Wednesday, September 22, 2010

TIGA ABDUL DAN TIGA IBRAHIM...ADA BEZANYA!!!

arab tertarik dengan tulisan nobisha, kepada pemimpin pemimpin politik harus ada jati diri, harus tahu bagaimana mahu " REBRAND" kan diri seperti yang di kata kan oleh nobisha dalam blognya "TIGA IBRAHIM" dan tidak salah kalu UMNO dan BN pun kena jugak REBRAND kan mengikut keadaan semasa, cara berpolitik pun kena ubah, 

Saya tertarik dengan perjalanan politik Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali. Dalam PRU12 lalu, beliau menang kerusi itu atas sokongan PAS. Selepas beliau mengkritik PAS, beliau dikritik hebat. Sebutlah apa saja gelaran yang tidak diberikan kepadanya. Paling popular, beliau digelar sebagai “katak.” 

Dari gelaran negatif itu, hari ini Ibrahim berjaya “reinvent” imejnya sebagai seorang pejuang bangsa Melayu. Beliau mengambil peluang daripada sikap longlai sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terhadap isu-isu Melayu, lalu menjuarainya.

Hari ini bukan sedikit ahli-ahli UMNO menyokong beliau. Malah, bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad pun sudah beberapa kali berucap di pentas Perkasa.

Ini adalah satu contoh bagaimana Ibrahim berjaya “reinvent” dirinya dalam politik negara. Beliau kelihatan cukup relevan dan semua pemimpin parti politik termasuklah UMNO, PKR, MCA, Gerakan, PAS dan DAP bercakap mengenai Ibrahim — hampir setiap hari.

Walaupun penyokong-penyokong PAS mencerca beliau kerana membelakang parti itu, saya tidak terperanjat sekiranya dalam PRU13 nanti PAS akan sekali lagi mendokong Ibrahim seperti dalam PRU12 dulu. Sebabnya mudah, PAS ingin dilihat (khususnya di kalangan pengundi luar bandar) mendokong perjuangan Melayu bagi melawan UMNO. Dalam hal ini, Ibrahim membawa imej sedemikian.

Malah, saya juga tidak terkejut sekiranya selepas PRU13 nanti, Ibrahim dilantik menjadi Menteri. Beberapa tahun lalu, seorang sahabat memberitahu saya bahawa Ibrahim pernah berkata, “Saya ingin menjadi Menteri, walaupun satu hari.”

Selain Ibrahim, ada dua lagi “anak Ibrahim” yang berjaya “reinvent” imej awam dalam politik Malaysia.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari seorang anggota establishment yang dibuang parti, menjadi pemimpin pembangkang. Bukan semua orang boleh melakukan sedemikian. Kalau tak percaya, lihatlah apa yang jadi dengan bekas Menteri Besar Kedah dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang; selepas negeri-negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Mereka langsung tak dilihat sebagai pemimpin pembangkang di negeri-negeri tersebut.


 Seorang lagi ialah Dato’ Zaid Ibrahim. Imej awam beliau sudah diketahui. Hari ini beliau bergelut untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Zaid Ibrahim juga sedang “reinvent” imej politiknya. Setelah tewas dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor dan mungkin akan tewas dalam pemilihan PKR kali ini, Zaid yang dulunya dilihat sebagai seorang yang sombong, angkuh dan keras kepala, akan dilihat sebagai seorang yang cukup merendah diri dan tawaduk. Kekalahan bukan semestinya buruk; paling tidak dalam politik.


Kisah tiga Ibrahim ini mengingatkan saya kepada “48 Laws of Power” yang ditulis oleh Robert Greene and Joost Elffers.
Law 25: Re-Create Yourself
Do not accept the roles that society foists on you.  Re-create yourself by forging a new identity, one that commands attention and never bores the audience.  Be the master of your own image rather than letting others define it for you.  Incorporate dramatic devices into your public gestures and actions – your power will be enhanced and your character will seem larger than life.

petikan dari Nobisha

0 comments:

Related Posts with Thumbnails