Sunday, September 5, 2010

BLOGGERS PRO UMNO-BN: di ibaratkan melukut di tepi gantang..!!!!



MURAKAB untuk segala segi pada UMNO begiKali pertama iklan ini ditayangkan, tidak sampai beberapa minit kemudian, beberapa buah blog pro-UMNO mula menyiarkannya di Internet dan menentang serta mendesak agar TV3 menarik kembali iklan berkenaan yang disifatkan dipenuhi dengan elemen-elemen PLURALISME agama dan kerosakan akidah umat.

Selama beberapa hari, beberapa blog, contohnya Blog Panglima Perang Cyber, begitu constant menentang iklan berkenaan dengan hujah-hujah dari segi agama bahkan kempen jahat memburuk-burukkan tulisan jawi dan Melayu yang terdapat di dalam iklan berkenaan.

Anehnya, PEMUDA UMNO MALAYSIA mahupun UMNO MALAYSIA atau mana-mana sayap PERGERAKAN UMNO MALAYSIA langsung terpelongo, mati, buta, tuli dan bahlol. Kesempatan yang diberikan oleh BLOGGERS bagi UMNO mendapatkan rating di kalangan orang ramai, tidak digunakan langsung. Sama ada kepimpinan UMNO sebenarnya MEMANG BAHLOL dan JENIS SUKA MAKAN OTAK LEMBU, entahlah....

Hari ini, tersiar di Harakah Daily, PEMUDA PAS menghantar BANTAHAN kepada TV3 berhubung iklan hari raya yang disifatkan sebagai merosakkan akidah umat Islam. Walhal baik pemimpin-pemimpin PAS, mahupun bloggers pro-Pakatan Rakyat, tidak ada yang mendahului penentangan berkenaan di dunia siber. Hanya setelah bloggers Pro-UMNO menyiarkan penentangan tersebut, barulah terdapat beberapa blog pro-Pakatan yang mula mengambil kesempatan untuk menjuarai isu berkenaan.

Isu ini sebenarnya memperlihatkan betapa lemahnya, lembabnya, takdak daya inisiatifnya, bekunya otak untuk berfikir dan sindrom sombong bodoh YANG KEKAL bertakhta dalam diri kebanyakan pemimpin UMNO. Cara mudah untuk meraih perhatian dan keprihatinan pun mereka tidak mampu lakukan, masih ada hati nak bersembang tentang KEKUATAN UMNO?

Barangkali pengangkatan isu ini dilihat remeh dan boleh jadi juga disebabkan TIDAK ADA BAJET yang dikeluarkan untuknya, maka semua sayap UMNO diam membisu dan membiarkan PEMUDA PAS yang mengambil kesempatan....

Atau barangkali juga kerana TV3 adalah hak milik UMNO dan iklan berkenaan mencerminkan tahap sebenar penguasaan ilmu agama di kalangan para pemimpin UMNO?

Entahlah, tapi yang pastinya, imej JAHIL MURAKAB untuk segala segi pada UMNO begitu jelas!!!

dari bloggers :THE FLYING KICK.

arab nak kata: apa yang di tuliskan oleh blogger ini memang betul apa yang selama ini arab dok bercakap, sebenarnya pemimpin2 UMNO tidak pernah membaca blog, dan kerana itu lah kalu para bloggers berperang dalam dunia cyber ini, mereka tidak pernah ambil tahu, kepada bloggers semua kita nie hanya ibarat melukut di tepi gantang,,,datang tidak di jemput,,,pergi pun tak di suruh...!!!!!

1 comments:

ISAC said...

Apa nak buat bro... Masing2 dalam "comfort zone"...

Susah-susah...Kita buat parti baru aje lah... Macam Teleban kat Afghanistan... Gelombang muda dan golongan terpelajar...

Apa macam?

Satu bagusnya dengan DAP, calon dia orang "awek" muda2... Umno???

Dah 4-5 penggal jadi YB pun X nak bagi peluang kat golongan muda...

Related Posts with Thumbnails