Tuesday, June 1, 2010

PAS ITU BERUK MAK YEH.


Dalam banyak-banyak blogger yang menulis mengenai kekejaman israel, Arab tertarik dengan satu artikal dalam blog CSI MELAYU,KLIK SINI

Apabila Armada Kapal Kecil Bantuan Ke Gaza diserang oleh kafir yahudi laknatullah, jutaan umat Islam di dunia mengutuk serangan tersebut dan marah terhadap kekejaman bangsa yahudi yang berpaksi di Israel. Ini termasuklah di Tanah Melayu ini sendiri.

Ramai pemimpin-pemimpin Umno serta kerajaan termasuklah Perdana Menteri sendiri telah mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman regim zionis.

Banyak juga pihak yang berura-ura untuk mengadakan perhimpunan membantah Israel dihadapan kedutaan-kedutaan asing bagi menunjukkan ketidak puasan hati mereka terhadap tindakan Israel. Begitu juga dengan solat hajat serta perhimpunan membaca doa di masjid-masjid.

Pemimpin-pemimpin serta jemaah-jemaah Pas juga tak ketinggalan didalam menganjurkan perarakan dan majlis solat hajat mereka.

Spy seboleh-bolehnya langsung tak mahu mempolitikkan hal ini. Namun setelah spy terbaca didalam beberapa blog Pas dan juga laman sosial FaceBook ahli Pas yang mengaitkan kekejaman yahudi/Israel ini dengan pihak kerajaan dan juga Umno, terdetik juga "nafsu jahat" spy.

Sebelum ini, banyak pemimpin-pemimpin Pas seperti Pok Nik, Husam, Md Sabu, Mahfuz dan juga beberapa ekor lagi selalu menyamakan kerajaan dan juga Umno dengan Israel serta yahudi.

Apa yang mangkuk-mangkuk tingkat didalam Pas ni tak kata pada DS Najib ? Apa beruk-beruk berserban Pas ni tak kata kat Tun Mahathir ? Kalau boleh, semua depa nak londeh habis termasuklah hingga seluar dalam sekalipun. Macam lah depa tu bagus sangat.

Tapi yang spy tengok disini, yang jadi Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) untuk mengumpul bantuan ke Gaza tu adalah Tun Mahathir.

Tun Mahathir yang puak-puak jumud Pas dok hentam selama ni sampai ada yang panggil dia FIRAUN tulah yang selama ni sibuk menguruskan dan menggerakkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

Mana dia ulamak-ulamak mahsyur Pas semua ??? Sekupang pun haram tak huluq bhaii.... Dok maki kerajaan lagi ada laaa.... Ada yang tua sorang tu pulak, kalau bab doa bagi pecah perut..., doa suruh tuhan turun bala kat orang Umno..., doa tak bagi masuk syurga..., dan doa mencelakokan orang Umno, memang dialah yang paling "champion".

Tapi spy kata, orang tua Pok Nik ni bukan cerdik sangat punn.

Kalau betul dia rasa dah setaraf dengan wali dan doa dia makbul setaraf dengan sahabat nabi, lagi bagus dia berdoa supaya semua bangsa yahudi di Israel tu mampuih habis. Doakan saja pemimpin-pemimpin yahudi yang memusuhi Islam tu supaya pecah perut kesemuanya.

Yang tu barulah betul membela umat Islam. Kalau setakat dok melalak kat sesama melayu dalam negara sambil teloq dok kena picit dengan Lim Kit Siang tu buat apa?

Yang pencacai bloggers depa pun hari-hari dok maki Tun Mahathir sedangkan orang tua tu lah yang banyak jasa kat depa sampai dah nak beruban atas bawah pun.

Tun Mahathir dan juga beberapa kerat pemimpin-pemimpin kerajaan ada juga sumbangan untuk masyarakat Islam di Palestin, yang bloggers pencacai Pas ni bagi sumbangan apa? Sebutir nasik pun takdak bhaiiii....

Spy rasa lepas ni tak payahlah "penyamun-penyamun" didalam Pas dok bercerita tentang Palestin ataupun kekejaman Israel. Elok puak-puak ni tarbiyah diri depa balik untuk memperbetulkan aqidah perjuangan Islam sendiri dulu.

Hari ni spy boleh berbangga dengan "the living legend" Tun Mahathir kerana menjadi penggerak utama kepada bantuan keamanan untuk Gaza. Dan spy amat berbangga kerana dapat hidup dan pernah berada dibawah kepimpinan hebat beliau.

Walaupun Umno dan kerajaan dihentam, dimaki, dihamun, serta dilontarkan dengan pelbagai persepsi buruk, spy tahu ada seorang manusia melayu/Islam yang pernah dan masih lagi berbakti untuk kesejahteraan Agama, Bangsa dan Tanahairnya.

Semoga Allah swt panjangkan usianya dan diberikan keberkatan kepada seluruh keluarganya.

Hidup Tun Mahathir !


Arab nak komen sikit:- beruk beruk makyeh PAS ini hanya mahu satu saja,  mereka nak jatuh kan UMNO BN, mereka akan terus menyerang dan samakan UMNO ini dengan YAHUDI, ISRAEL, kerana kononnya BN bersekongkol dengan ISRAEL APCO, 
dan mereka juga tahu, beruk beruk PAS ini jugak tidak berbuat apa apa pun untuk perjuangan yang di katakan ISLAM,  so nak alihkan ke semua itu, jesteru itu mereka akan terus menghentam dan menyalahkan UMNO BN, 

seburuk buruk Tun Mahadhir yang mereka katakan, manusia ini lah yang banyak berjasa menentang kekejaman israel, manusia ini lah yang berjaya mengumpulkan dana untuk di salurkan kepada penduduk palestin, sehinggakan memberi kapal milik tun untuk pergi menyalurkan bantuan.

sebaik baik konon beruk2 PAS ini, apa yang mereka buat untuk negara ISLAM, yang mereka tahu membuat kecaman, kutuk pemimpin Islam UMNO,  betul kata blogger CSI MELAYU, dari mereka dok berdoa pecah peruk kepada orang melayu islam, adalah lebih baik minta doa bagi semua orang israel mampus. itu adalah lebih afdal.

akhir kata, PAS HARUS BERTAUBAT.

3 comments:

MalaysianVoices said...

Terima kasih Tuan Arab kerana sudi singgah di blog spy.

Bersama-samalah kita menentang kezaliman Yahudi di Israel dan juga "yahudi-yahudi kecil" pembangkang di Tanah Melayu ni.

Salam Perjuangan dari Spy Leman.

arab said...

sama2...kita kan satu kapal. !!!! mohon link kan blog saya ... thanks

MalaysianVoices said...

Tuan..., spy tak naik kapal tapi spy naik speedboat.

Lagi laju dan cepat sampai.

Keh keh kehh...

Related Posts with Thumbnails