Tuesday, December 24, 2013

GULINGKAN KERAJAAN KITA LUPAKAN SOAL AGAMA ...




kita orang melayu mengajak orang melayu bersatu, lupakan soal politik demi agama untuk pertahankan kalimah Allah, tetapi puak puak ini senyap saja, tidak terdetik pun di hati mereka untuk bangun bersama kita.

nahhh sekarang demi politik mereka, betapa rakusnya mereka untuk menjatuhkan sebuah kerajaan, pemimpin mereka menghalalkan cara, sehingga sanggup berkata, kita lupakan sentimen agama demi mahu menentang kerajaan "ZALIM" katanya,

ini semua nak ajak berkumpul di gereja pulak, sekarang siapa sembah siapa, ???. seperti kita tau anjing anjing belaan yang akan buat kacau ini semuanya melayu, apa kejadahnya nak buat di gereja, ohhh baru tahu, mereka cuba menarik minat orang cina dan india untuk turut sama,

mana pergi pemimpin PAS ???? senyapp dan butakan mata, siapa yang ajar islam kepada orang lain, atau orang lain yang ajar nak kristiankan pengikut pas, ????

dulu orang pas kata, nak gadai putrajaya kerana agama, sekarang mereka nak gadai agama kerana nak ke putrajaya.. !!!
- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, December 22, 2013

JAHANAM DANOK DAH KENA BOM...!!!!

Pada jam 1100 pg td telah berlaku satu insiden letupan di hadapan balai polis padang besar, thailand. Letupan menggunakan motosikal namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. letupan kedua pulak menggunakan kenderaan pick up turut berlaku pada jam 1105 di balai polis sadao.

Aku baru rancang nak pergi danok untuk makan daging bakar petang lepas makan kenduri kahwin terus cancel semua,




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 13, 2013

PETRONAS OH PETRONAS. KENAPA JADI MACAM INI. @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Khairykj @azalina @ShahrizatJalil

Pagi tadi ahli parlimen kepala batas Dato Seri Reezal Merican di bawa dan melihat sendiri ada sebuah stesen minyak Petronas telah mengguna bahasa cina dalam kempen petronas, tindakan ini amatlah di kesali. Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak di guna kan.

Saya mempersoalkan tindakan premis stesen minyak milik GLC yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan sedangkan penduduk Kepala Batas majoritinya orang melayu. Kata nya.

Ini bukan petronas di negara china atau singapura, tetapi ini di malaysia, sebab itu ahli parlimen kepala batas mempersoalkan kenapa jadi begini.

Apa yang aku di fahamkan semua premis petronas seluruh malaysia mempunyai seorang yang menjaga kedai2 serbaneka dalam petronas , adalah seorang cina. Sekarang tiada lagi produk IKS yang di jual dalam kedai itu, ini menampakkan dia cuba menidakkan orang melayu untuk berniaga di dalam gerai petronas.

Mohon pihak yang ada kuasa memantau perkara ini, samaada benar atau tidak .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 9, 2013

SEMANGAT UMNO HANYA DI DALAM DEWAN MERDEKA PWTC...!!! #PAU2013 @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Khairykj @ShahrizatJalil @pilihanrayakini

Kita ini orang umno semangatnya umpama hangat hangat taik ayam saja. Bercakap berdegar degar dalam dewan, suka bila bercakap mendapat tepukan, lagi orang tepuk lagi kuat motivasinya untuk bercakap. Tapi bila balik ke kawasan habuk pun tarak.

ini adalah ulasan aku terhadap ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib. Memang tepat sekali apa yang najib katakan itu, kita ini selalu nampak orang lain salah, menuding jari kepada orang. Sebenarnya salah kita tak pernah nak tengok.

Bergegar dewan merdeka itu bila cakap nak memperkasakan umno, sayangnya setakat dalam dewan saja lah, Najib sendiri dah bongkar berapa bahagian dan cawangan membuat mesyuarat mengikut perlembagaan. Usah bicara nak perkasakan umno kalau di peringkat cawangan pun nak tengok buat mesyuarat 2 bulan sekali pun susah, bagaimana pulak di peringkat UMNO bahagian ?? Biarlah ajk bahagian yang menjawabnya.

Di peringkat cawangan lah kita boleh dengar masalah rakyat, nak dekat PRU14 baru nak buat mesyuarat rasanya ketika itu rakyat dah jauh dengan umno. Betul juga lah apa yang najib katakan itu.

alhamdulilah aku di peringkat umno cawangan telah sedar awal sejak lepas PRU13 dan lepas pemilihan parti telah di pilih sebagai AJK umno cawangan dah 3 penggal, aku dah pergi mesyuarat umno cawangan 2 kali dah sejak pemilihan yang lalu, aku dah pentingkan gerak kerja di cawangan untuk pilihanraya akan datang.

Aku telah pandang ke hadapan, kalau kita sayang umno kita kena bergerak selari dengan presiden umno,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 8, 2013

USUL PEMUDA TAHUN 2005 MENDAPAT PERHATIAN @Khairykj @NajibRazak @MuhyiddinYassin #PAU2013

semasa aku di dalam pemuda umno tasek gelugor aku telah membuat usul di peringkat pemuda cawangan mengenai diskriminasi sektor swasta terhadap golongan anak muda melayu. usul ini telah di bahaskan dan mendapat sokongan untuk di bawa ke persidangan pemuda pusat.

aku boleh mendabik dada sekarang, bermakna aku telah nampak lebih kehadapan dari pemuda umno ketika itu, kenapa aku buat usul itu, kerana aku pernah berkerja di sektor perkilangan, waktu itu aku di terima kerja di sebuah kilang elektronik di perai, aku melihat semua anak muda melayu berkerja sebagai operator saja, ada yang dah kerja situ hampir 20 tahun tapi tiada peningkatan untuk memajukan orang melayu untuk ke satu tahap lebih tinggi.

dalam masa sama ada seorang bangsa lain juga di terima masuk. selepas tiga bulan dia telah di naikkan pangkat dari operator ke quality control. aku pulak telah di naik kan pangkat ke line leader, tapi kerana bangsa lain yang menguasai tempat itu, kenaikkan pangkat aku telah di bekukan. aku lihat ini satu dikriminasi yang terangcang, atas dasar pejuangan hak hak orang muda melayu ketika itu, aku terus meletakkan jawatan, langsung aku membuat usul di atas platform pemuda umno.


Kerajaan diminta mengambil tindakan menghentikan amalan diskriminasi yang dihadapi golongan muda bumiputera dalam sektor swasta.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat kajian menunjukkan amalan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat milik bukan bumiputera di negara ini.

"Kajian itu menunjukkan mereka menerima gaji yang tidak setimpal dengan kelayakan yang dimiliki,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - utusan

terima kasih YB khairy kerana memperjuangkan usul ini.





- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, December 7, 2013

INFO TRAFIC: HIGHWAY JEM TERUK. #lifestyle #PAU2013

Kepada semua perwakilan dan pemerhati politik dari utara, sedikit info trafik perlu dikongsikan bersama.

Aku balik awal ke pulau pinang. Bertolak dalam jam 11pagi. Masuk saja toll duta selepas sungai buluh keadaan trafic sesak, aku sangka kan keadaan ini sekejap saja, rupanya tidak kereta bumber to bumber kelajuan 40kmj sahaja.

Semua perhentian dan station minyak penuh dan sesak. Keadaan ini seperti nak balik raya.

Di taiping pulak hujan lebat, memburukkan lagi keadaan, kepada yang nak pulang di minta berhati hati.

Ketika aku menulis ini pukul 345 ptg, aku baru saja lepas taiping.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 6, 2013

MELAYU TANPA UMNO #PAU2013




pagi tadi awal aku dah pergi ke PWTC, bersarapan dengan seorang kawan di medan selera entah apa namanya aku dah lupa, selepas itu aku bercadang hendak masuk ke dewan merdeka semangat pulak aku hari ini, sebelum aku nak teruskan tulisan blog ini aku nak kata aku bukan di bayar oleh mana mana unit atau biro didalam umno untuk buat kerja ini.




masuk saja ke PWTC dah ada orang bagi utusan percuma kepada semua yang hadir, terima kasih kepada yang menaja.


pemerhati politik wanita memang tidak di nafikan mereka begitu setia di sini awal lagi mereka dah duduk "BERKELAH" di ruang legar PWTC, tidak ada sesiapa boleh halang.

aku tak jadi nak masuk dewan merdeka bila ada perwakilan ajak minum di riverside cafe. pagi ini nampak tak sesak sangat masih ada meja kosong. aku bersama kawan kawan duduk di satu sudut. membaca utusan dah tak peduli pada ucapan pembahasan.

menarik perhatian aku hari ini ialah cerita muka hadapan utusan, DIMANAKAH MELAYU TANPA UMNO. menjadi persoalan apakah akan terjadi pada melayu sekarang kalau orang melayu tidak menentang penjajah inggeris yang mahu menyekat kuasa raja raja melayu. tertubuhnya malayan union lah maka kuasa penjajah dapat di hapuskan dan raja melayu berkuasa. selepas itu tertubuh lah UMNO bersama parti kaum cina dan india turut sama membentuk negara malaysia.

rakyat seharusnya membuka mata, apa yang kita kecapi sekarang ialah atas kebijaksanaan pemimpin terdahulu, cuba kita bayangkan kalau melayan union tidak ada, aku dapat rasakan orang melayu akan menjadi bangsa yang menumpang di negara sendiri.

Sejarah tidak boleh menipu, sejarah telah membuktikan kaum bumiputera di negara negara lain telah terhapus bilamana kuasa politik hilang dan mereka merempat.

cuba cuba lah bersyukur sikit dengan yang ada. jangan tau nak membangkang saja, jangan celupar sangat bila berbicara. ada orang melayu pulau pinang sendiri berkata, baik komunis jaga kita, dapat juga duit RM 100 setahun. hangpa memang gila...!!!

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 5, 2013

DATUK MUSA SHEIKH FADZIR MENDAPAT PERHATIAN







pemerhati politik yang berada dalam riverside cafe sanggup berdiri di depan tv kerana nak dengar apa yang wakil umno pulau pinang berucap. memang lah depa kata Datuk Musa Sheikh Fadzir terbaik.

Hanya UMNO yang memperjuangkan orang Melayu dan agama Islam. Walaupun tidak mendapat jawatan di dalam GLC atau agensi kerajaan para pemimpin UMNO terus berjuang.

Bagaimanapun dalam perjuangan itu masih ramai orang yang tidak menyokong UMNO kerana mereka kecewa dengan pelaksanaan. Ketua-ketua pengarah disambung sehingga berkali-kali selepas itu disambung pula jawatan di GLC sehinggalah orang lain tidak berpeluang naik.

Sedangkan ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak mengamalkan kroni, tetapi KSU-KSU yang mengamalkan kroni kerana mahu mengekalkan rakan-rakan mereka di dalam jawatan


- Posted using BlogPress from my iPad

GENG UMNO SERBU KAMPUNG BARU. #PAU2013

Malam ini saja aku pusing kedai kedai tomyam di kampung baru kuala lumpur, semua nya habis, alhamdulilah rezeki kepada tokey2 tomyam.

Akhirnya kedai tomyam ini saja yang ada sempat kami singgah, sayur segala sayur habis, ikan siakap pun habis, ayam segala jenis masakan habis, yang ada tomyam, daging dan ikan bawal saja, nak buat mcmana dah lapar, nak pergi kedai lain tak sanggup dah, langsung kami borong semua, apa yang ada dalam dapur masak saja.






Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 4, 2013

LIVE #PAU2013 PWTC. AKU BANGGA MENJADI AHLI UMNO @pilihanrayakini




selesai sudah persidangan umno bagi 3 sayap nya tadi. aku bergerak seorang so sememang nya tidak boleh mengikuti semua persidangan itu serentak. asalnya ingat nak duduk dalam riverside cafe minum nescafe tarik sambil melihat gelagat perwakilan bersilat di dalam dewan secara live menerusi TV , tapi terlalu ramai pulak. aku dah jadi macam kucing nak beranak, sekejap keluar, sekejap masuk. selepas itu sesekali menjeling apa yang patut, yang kecik yang besar yang ramping dan bahasa baru aku dapat ialah yang ++++++,

apa yang menarik dalam semua ucapan dan usul masing masing cuba memberi pandangan untuk membaik pulih umno supaya umno lebih kuat dan nampak kehadapan.

aku merumuskan semua usul dan ucapan dalam persidangan akan menjadi dasar kepada kerajaan, kita jangan lupa Bank Islam, Tabung Haji, Felda, UKM, Mara, UITM, adalah datang dari perbahasan dan usul dari persidangan umno.

apakah kita ahli umno tidak cukup bangga dengan apa yang kerajaan ada datangnya dari suara keramat ahli ahli umno. jangan ada pulak kata yang datang perhimpunan umno ini sekadar angguk angguk macam burung belatuk,

kepada golongan usahawan menguasai parti umno, mereka tidak memahami kerajaan, bagi mereka kerajaan hanya tempat menambah kekayaan. tetapi jika org kerajaan menguasai parti tentu kedua dua komponen ini akan seimbang.





- Posted using BlogPress from my iPad

LIVE #PAU2013 PEMUDA UMNO WAKIL PULAU PINANG PERKASAKAN UMNO




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasik Gelugor, Mohd.Nashrol
wakil dari Pemuda UMNO Pulau Pinang membawa dua usul.

Pertama bagaimana mahu memperkasakan UMNO. Perlu perkasa dari segi rohani, kedua perkasa kuasa beli.

Kita perlu sokongan anak muda. Kita harus terapkan sifat berjuang dalam anak muda.

Kita sokong wujud akedemi latihan dan perkaderan anak muda yang harus dimulakan sejak di bangku sekolah. Baru boleh terap semangat perjuangan bangsa dan agama. Demi sokongan anak muda. Modulnya perlu stabil dari segi keagamaan dan keduniaan dalam perjuangan parti.

Kedua, dari segi kebendaan. Kita gesa supaya buat sesuatu mengenai ekonomi anak muda.

Di Pulau Pinang orang Melayu terhimpit. Harga rumah ratusan ribu ringgit. Ini politik paling keji untuk halau orang Melayu. Ramai beli rumah di Kedah.

Saya gesa bangunkan rumah kos rendah dengan segera. Jangan tunggu pilihan raya baru nak umum dan buat.

di akhir ucapan dari wakil pulau pinang sempat dia membidas tindak tanduk Pas di pulau pinang. pas bukan pejuang bangsa dan agama di negeri pulau pinang.

- Posted using BlogPress from my iPad

LIVE #PAU2013 : UCAPAN KETUA PEMUDA UMNO HENTAM DUN SELANGOR @Khairykj @NajibRazak @MuhyiddinYassin







antara ucapan dasar ketua Pemuda umno malaysia yang menghentam pasai kenaikan gaji speaker dun selangor. ianya tidak masuk akal dan munasabah.


makin jelas tembelang pembangkang di mata rakyat. Kalau dulu mereka pukul canang, Selangor paling hebat dalam mengamalkan pentadbiran berhemah dan berjimat-cermat, kini tindakan kerajaan Selangor menaikkan gaji Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka sehingga ratusan peratus, apa pula ceritanya? Takkan itu juga demi rakyat?

Matematik saya senang saja, kalau gaji Speaker Selangor RM22,500 sebulan, bermakna setahun RM270,000. DUN Selangor pula bersidang kira-kira, kita ambil purata, 30 hari dalam setahun. Malahan tahun lalu, persidangan DUN Selangor hanya sebanyak 21 hari sahaja. Dengan sehari saja speaker bertugas, sudah dapat RM9,000. Gaji Menteri Besar usah cerita, lagi banyak daripada gaji Perdana Menteri yang menjaga satu negara. Pihak pembangkang ini macam bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

photo utusan.



- Posted using BlogPress from my iPad

AKU, UMNO DAN PWTC. #PAU2013

4hb Dec 2013, 2.30 pagi

aku telah selamat sampai di kuala lumpur, sepanjang perjalanan aku tadi dari ipoh hingga ke sini hujan. Alhamdulilah semuanya selamat.

Aku terus ke restaurant pelita bangsar hanya sekadar minum nescafe tarik dan mencuci mata.

Aku mula bukak facebook ceritanya apa lagi kalau tak cerita bergambar kawan kawan di PWTC tadi. Malam tadi penuh cerita mengenai orang umno di sana. Dah macam artis berjalan red carpet di malam anugerah.

Sesiapa yang menjadi perwakilan patut menjadi bangga kerana dalam 3.3juta ahli umno, anda dalam 2,967 perwakilan yg terpilih. Tahniah aku ucapkan kepada semua yang menjadi perwakilan pemuda, puteri dan wanita.

Aku terlepas untuk mengikuti secara dekat perasmian serentak 3 sayap parti umno yang dirasmikan oleh Timb Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapannya yg sempat aku take note ialah meletakkan harapan penuh kpd 3 sayap utama parti untuk terus di dalam satu pejuangan membela orang melayu dan bumiputera.

Kali ini cara aku berblog rasanya mahu lebih santai, aku akan gunakan peluang yang ada menceritakan perjalanan aku sendiri di pwtc selama 4hari



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts with Thumbnails