Monday, November 14, 2016

RAFIZI MASIH KEKAL AHLI PARLIMEN PANDAN

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

KENYATAAN MEDIA
Bil.33/2016

YANG BERHORMAT RAFIZI RAMLI MASIH KEKAL SEBAGAI AHLI PARLIMEN PANDAN

1.  Berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini yang menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli. SPR telah menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung dengan status beliau sebagai Ahli Parlimen.

2.   SPR ingin memaklumkan bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan.  Berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan beliau berhak untuk merayu terhadap keputusan itu.

3.   Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau akan kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya .

4.   Memandangkan kes ini masih belum selesai,  adalah tidak wajar bagi SPR untuk membuat ulasan berkaitan dengan keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut. Tambahan pula dalam kes ini, berdasarkan laporan oleh pihak media bahawa rayuan akan difailkan oleh Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli.

5.   Sebarang proses perundangan berkaitan dengan kerusi Parlimen Pandan akan hanya ditentukan setelah proses rayuan di mahkamah dan di bawah Perlembagaan Persekutuan dimuktamadkan.

Sekian, terima kasih.

DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

PUTRAJAYA

Tarikh : 14 November 2016

0 comments:

Related Posts with Thumbnails