Saturday, December 3, 2016
UCAPAN PENUH PENGGULUNGAN PRESIDEN UMNO #PAU2016
Sunday, November 27, 2016
AHLI UMNO MAHU TENGOK PRESIDEN UMNO LEMAH...#PAU2016
selamat pagi orang umno. ahli umno dan penyokong umno
minggu ini semangat UMNO aku tinggi, siapa kata PEMBODEK sebenarnya dia tak suka pada Najib, mereka lebih suka melihat Najib lemah di mata semua ahli umno.
UMNO Patut Diperkuat, Bukan Dihambat Isu Remeh temeh. Antara yang dimaksudkan ialah isu berkaitan 1MDB dan 2.6billion Walaupun dah dijawab, tapi masih ada yang mahu melihat perwakilan UMNO tertentu membangkitkan perkara ini dalam perhimpunan itu nanti, semata-mata untuk melihat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak lemah.
Seterusnya menimbulkan persoalan, antara kebebasan bersuara oleh para pembahas, dengan keperluan mengukuhkan lagi UMNO selepas PRU13
Kita harap perwakilan yang menjadi pembahas dalam persidangan akan datang, melihat keutamaan mana yang patut didulukan, bukan menjadi alat untuk mengukuhkan agenda pihak-pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang diraih Najib selepas mengambil alih teraju UMNO pada 2009. - #PAU2016
Thursday, November 24, 2016
DATUK MUSA BAKAL GEGARKAN BAHAS ISU RAKYAT #PAU2016
UMNO Pulau Pinang akan menggunakan platform Perhimpunan Agung UMNO minggu depan sebagai landasan membawa pelbagai isu berbangkit terutama membabitkan kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu di negeri ini.
Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Noor Ahmad, berkata UMNO Pulau Pinang akan diwakili Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO; Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya (usul agama) dan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Shaik Hussein Mydin (usul ekonomi).
Beliau berkata, selain itu persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), juga antara fokus yang tidak boleh diketepikan UMNO Pulau Pinang terutama dalam keadaan situasi politik getir ketika ini.
"UMNO Pulau Pinang akan menggunakan landasan Perhimpunan Agung UMNO kali ini untuk membincangkan isu berkaitan kepentingan rakyat, khususnya hal perumahan yang tidak berkesudahan di Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas Merasmikan Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat Bijak 'Safe and Protect' peringkat Pulau Pinang di sini, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, walaupun wujud agensi Kerajaan Pusat seperti JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang membangunkan projek perumahan di negeri ini, namun ia tidak mencukupi kerana berhadapan kekangan dasar kerajaan negeri.
"Perhimpunan kali ini wajar dimanfaatkan sebaiknya dan bukan sekadar tempat perjumpaan, kerana kita bakal berhadapan PRU-14 yang akan menentukan hala tuju negara dan UMNO sendiri," katanya. Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 29 November ini sehingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka lebih 3,200 perwakilan hadir -
BH
Monday, November 21, 2016
EZAM MD NOOR MINTA KPN TANGKAP JHO LOW...????
KPN: Mana waran tangkap Jho Low?
1.Merujuk kenyataan saya 12 Nov lalu dan bbrp laporan media Singapura dan Antarabangsa yang membuat liputan perbicaraan kes 1MDB d Mahkamah Singapura.
2.Sudah lebih satu minggu berlalu mengapa pihak berwajib kerajaan Malaysia khususnya Ketua Polis Negara masih membisu terhadap persoalan serius ini?
3.Pihak Polis boleh menangkap puluhan pemimpin dan aktivis Bersih tetapi seorang Jho Low tidak boleh dikesan sama sekali?bukan sahaja tiada tangkapan.waran tangkap pun tidak dikeluarkan!
4.saya desak KPN membuat penjelasan segera mengenai hal ini.Beliau punya tanggungjawab menjelaskan kerana kes 1MDB adalah dibawah siasatan PDRM.
5.Tolong jaga dan bela maruah negara.cukuplah kita ada seorang PM yang menjadi bahan lawak dan cemuhan seantero dunia. Kita tidak boleh biarkan institusi2 lain di negara ini ranap kredibiliti dan maruah hanya kerana ketakutan kepada seorang Jho Low.Atau ketakutan kepada seorang yang dibelakang Jho Low?
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
21Nov 2016/21 Safar 1438H
komen aku :
Nak Tangkap Jlow atas kesalahan apa..?
Sebab tipu Aabar?
Lantak la.. itu bukan masalah 1MDB.
siapa yang sebenarnya membuat kan pemimpin kita menjadi bahan lawak dan cemohan seluruh dunia.. bukan kah pihak belah sana.
kalau tangan itu tidak boleh membantu. jangan lah jadi tangan yang menghancurkan
Friday, November 18, 2016
PEMIMPIN BAJU HITAM. BAJU MERAH DAN BAJU KUNING DI TANGKAP.
Pemimpin baju hitam, Ariffin Abu Bakar dan Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Razali Zakaria (baju merah) ditahan di sekitar ibu negara kira-kira pukul 8 malam tadi.
Kedua-dua mereka ditahan di Hotel Premeira, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid Negara di sini dipercayai bagi menghalang perhimpunan haram di Dataran Merdeka yang dijadualkan esok.
Terdahulu, antara yang ditahan adalah Penganjur Bersih 5.0, Maria Chin Abdullah; Pengurus Sekretariat Bersih, Mandeep Singh Karpal; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; aktivis pelajar, Luqman Nul Hakim Zul Razali dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.
Tiga lagi yang ditahan ialah Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong, bekas Ahli Exco Negeri Selangor, Ronnie Liu dan aktivis parti itu, Lee Khai Ming.
Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh hanya mengesahkan penahanan Maria, Mandeep Singh dan Anthony.
sumber facebook
Wednesday, November 16, 2016
RAFIZI CUBA KELIRU KAN RAKYAT #padanmuka
1. Rafizi sedang mengelirukan orang ramai tentang sabitan kes beliau di bawah Akta Rahsia Rasmi yg menyebabkan beliau bakal di penjarakan selama 18 bulan.
2. Rafizi menyatakan beliau di zalimi dan di penjarakan kerana MENDEDAHKAN SKANDAL 1MDB MENGEPOW DUIT LTAT SEHINGGA BEKAS TENTERA LAMBAT DAPAT DUIT CARUMAN BULANAN SEBAB DUIT LTAT DAH HABIS BAGI PINJAM KAT 1MDB
3. Sebenarnya,RAFIZI BUKAN DI PENJARAKAN KERANA SEBAB DI ATAS.
4. Rafizi sebenarnya di sabitkan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana MEMILIKI DALAM POSESINYA SATU MUKASURAT DOKUMEN YANG DI KLASIFIKASIKAN SEBAGAI DOKUMEN RAHSIA DI BAWAH AKTA RAHSIA RASMI.
5. Tu je sebab Rafizi di dapati bersalah. Bukan kerana beliau MENDEDAHKAN rahsia 1MDB tetapi kerana beliau MEMILIKI dokumen rahsia yang beliau tidak memiliki otoriti untuk memilikinya.
6. Dokumen Rahsia itu hanya di dedahkan dalam mesyuarat PAC yg turut di anggotai 5 wakil pembangkang termasuk Tony Pua.
7. Bermaksud Tony Pua memiliki otoriti untuk melihat dan memiliki dokumen itu tetapi Tony Pua sendiri tidak di beri kebenaran untuk MENDEDAHKAN kandungan dokumen itu kpd awam.
8. Kalau Tony Pua pun MENDEDAHKAN dokumen rahsia itu kpd awam, walaupun beliau memiliki otoriti untuk MEMILIKINYA,beliau tetap boleh du dakwa kerana otoriti yg di beri kpd anggota PAC hanyalah untuk MEMILIKI bukannya untuk MENDEDAHKAN.
9. Rafizi pulak kunun nak tunjuk hero, dia dah la takde otoriti utk memiliki, malah pegi mendedahkannya pula kpd orang awam sambil dengan bangga menunjukkan bukti kpd org awam salinan mukasurat 98 dokumen rahsia itu yg beliau tiada otoriti utk memilikinya.
10. Kalaulah sidang media Rafizi dan tulisan laman web Rafizi hanya mengulas tentang skandal LTAT dengan 1MDB tanpa perlu menunjukkan SALINAN MUKASURAT 98 DOKUMEN RAHSIA tu pun takpa. Rakyat akan percaya je pendedahan eksklusif Rafizi ni tanpa perlu tengok dokumen mukasurat 98 tu.
11. Tapi ternyata Rafizi ni bodoh piang nak tunjuk hero sangat. Padan muka. Tony Pua cerdik sebab dia pun balun juga isu IMDB tanpa mendedahkan apa2 kandungan dokumen Rahsia.
12. Rakyat percaya je tuduhan tanpa bukti jika tuduhan itu di buat pemimpin pembangkang terhadap Rosmah tetapi sebaliknya, kalau pemakan dedak Rosmah yg dedah skandal puak pembangkang,rakyat memang akan minta bukti bertaraf "go live" utk membuktikan tuduhan rosmah terhadap pembangkang Tu pun, belum tentu rakyat akan terima terus bukti yg najib tunjuk sebab orang BN je reti edit. Puak PR ni bodoh tolol tak reti mengedit.
13. Jadi inilah penjelasan saya berkaitan kes rafizi. Isu IMDB pow duit rakyat sehingga rakyat hidup susah miskin papa kedana kebuluran menderita sehingga anak muda takat mampu beli banglow lelong harga RM1juta saja di Ampang adalah isu yg benar dan tak perlu dokumen sokongan apa2 untuk membuktikannya pun.
14. #silameninggal
-Peguam Buzze Azam
Monday, November 14, 2016
RAFIZI MASIH KEKAL AHLI PARLIMEN PANDAN
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
KENYATAAN MEDIA
Bil.33/2016
YANG BERHORMAT RAFIZI RAMLI MASIH KEKAL SEBAGAI AHLI PARLIMEN PANDAN
1. Berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini yang menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli. SPR telah menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung dengan status beliau sebagai Ahli Parlimen.
2. SPR ingin memaklumkan bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan. Berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan beliau berhak untuk merayu terhadap keputusan itu.
3. Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau akan kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya .
4. Memandangkan kes ini masih belum selesai, adalah tidak wajar bagi SPR untuk membuat ulasan berkaitan dengan keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut. Tambahan pula dalam kes ini, berdasarkan laporan oleh pihak media bahawa rayuan akan difailkan oleh Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli.
5. Sebarang proses perundangan berkaitan dengan kerusi Parlimen Pandan akan hanya ditentukan setelah proses rayuan di mahkamah dan di bawah Perlembagaan Persekutuan dimuktamadkan.
Sekian, terima kasih.
DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
PUTRAJAYA
Tarikh : 14 November 2016
AIR MATA DUN PENANTI DAH ADA SENYUMAN.
ADUN 'Air Mata' Penanti dah boleh mengukir senyuman... maklum la, Apek Lim Guan Eng dah turun bagi sumbangan untuk Sekolah Agama Rakyat di P. Pinang... angka sumbangan pun bukan kecik2... mau dekat RM1 juta jugak jumlah keseluruhannya... tu yg terenyih sakan Pak Rasid Tongkoi kita...
Bukan susah pun nak kasi hancing puak2 Melayu murtad ni... bukannya depa tau dan paham pun apa yg LGE n the gang buat... tambah org mcm Pak Leh Boneka, Malik Bauk n Afif Jambu... bg kuasa sain surat sokongan sikit, merak buih le jadinya... automatik jalan dada ke depan...
LGE rembat abih tanah2 yg sepatutnya milik wakaf di P. Pinang pun kira tak pe dah... hari ni, di P. Pinang, selain tanah milik persendirian, hanya tanah2 yg sempat diwakafkan dan diletakkan di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Negeri P. Pinang (MAINPP) KETIKA ERA PENTADBIRAN KERAJAAN UMNO BN sahaja yg tidak dapat dan tidak boleh dijual oleh kjaan Lim Guan Eng... yg lain, wassalam...
Sebab itu, bermula 2008, antara perkara pertama yg LGE lakukan sebaik mengambil alih pentadbiran kjaan negeri adalah menggubal semula undang2 perlembagaan negeri P. Pinang khususnya perkara berkaitan TANAH... mereka bukan setakat boleh melakukan pindaan, yg hanya memerlukan majoriti mudah, malah mereka mempunyai kuasa 2/3 majoriti DUN yg membolehkan mereka menggubal keseluruhan perlembagaan yg berada di bawah kuasa kerajaan negeri...
Portfolio tanah dipegang sendiri oleh Ketua Menteri, dan diwujudkan pula 1 portfolio baru juga di bwh kuasa CM, iaitu JK Hal Ehwal Bukan Islam... jika dulu, di bwh kjaan UMNO BN, diwujudkan 1 perkara dlm perlembagaan negeri untuk tujuan membela nasib bumiputera P. Pinang iaitu berkaitan Rezab Tanah Bumiputera Dalam Bandar, yg mana pihak pemaju tidak boleh sewenang-wenangnya mengusir penduduk setinggan di dlm kawasan bandar... tetapi sekarang???
1 lagi... kjaan UMNO BN juga mensyaratkan kpd pemaju2 perumahan agar menyediakan dan mengasingkan sebahagian tanah yg akan dibangunkan mengikut keluasan tertentu... tanah tersebut akan diwakafkan dan diletakkan di bwh pengurusan MAINPP untuk tujuan pembinaan masjid... secara tak langsung ia telah menambahkan aset milik umat Islam...
Namun sejak 2008, LGE telah memansuhkan peraturan ini... pemaju masih tetap perlu menyediakan sebahagian tanah, tp tidak lagi untuk tujuan pembinaan masjid, tetapi digantikan dgn pembinaan RUMAH IBADAT... tanah yg dulunya akan diwakaf dan diletak di bwah MAINPP, kini diletakkan terus di bawah pengurusan PEJABAT KETUA MENTERI dan tidak lagi diwakafkan... maka, terpulang kpd CM, apa yg hendak dilakukan ke atas tanah tersebut, apatah lagi CM juga adalah Pengerusi JK Hal Ehwal Bukan Islam...
Bukankah ini sangat merugikan umat Islam P. Pinang... apa la sangat dgn sumbangan wang ringgit walaupun berjuta, jika nak dibandingkan dgn nilai2 tanah yg saban hari akan naik mencanak, yg sepatutnya milik umat Islam, yg boleh membantu ekonomi umat Islam, tetapi malangnya, kini ia tidak lagi berada dlm genggaman umat Muhammad...
MEMANG MELAYU P'GAY'R MEROSAKKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN BUMI P. PINANG TERCINTA!!!
Thursday, November 10, 2016
KUNCI KEJAYAAN DONALD TRUMP #zaidi4ptgpauh
Inilah Politik ! Org Yg Bercakap Dgn Kasar, Berkempen Dgn Ugutan, Janji Yg Ekstrem, Menolak Kebiasaan Ketamadunan, Menyemai Kebencian Kaum Dan Agama ... Ini Lah Pilihan Rakyat Amerika Syarikat !
Kunci Kejayaan Donald Trump Adalah Janji Beliau Untuk Menjaga Kepentingan Rakyat Amerika... Beliau Sanggup Tabur Segala Janji Yg Menyakitkan Hati Seluruh Dunia , Kaum Tertentu Dan Umat Islam Atas Nama Kepentingan Rakyat -Ternyata Beliau Berjaya !!
Syabas Donald Trump !!!
#UntukMenang - Kita Perlu Jaga Rakyat Bukan Ugut Rakyat, Takutkan Rakyat Atau Terlalu Menjaga Hati Negara2 Besar
Asas Pada Kemenangan Adalah Kita Perlu Berbalik Pada Tujuan Asal Penubuhan Parti .. Saya Percaya Allahyarham Tunku , Tun Razak Dan Tun Hussein Bersetuju Dgn Pandangan Saya Ini ... Alfatihah Buat Mereka !!!
Dato Mohd Zaidi bin mohd said
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh
#zaidi4ptgpauh
Monday, November 7, 2016
MIC KECAM KEBIADAPAN PEMBANTU TKM PULAU PINANG.
Kenyataan Media
J. Dhinagaran
Malaysian Indian Congress (MIC)
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC)
Beberapa jam yang lepas, rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan satu kenyataan di akaun Facebook seorang individu yang telah memberi amaran kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ekoran kenyataan baginda yang tidak membenarkan sebarang demonstrasi dilakukan di negeri Johor.
Selepas disiasat akaun tersebut, saya amat terkejut apabila akaun tersebut milik seorang lelaki yang bernama Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang,Profesor P.Ramasamy. Malah, Satees Muniandy juga merupakan seorang Ahli Majlis di Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP) yang dibayar oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Sebagai seorang pemimpin masyarakat India di Pulau Pinang, saya malu dengan tindakan biadap dan kurang ajar Satees Muniandy yang tidak menghormati institusi Raja - Raja Melayu di negara ini dan sanggup memberi amaran kepada DYMM Tuanku Sultan Johor.
Saya mendesak supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya memecat Satees Muniandy dari jawatan beliau sebagai Ahli Majlis MPSP kerana dengan terang beliau telah menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam rukun negara iaitu *Kesetiaan Kepada Raja & Negara*.
Jika Lim Guan Eng tidak mengambil apa- apa tindakan,ianya akan memberikan persepsi buruk kepada rakyat bahawa kenyataan Satees Muniandy ini merupakan satu kenyataan yang mendapat persetujuan DAP & kerajaan negeri.
Kepada Profesor P. Ramasamy, mengapa anda diam seribu bahasa didalam isu Satees Muniandy ini. Adakah anda juga bersetuju dengan kenyataan biadap dan kurang ajar yang dikeluarkan oleh sebab itu tiada sebarang tindakan diambil terhadap Setiausaha Peribadi anda?
DOSA TUN M KEPADA PAK LAH
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari keramat bagi Persekutuan Tanah Melayu kerana ia menandakan tamatnya penjajahan kuasa-kuasa asing selama hampir 450 tahun dan bermulanya sebuah negara berdaulat dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Bagaimanapun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tarikh itu ditetapkan di Pulau Pinang oleh seorang ulama, yang juga ahli falak terkemuka dan tokoh masyarakat yang disegani, Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim.
Haji Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abdullah Fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri ke lima Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
ketika tuan guru Abdullah Fahim memilih tarikh 31 itu. ada lagi pesanan nya. JANGAN SALAH GUNA ANGKA 31. sebab itu apabila kita terbalik kan angka 31. terjadi lah peristiwa 13 mei. huru hara negara ketika itu.
dalam politik pulak. kita tidak tahu ianya secara kebetulan atau tidak. sesiapa yang menganiaya pak lah. semuanya dah jadi tak ketahuan punca di dalam politik. anwar ibrahim buang paklah. sekarang dah dalam penjara. tun m kacau pak pah. sekarang tun m keluar umno jadi tak ketahuan punca. tan sri muhyiddin bersama tun m desak pak lah letak jawatan. sekarang dah terkeluar dari umno. mukhriz mahadhir juga pernah desak pak lah letak jawatan. juga dah terkeluar dari umno.
cuba kita lihat itu semua. adakah ini satu kebetulan ???
pak lah pernah terkeluar dalam kabinet dan MT UMNO . kalau orang lain. mmg dah tak ada tempat lagi. tapi pak lah boleh !!! kembali jadi naib presiden umno. terus jadi timbalan presiden dan akhirnya jadi presiden umno
hangpa rasa adakah masih kebetulan atau takdir.
Wednesday, November 2, 2016
MINYAK MASAK NAIK HARGA. PILIHAN DI TANGAN PENGGUNA
Dalam media sosial ketika ini, isu mengenai harga minyak masak memang hangat diperkatakan. Ramai yang memberikan ulasan walaupun hakikatnya ada antara mereka yang tidak pernah membeli minyak masak pun.
Kalau ditanya kepada mereka mengenai minyak masak dan jenama yang digunakan oleh isteri atau ibu mereka ketika memasak, sudah tentu akan ada yang ternganga mulut, almaklumlah selama ini segala urusan keluarga diuruskan oleh orang lain.
Tetapi itulah realitinya, ramai yang ingin menjadi pakar dalam media sosial dan cuba menjadi juara kononnya merekalah yang paling teruk terjejas. Macam-macam komen berbaur maki hamun dilemparkan kepada kerajaan.
Sebenarnya subsidi adalah impian rakyat tetapi ia merupakan mimpi ngeri bagi kerajaan yang terpaksa menanggung berbilion-bilion ringgit akibat kegiatan penyeludupan.
Meskipun agak pahit, namun langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melaksanakan penstrukturan semula subsidi yang menyaksikan harga minyak masak peket satu kilogram kekal RM2.50 manakala minyak masak botol yang lebih besar ditentukan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November lalu, adalah tepat.
Kenapa hanya minyak peket 1 kilogram sahaja yang disubsidi? Selain membantu golongan miskin, peket kecil akan menjadi terlalu rumit kepada penyeludup untuk mengangkutnya dalam kuantiti yang banyak tanpa menimbulkan syak wasangka kepada pihak berkuasa.
Justeru kegiatan penyeludupan ini, yang banyak berlaku di utara tanahair dapat dibendung.
Sebenarnya, pengguna mempunyai pilihan. Tidak semua orang menggunakan minyak sawit malah di pasaran terdapat pelbagai jenis minyak termasuk minyak zaitun, minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak kelapa.
Jika selama ini pengguna membeli botol minyak dengan kuantiti 5 kilogram, mereka boleh menggantikannya dengan minyak peket satu kilogram yang disubsidi itu.
Belilah lima peket, jadi kuantitinya tetap 5 kilogram juga, malah ia lebih murah. Kebiasaannya bagi sesebuah keluarga, sebotol minyak seberat 5 kilogram akan bertahan sehingga sebulan, itupun jika anggota keluarga berkenaan rajin memasak.
Hanya mereka yang mempunyai keluarga yang besar akan menggunakan banyak minyak untuk memasak namun dalam keadaan di mana rakyat Malaysia ketika ini lebih mementingkan penjagaan kesihatan dengan menekankan diet yang seimbang, penggunaan minyak masak juga menjadi antara yang diambil kira.
Mungkin ramai yang enggan membeli minyak peket 1 kilogram itu selepas tersebar khabar angin sejak sekian lama bahawa ia adalah minyak kitar semula, namun sebenarnya minyak berkenaan mempunyai kualiti yang sama dengan minyak yang dijual dalam botol plastik di pasaraya.
Ia diakui sendiri oleh Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma). Tiada bezanya pun dengan minyak masak yang lain, hanya bungkusan yang menjadi perbezaan.
Tulisan :
Beruang Biru
BB116, Rabu
2 November 2016
komen aku : tiga gambar di atas yang mana lebih murah. so kepada pengguna lah untuk membuat pilihan.
jangan dok melalak dalam whatapps dan facebook.
Monday, October 31, 2016
MINYAK MASAK 1KG DISUBSIDI OLEH KERAJAAN
Dulu harga minyak sawit RM2200 per tan pun kerajaan bagi subsidi. Sekarang RM 3000 per tan. Maka kerajaan terpaksa tambah subsidi untuk mengekalkan harga minyak masak dalam paket 1kg yang biasanya diguna oleh orang susah.
Kalau kerajaan kekalkan subsidi mcm dulu, harga akan tetap naik. Untuk tampung kos ini, minyak masak yang dijual dalam botol dan dengan kuantiti yang banyak tidak lagi disubsidi oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Apa yg rakyat perlu faham, minyak masak ni ada 25 syarikat je monopoli. Hanya felda dan sime darby je bukan syarikat cina.
Kajian menunjukkan 30 juta rakyat malaysia hanya menggunakan 45,000 tan sebulan. Malangnya, 23 syarikat ini banyak yang mengaut keuntungan dengan menjual minyak masak kita secara haram. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa tanggung subsidi sehingga 85,000 tan sebulan. Mana 40,000 tan lagi? siapa yang pakai? di seludup kemana? Selagi ada subsidi, selagi itulah syarikat yang tertentu akan kaya raya dengan menelan duit pembayar cukai.
Maka subsidi pukal yg selama ini dinikmati oleh si kaya dan diseludup keluar perlu diagihkan dengan lebih mensasar kepada golongan yang sewajarnya menerima subsidi.
Friday, October 28, 2016
#bajet2017 KERAJAAN MEMBERI INSENTIF KEPADA GOLONGAN B40 UNTUK MENJADI PEMANDU UBER.
Menerusi pembentangan Bajet 2017 minggu lepas. aku semalam bersama rakan iaitu pegawai khas kepada pengerusi SPAD. kami berbincang bertukar maklumat guna wang BRIM untuk beli kereta baru dan bagaimana cara nya.
kerajaan mengumumkan akan menggalakkan kumpulan B40 iaitu golongan yang berpendapatan 40 peratus terendah bagi memandu untuk aplikasi ride-sharing seperti Uber dan Grab.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerusi usaha berkenaan, pendapatan sehingga RM1,500 sebulan dapat dicapai jika mereka memandu separuh masa iaitu dalam tempoh 10-40 jam seminggu dan RM4,300 jika mereka memandu melebihi 40 jam seminggu.
Jika mereka tidak mempunyai kenderaan, duit BR1M boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli Proton Iriz, dan mereka akan turut menerima rebat sebanyak RM4,000.
psssst... mohon printscreen pastu pi tempek kat wall jembalang balik tiang.
SETELAH 3 HARI MAYAT LELAKI NEKAD BUNUH DIRI TIMBUL PAGI INI.
Thursday, October 27, 2016
BUNUH DIRI ATAU HILANGKAN DIRI ATAU MELARIKAN DIRI
kisah bunuh diri di jambatan pulau pinang kedua..
di berita kan sehingga sekarang "mayat"nya masih belum di temui . dan tiada sesiapa yang menjadi saksi nampak seorang lelaki terjun membunuh diri,
hanya motor dan seliparnya bersama sekeping kertas di temui oleh orang yang lalu di situ.
ikut sejarah orang cubaan membunuh diri di jambatan pulau pinang . pengguna jambatan mesti nampak dan akan memberhentikan kereta juga motor, keadaan akan jadi kecoh, lalu lintas akan jem. perkara ini tidak berlaku.
sikap orang nak bunuh diri, dia tidak akan tergesa gesa , tetapi dia akan ambil masa untuk terjun. andai kata dia nak bunuh diri sesangat sangat pun, dia tidak akan terus turun dari motor dah terus melompat terjun, ianya perlukan masa yang banyak, dan ini akan menarik perhatian orang yang lalu di situ. ini pun tidak ada seorang pun saksi mengesahkan.
Setakat cerita ini ditulis, tiada perkembangan lanjut daripada operasi mencari dan menyelamat di situ
detektif conan cuba merungkaikan persoalan.
jeng jeng jeng....!!!!!
Wednesday, October 26, 2016
Tuesday, October 25, 2016
#1MDB. HUSNI JAWAB. HUSNI TANYA...
Adakah bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedar bahawa beliau pernah menjawab soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini ketika bertanyakan soalan sama di Dewan Rakyat, semalam.
Pada ketika itu, November 2011 Ahmad Husni menjawab soalan dan memberi penjelasan berkaitan syarikat pelaburan negara itu kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang mempersoalkan pada masa itu mengapa Ahmad Husni menjawab semua perkara berkaitan 1MDB dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
Selain itu apa yang paling menarik, pada Jun tahun lepas Ahmad Husni juga berkata dalam penjelasannya berkaitan 1MDB bahawa isu kehilangan wang pelaburan milik kerajaan dalam syarikat itu yang digembar-gemburkan sebenarnya tidak pernah timbul.
"Kerajaan begitu bertanggungjawab dalam memastikan aset dan hutang. Dalam konteks 1MDB, apa yang berlaku ia mencapai pertumbuhan begitu pesat, dalam tempoh enam tahun sahaja ia memiliki aset yang begitu tinggi.
"Keduanya struktur kewangan memiliki modal RM1 juta dan kerajaan memberi tanah seluas 560 ekar. Tapi tanah ini akan hanya memberi pulangan dalam tempoh yang panjang.
"Berdasarkan pertumbuhan pesat, 1MDB bergantung kepada hutang," katanya ketika menjadi panel dalam program khas Bual Bicara Dialog di TV1 pada masa itu menjawab isu syarikat itu.
Pada ketika itu juga Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen BN-Tambun dilantik sebagai jurucakap kerajaan bagi isu berkaitan 1MDB.
Kenapa kini, beliau bertanyakan semula soalan yang beliau sendiri pernah jawab.
Semalam, dalam sidang dewan beliau yang sudah meletakkan semua jawatan dalam Kabinet, UMNO dan Barisan Nasional ingin tahu mengapa 1MDB ditubuhkan dan beliau turut bertanyakan berkenaan wang AS$4 bilion Dolar Amerika (RM16.69 bilion) melibatkan syarikat Aabar Investment PJS Ltd yang tidak dimiliki IPIC.
Sekarang ini, keadaannya ialah Ahmad Husni bertanyakan sendiri soalan yang dijawabnya ketika di dalam Kabinet dulu.
Perlu diingat, beliau hanya meletakkan jawatan di dalam BN dan UMNO tetapi masih lagi Ahli Parlimen BN kerana beliau tidak pernah mengumumkan keluar dari parti.
Moga Husni tidak terpalit dengan virus mudah lupa bawaan Mahathir. Memalukan bila menyoal balik perkara yang beliau sendiri pernah jawab dahulu.
Tulisan :
Beruang Biru
BB100, Selasa
25 Oktober 2016
Monday, October 10, 2016
BAJU MERAH GAGAL DENGAN PROVOKASI YANG SEBENARNYA
kita letak lah beratus gambar dan bukti tentang keganasan bersih 1,2,3 dan 4. rakyat dah lupa .
TETAPI
satu gambar ini sahaja. habis semua gerakan baju merah menjadi jahat... mereka hanya perlu kan SATU GAMBAR SAHAJA.
baju merah kalah dengan provokasi...!!!!!
Sunday, October 9, 2016
CARA BERSIH MINTA DI PUKUL DAN DIRAKAM ADALAH TAKTIK YAHUDI
Sekali lagi puak Bersih berjaya dengan strategi CANVAS (The Centre for Applied Nonviolent Action and Strategies) yang berpandukan kepada seorang pemikir Yahudi bernama Gene Sharp.
Pengalaman saya semasa BERSIH, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, BERSIH 4.0 dan beberapa siri demonstrasi pembangkang yang lain telah mendapati bahawa strategi ini kerap diulang.
Saya sendiri menyaksikan sewaktu demonstrasi ini apabila terdapat demonstran pergi ke barisan polis dengan muka tersenyum sambil berkata "POLIS BABI, POLIS ANJING". Sewaktu ini terdapat beberapa jurufoto dan juruvideo bersedia untuk merakam sekiranya polis bertindak balas terhadap demonstran itu.
Matlamat akhirnya adalah untuk mendapatkan gambar polis memukul demonstran atau "rakyat" yang akan dijadikan bahan propaganda.
Anggota polis terlatih dengan disiplin dan dapat menahan diri daripada bertindak balas, namun bagi orang awam yang tidak terlatih pasti akan bertindak balas.
Pemimpin pembangkang dan "ikon" pembangkang memang menerima latihan propaganda dan kaedah berdemonstrasi daripada Gene Sharp di Vienna, Austria suatu ketika dahulu. Tidak cukup itu mereka juga dilatih di Taiwan, Korea Selatan dan Indonesia.
Tetapi jangan lupa, semasa BERSIH 3.0 demonstran telah bertindak balas lebih ganas daripada apa yang berlaku pada kes kali ini.
#JanganTertipu
#PropagandaJahat
#AntiBersih
sumber Facebook Raziz Rashid.
macamana seorang pembonceng motosikal bersih5 seorang diri boleh di dalam kumpulan geng baju merah .. adakah di sengaja kan...
Saturday, October 8, 2016
MUKHRIZ DALAM KECELARUAAN ....
Kerana dendamnya dipecat sebagai Menteri Besar Kedah, malah tindak tanduknya yang semakin ekstrim membalun Najib walaupun masih di dalam UMNO.
Selepas tiada kaitan lagi dengan UMNO, dan wujudnya parti serpihan yang begitu angkuh, bunga namanya, Mukhriz perlukan strategi terbaik untuk melawan Najib.
Mahathir dan Muhyiddin juga begitu, melawan Najib habis-habisan walaupun kemaluan besar terpaksa mereka hadapi, menghulurkan kepala kepada pembangkang yang dahulunya mereka kutuk, keji, hina serta perlekehkan.
Sudahnya Mukhriz pun begitu juga, terpaksa menjilat Bersih, walaupun dia tahu Bersih adalah satu pertubuhan yang dinaungi oleh golongan sesat, liberat, anti agama, lgbt.
Malah terpaksa melacurkan sikap nasionalisme yang ada dalam dirinya ketika di dalam UMNO. Melacurkan diri ke tahap yang cukup ekstrim. Memalukan, bercelaru serta menjelekkan mata melihatnya.
Semuanya kerana nak jatuhkan Najib. Kesian.
Friday, October 7, 2016
PRESS STATEMENT BY YB DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN
PRESS STATEMENT BY YB DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN, MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS, MP PARLIAMENT P.176 KIMANIS AND UMNO KIMANIS DIVISION HEAD
I refer to allegations being circulated that the recent arrests of two top officers of the Sabah Water Department and seizures of cash, jewelleries and assets by MACC are related to UMNO Kimanis and I as the Minister of Foreign Affairs Malaysia.
These allegations are preposterous and false.
UMNO Kimanis and I are not in any way involved or implicated in the case under investigation. Let MACC do its job fairly and properly without interference.
We would not hesitate to take any legal action should these defamatory statements continue to be published.
YB Dato' Sri Anifah Hj Aman
Minister of Foreign Affairs
MP Parliament P.176 Kimanis
UMNO Kimanis Division Head
7th October 2016
KELUAR UMNO. KES RASUAH TIMBUL . KELUAR SAJA RASUAH. ITU UMNO.
kes rasuah di Sabah dikatakan sejak tahun 2010. enam tahun mengumpul wang haram rasuah di dalam pejabat. rumah, atas syilling. dalam kereta. RM112juta. selepas itu ada orang cuba kaitkan pengarah jabatan air Sabah adalah dari UMNO.
nama bekas naib Presiden parti UMNO datuk seri Shafie afdal antara Menteri kementerian luar wilayah ketika itu terbabit juga.
lalu ada orang pertikaikan UMNO ini memang kaki kuat makan rasuah.
teorinya bila didalam UMNO. kes rasuah ini tertutup rapat. sebab itu Shafie afdal terlalu kuat menentang NajibRazak. cuba menunjukkan diri itu sesuci sucinya di depan penyokong. akhirnya terbongkar sudah ketika dia di dalam UMNO dia lah kaki paling kuat makan rasuah.
tetapi apabila sudah tidak ada didalam kabinet dan UMNO. wang rasuah itu tidak boleh keluar . caranya ialah buat report kepada SPRM. dan boleh babitkan UMNO. ini bagi aku. paling haramjadah punya permainan.
bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim juga dikatakan paling kuat makan rasuah. bapak segala rasuah ketika itu. taktik yang sama. terkeluar saja dari UMNO. baru pendedahan 6 kotak hitam terbongkar. dikatakan dalam kotak itu ada nama nama menteri UMNO rasuah. UMNO lagi sekali terbabit.
asal keluar UMNO saja. kes rasuah pun timbul. keluar saja kes rasuah. itu UMNO.
sekarang aku nak tanya. macamana bila sudah di dalam parti baru. nak memerangi rasuah. sedangkan diri sendiri itu yang pengamal rasuah.
UMNO dah buang orang macam nie. ada pulak parti kutip orang rasuah. dan di suruh cakap UMNO rasuah. dalam bahasa yang mudah. bekas bekas pemimpin UMNO yang kaki rasuah sekarang sedang bersarang dan membiak di dalam parti pembangkang. persoalannya siapa yang patut malu.
patutlah Shafie afdal sanggup nak beli parti yg sedia ada di Sabah dengan harga berjuta nilainya. dahsyattt ko baaaa. ko boleh beli parti dan orang macam itu saja.
Thursday, October 6, 2016
TUN M MALU BESAR DEKLARASI RAKYAT GAGAL TUMBANGKAN NAJIBRAZAK DAN BN.
Dr Mahathir Malu Besar, Enggan Dedahkan Butiran Pertemuan Dengan YDP Agong
Akibat malu besar, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mendedahkan butiran terperinci pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika mempersembahkan Deklarasi Rakyat kepada baginda sebelum ini.
Dalam satu sidang media semalam, beliau yang juga bekas Perdana Menteri enggan mendedahkan butiran lain dalam pertemuan itu yang berlangsung pada 15 September lepas.
Dr. Mahathir hanya menyatakan dalam pertemuan itu, Seri Paduka dan beliau berbincang secara panjang lebar selepas mempersembahkan 1.2 juta tandatangan deklarasi itu yang menuntut tindakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
``Baginda menyoal saya mengenai peruntukan undang-undang. Pada akhirnya, saya tidak berjaya meyakinkannya ... Baginda tidak berkata apa-apa, baginda cuma berkata bahawa baginda belum bersedia," katanya kepada pemberita.
Apa yang menjadi persoalan ramai ialah kenapa Dr. Mahathir tidak mendedahkan butiran mengenai titah Yang di-Pertuan Agong sebaliknya beliau mengaku gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak berhubung deklarasi rakyat itu.
Sebenarnya, Dr Mahathir yang sebelum ini amat dikenali sebagai seorang negarawan yang mengilhamkan Wawasan 2020 mendapat malu besar selepas deklarasi yang kononnya dapat menjatuhkan Najib telah gagal.
Meskipun beliau mempersembahkan 1.2 juta tandatangan namun siapa yang boleh mengesahkan bahawa ia adalah tandatangan tulen, bukan palsu seperti yang didedahkan sebelum ini.
Sebelum ini, Dr Mahathir sibuk menjaja cerita mengenai usahanya untuk menggerakkan deklarasi rakyat yang sebenarnya tidak menggambarkan pendapat serta kemahuan majoriti rakyat Malaysia.
Hakikatnya, untuk menukar kerajaan, Pilihan Raya Umum (PRU) adalah satu-satunya cara dan rakyat boleh menentukannya dengan menjadi pengundi berbanding deklarasi rakyat itu. Sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan aplikasi 'Google Form' boleh mendapatkan tandatangan.
Apa yang pasti, episod berkenaan merupakan satu tamparan kepada Dr Mahathir dan ia turut terpalit kepada anaknya Datuk Seri Mukhriz serta parti barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Tulisan :
Beruang Biru
BB74, Khamis
6 Oktober 2016
Saturday, October 1, 2016
HIMPUNAN BANGKIT BAJU MERAH DI PULAU PINANG
Himpunan Bangkit di Persiaran Gurney yang dikepalai oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang.
kawasan perniagaan paling strategik telah di kepong oleh himpunan baju merah bagi menunjukkan bantahan terhadap ketua menteri pulau pinang yang paling kuat rasuah. undur lim guan eng bergema di situ.