kecil yang kedua di Kuala Besut yang setakat ini mengulangi sejarah sama 34 tahun lalu. Ketika itu, wakil rakyat BN kawasan itu Zakaria Muda meninggal dunia pada 26 Jun 1979 iaitu tarikh sama kematian Dr. A. Rahman dan pilihan raya kecilnya juga diadakan pada bulan puasa.  
Pilihan raya kecil Kuala Besut ini jadi tumpuan kerana Barisan Nasional hanya mempunyai kelebihan satu kerusi saja ke atas Pakatan Rakyat di DUN Terengganu sekarang. Ahli Parlimen Besut yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh bagaimanapun dalam satu laporan baru-baru ini yakin BN akan menang pilihan raya kecil ini kerana Kuala Besut ialah kerusi selesa BN.  
Beliau juga menolak kemungkinan kedudukan kerusi DUN akan terikat 16-16 selepas pilihan raya kecil ini nanti antara lain kerana BN tidak pernah kalah kerusi berkenaan sejak tiga pilihan raya yang lepas. BN baru-baru ini melantik Timbalan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Kuala Besut. Menurut Muhyiddin, pelantikan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum berlepas ke luar negara untuk lawatan kerja. BN dilaporkan sedang mempertimbangkan kedudukan tiga orang untuk dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil tersebut. - ASTROAWANI

1 comments:

Anonymous said...

masa pilihanraya nnti kita umat islam tumjukan pada orang cina kita telah bersatu bersalam dan berpelukan antara pas dan umno biar orang cina rasa tsunami melayu plak baru mereka ada hormat pada kita. tak kira siapa menang atau kalah

Related Posts with Thumbnails