Hari ini baru lah teringat nak update blog, setelah hampir seminggu tidak menulis, sebenarnya arab hari hari membuka blog dan membaca blog kawan kawan, tapi rasa macam malas pun ada, nak respond ke satu tajuk lain ke tajuk lain, amat lah berat jari jemari arab nak menaipnya, malam ini tiba tiba arab terjumpa satu isu yang menarik nak arab kupaskan,
lagi lagi isu judi, mana mana pergi pun dok cerita pasai judi bola, puak pas mengatakan mereka nak menghapuskan judi, puak DAP pun tiba tiba nak jadi hero, di dalam harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengatakan selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi, sementara di Kedah pula usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan Rakyat. KLIK SINI .
bagaimana pulak dengan premis premis GRO, yang baru baru ini telah didedahkan.
KOTA BHARU 5 Jun - Walaupun gelaran Serambi Mekah menjadi identiti Kelantan, hakikatnya gejala sosial termasuk kehadiran pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di beberapa premis di negeri ini semakin berleluasa.
Ini terbukti apabila dalam tempoh tidak sampai sebulan, Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Kelantan telah menahan 81 GRO dari negara jiran yang aktif melakukan aktiviti tidak bermoral itu.

Terbaru, dalam serbuan di beberapa buah premis awal pagi ini, seramai 12 wanita warga Thailand ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.
Malah, Timbalan Penolong Pengarah (II) Bahagian Penguata Kuasa Negeri, Mohamad Zaidi Che Morad berkata, dalam serbuan di Pasir Mas, lima wanita Thailand ditahan ketika sedang memberi khidmat seks kepada pelanggan mereka.
Katanya, selain itu, seorang lelaki berusia 30-an ditahan di sebuah restoran di Pasir Mas kerana disyaki terlibat membawa masuk wanita-wanita tersebut dari negara jiran.
"Kesemua GRO itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 33 tahun dan didapati melanggar syarat pas lawatan sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, serbuan terbaru itu merupakan usaha berterusan Jabatan Imigresen ke seluruh negeri untuk memastikan gejala GRO tidak menular.
Dalam serbuan di sekitar negeri ini pada 11 Mei lalu, seramai 60 GRO berjaya ditahan manakala dua hari selepas itu, sembilan lagi GRO ditahan ketika menjalankan aktiviti mereka di daerah Tumpat.
Mohamad Zaidi berkata, kesemua wanita terbabit dihantar ke Depot Tahanan Sementara di Tanah Merah untuk tindakan lanjut.
"Siasatan akan dilakukan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan," ujarnya

sumber dari : novandri.
arab nak berkata: ini lah orang kata. cakap tak serupa bikin, kerja dok gali lubang sana tutup lubang sini, akhirnya yang dok kata negeri depa bagus sangat, rupanya tempat sarang maksiat .
1 comments:
Apa nak heran bro, bagi PAS semua halal.... haram cuma untuk UMNO saja... semua isu diputarbelit macam putaran serban Nik Aziz dan Hadi Awang juga....
Post a Comment