Sunday, September 19, 2010

Perkasa nak masuk politik?????

arab melihat isu ini akan lebih rumit, kerana apabila PERKASA nak masuk politik ada suara suara dari akar umbi mengatakan melayu akan berpecah empat bila mengundi umno, pas, pkr dan perkasa, apabila perkasa dah menjadi parti politik semestinya perkasa akan bertanding pada pilihanraya akan datang, perkasa akan meletakkan calon calon nya di kawasan majoriti melayu, pengundi orang umno yang selama ini dok tengok perpecahan sesama sendiri akan tentu akan lari ke PERKASA, nampaknya PKR dan PAS akan menang di kawasan melayu di negeri2 seperti Pahang, Johor, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis jesteru itu tercapailah cabaran parti cina selama ini yang memang mengharapkan perkasa menyertai politik, bab kata orang tua POKOK BESAR TUMBANG KERNA HULU KAPAK, 

jika ini berlaku, di mana pulak kedudukan UMNO???? apa akan terjadi pada parti keramat orang melayu UMNO???  apakah selepas ini UMNO akan berkubur??? persoalan ini harus di jawab,sekiranya Perkasa menang pada pilihanraya

Orang melayu sememang nya mesti menyokong PERKASA sebagai NGO, ahli-ahli nya pulak mesti lah datang dari orang yang tiada kepentingan dalam politik,  ianya terdiri dari mereka yang sayang pada bangsa dan tanahair,

perkasa tidak boleh menjadi parti politik, kewujudan perkasa di waktu ini amatlah di perlukan untuk mempertahankan perlembagaan, raja raja melayu, dasar ekonomi baru  dan hak kepentingan orang melayu,  baru lah di katakan pertubuhan NGO tulen yang menjaga orang melayu.

UMNO itu sendiri memerlukan seorang ketua samseng untuk bersuara menjaga orang melayu, apa yang arab lihat sekarang  dato Ibrahim Ali lah orang nya yang layak menjadi ketua samseng bagi orang melayu, walaupun dia bukannya ahli UMNO lagi, tapi dengan kewujudan PERKASA  itu kita tidak boleh kata tidak UMNO perlu menyokong PERKASA.
 

baca pulak apa kata bloggers yang menyokong  KLIK SINI

idea ini datangnya dari seorang bekas AJK badan perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang bro "NON CABAI"  dia bersama arab sekarang ini untuk bersama sama memberi idea untuk  artikal ini. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails