Wednesday, June 2, 2010

MAHFUZ: KAMU MEMANG MUNAFIK SEBENARNYA...!!!!

"Hebat" betul Mahfuz kerana dia berani memberi tempoh 48 jam kepada DS Najib bagi memanggil sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan Israel ke atas pasukan bantuan Gaza.

Mahfuz juga "hebat" kerana berani memberikan tempoh 48 jam untuk kerajaan Malaysia menamatkan kontrak dengan syarikat Yahudi didalam negara.

Dan Mahfuz ternyata "hebat" kerana hanya berani melalak di tepi jalan dan juga dihadapan puluhan penyokongnya sendiri sahaja.

Saya terfikir, disebalik semua "kehebatan" Mahfuz ini, layakkah dia menjadi seorang Ahli Parlimen dan juga wakil kepada rakyat? Kerana bagi saya, Mahfuz sebagai seorang ahli Parlimen, sudah tentunya dia arif tentang undang-undang dan juga peraturan-peraturan bagi meminta sesuatu dari Perdana Menteri.

Mahfuz sebagai seorang anggota Parlimen juga sudah tentu mempunyai akses bagi menyuarakan pandangan serta pendapatnya kepada pemimpin tertinggi kerajaan. Jika sekadar nak menyalak ditepi jalan sambil mencari publisiti murahan dari orang ramai, saya rasa elok Mahfuz letak sahaja jawatan sebagai seorang ahli Parlimen.
Kalau sekadar melalak ditepi jalan sambil diiringi oleh beberapa puluh penyokong sendiri, saya rasa ramai yang boleh melakukannya. Tak perlu kehadiran seorang ahli Parlimen pun dah boleh buat macam tu.

Buat apa Mahfuz dilantik sebagai wakil ke Parlimen kalau dia sendiri tak tahu prosedur dan juga bagaimana untuk membuat teguran kepada kepimpinan tertinggi kerajaan?

Lainlah macam Datuk Ibrahim Ali. Walaupun beliau juga seorang ahli Parlimen dan mengepalai demo dihadapan kedutaan besar Amerika, Datuk Ibrahim Ali bertujuan untuk mengecam serta memberikan tekanan buat Amerika yang merupakan sekutu kuat Israel, bukannya menghentam kerajaan.

Ini bezanya dengan orang politik seperti Ibrahim Ali dan juga "pencacai" politik seperti Mahfuz. Ibrahim Ali berdemo untuk memperjuangkan saudara se islamnya di Palestin tetapi Mahfuz pula berdemo untuk meraih populariti serta kepentingan partinya sahaja.

Saya ingin juga bertanya kepada Mahfuz, jika selepas tempoh 48 jam dan DS Najib masih lagi tak memenuhi "permintaan" Mahfuz, apa yang Mahfuz nak buat ???

Kalau di demo NGO dan PERKASA tadi ada warga Palestin yang bertindak melukakan dirinya sendiri bagi menunjukkan protes terhadap Israel, apakah Mahfuz boleh melakukannya juga sebagai protes kepada DS Najib ???

 Saya rasa tak payahlah Mahfuz kelar diri sendiri, cukuplah sekadar botakkan kepala sebagai lambang marahkan kerajaan yang kononnya bersekongkol dengan yahudi.

Apamacam...., ada berani ke wahai YB Mahfuz ?????

sumber dari Che Wan.

kawan2 arab berkata :- Tak payah bagi kata dua pada orang la. Kalau diri tu hebat, ikut serta misi kemanusiaan tu. Bukan melalak macam anjing kurap kat Malaysia ni.

Lambat sikit pemimpin kerajaan buat kenyataan, timbullah fitnah, kata nista yang terkeluar, sehingga Husam dan Mahfuz sendiri lupa sehingga kini pemimpin pemimpin PAS macam Nik Aziz tidak sepatah pun mengeluarkan kata-kata mengutuk kekejaman Israel terhadap kapal-kapal misi bantuan tersebut…..

Mana perginya hujah-hujah berapi Anwar ? Mana pergi hujah-hujah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh ?

Berapa ramai mujahid-mujahid pemuda PAS yang ada dalam misi tersebut ?

PAS nak suruh Malaysia menyerang Israel ? itu PAS kena tanya Anwar dan DAP dulu….. jangan hanya tahu membuat fitnah terhadap UMNO, tanyalah diri sendiri dulu…

Jangan mudah menuduh UMNO kononnya di atas tindakan kejam rejim Israel tersebut kerana Malaysia bersikap pak turut dengan sekutu-sekutu Israel….. tanya pada Anwar dulu, siapa barua sebenarnya dengan yahudi dan sekutu-sekutunya….

1 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Pemimpin PAS memang begitu, patut pun gelaran tu. Dari pemimpin atas sampai penyokong sama saja. Dalam pikiran, mereka saja yang betul. Pada hal dalam kocek penuh dengan wang sabsidi kerajaan BN. Kemudian bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO kerajaan melayu beragama Islam. Termakan gula gula DAP.

Related Posts with Thumbnails