Monday, March 4, 2013

ANWAR IBRAHIM PEMAIN POLITIK PALING KOTOR ....!!!!!

Buat permulaan, Pakatan Haram telah lacurkan bangsa Melayu agar hilang ketuanan di tanah tumpah darah sendiri. Kemudian, PARTI PAS yang berasaskan agama Islam dipersendakan dengan percaturan Hukum Hudud dikeluarkan dari Manifesto Pakatan Haram ini dan digantikan dengan Negara Kebajikan. Kepimpinan tertinggi Pakatan Haram ini, Anwar Ibrahim telah terlibat dengan video seks yang menyebabkan beliau kehilangan JAM OMEGA serta maruah kepimpinan yang telah pun tercemar. 

Agama Islam dipersendakan sekali lagi apabila kepimpinan PAS melakukan solat HAJAT bagi pelaku seks dalam video tersebut. Bukti video ini sedikitpun tidak diendahkan oleh penyokong Pakatan Haram lantas melabelkan ini sebagai konspirasi UMNO. Kemudian isu KALIMAH ALLAH dipermain-mainkan hingga kini masih belum ada kata sepakat dalam Pakatan Haram ini. 

Kerakusan berpolitik menyebabkan ketegangan antara penganut agama Islam dan Kristian yang belum pernah berlaku telah berputik dan sandiwara politik tercemar yang berasaskan kebencian terus digunakan bagi memancing undi Kristian Sabah dan Sarawak. 

Kemudian Islam sekali lagi dipersendakan apabila PAS mendoakan kehancuran untuk UMNO dan Barisan Nasional yang amat mengejutkan seluruh rakyat moderate di Malaysia. Kebiadaban ini yang tidak pernah berlaku tetapi berlaku akibat daripada politik tercemar Pakatan Haram. 

Kemudian Anwar Ibrahim menjalankan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 hingga hampir menimbulkan huru-hara dalam negara tetapi kerajaan semasa balas dengan BRIM 1.0 dan BRIM 2.0. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Shamsidar bertujuan menimbulkan huru-hara tetapi pihak POLIS telah menyediakan sebuah stadium untuk mereka berhimpun dan huru-hara dapat dielakkan. 

Dalam kekalutan ini, Anwar Ibrahim sempat menimbulkan keadaan kurang selesa buat umat Islam di Malaysia apabila menyatakan "we must provide security for the state of Israel" dan anak perempuan beliau pula membuat kenyataan dalam Gereja yang memberi gambaran Melayu dibenarkan tukar agama berdasarkan tafsiran ayat Quran yang diselewengkan. 

Tidak cukup dengan itu, perjuangan LGBT dan Pluralisma agama diberi nafas baru sehingga menimbulkan keluh kesah kepada orang-orang Melayu di Malaysia. Banyak lagilah perbuatan-perbuatan Pakatan Haram yang menyebabkan PAS, sebuah parti yang dahulunya dihormati menjadi kucar-kacir akibat terpaksa tunduk kepada DAP hasil hasutan Anwar Ibrahim dan ketegangan antara kaum berlaku di seluruh negara.  

Tetapi semua perkara diatas boleh dimaafkan namun kejadian terbaru di Lahad Datu yang disahkan perisikan Filipina, risikan tentera Malaysia, laporan Reuters yang memetik sebuah laporan akhbar Filipina yang mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan usaha membawa masuk pengganas-pengganas Sulu untuk bertindak ganas di Sabah adalah satu perbuatan yang berniat menghuru-harakan Sabah kubu kuat Barisan Nasional yang merupakan paksi kekuatan kerajaan BN yang gagal dikuasai Pakatan Rakyat. 

Gambar diatas ini adalah bukti kepada laporan risikan Filipna yang Anwar Ibrahim bersubahat di dalam merencanakan huru hara di Sabah hingga menyebabkan ramai anggota-anggota polis gugur akibat ditembak pengganas Sulu. 

Jadi sebagai rakyat Malaysia, saya seru pihak berkuasa di negara ini agar mengadakan satu Royal Commision bagi menyiasat Anwar Ibrahim dan semua pemimpin Pakatan Haram yang terlibat dengan huru hara di Sabah ini. Jika di dapati benar maka ANWAR IBRAHIM perlu berhadapan dengan perundangan yang sedia ada ! Inilah balasan kepada pengkhianat bangsa dan agama yang menyebabkan ramai wira-wira bangsa gugur di medan perang mempertahankan kedaulatan negara. Ini perlu supaya ianya menghantar mesej jelas bahwa KEDAULATAN NEGARA TIDAK BOLEH DIPOLITIKKAN. 

AL Fatihah kepada wira-wira negara yang terkorban.

email dari people againts opposition. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails