Malaysiakini melaporkan kajian Ilham Center menunjukkan BN akan menang di Hulu Selangor
Suasana di Hulu Selangor menampakkan suasana yang tidak menentu. Adakala nampak seakan BN akan menang cukup besar. Ramai wartawan yang duduk bersama penulis di Kuala Kubu petang semalam membayangkan bahawa BN akan menang besar di semua peti undi; termasuk yang bermajoritikan pengundi Cina dan Melayu. Kehadiran PM semalam. Kehadiran Tun Mahathir juga memberikan kesan yang bukan sedikit. Untuk orang Cina, mereka merindui kelibat Tun Mahathir yang mereka anggap seorang pemimpin yang luar biasa. Kehadiran Tun M memberikan banyak makna, bukan sahaja kepada calon, tetapi kepada semua petugas jentera.
Anwar semalam memang nampak tertekan. Sudahlah di Parlimen - Anwar kena terus diserang dengan kes APCO. Keluar dari Parlimen, bila Zaid merengek pasal jentera PKR yang tidak bergerak di HS, Anwar jadi semakin tertekan. Anwar tahu, Azmin sudah buat hal. Anwar tahu Azmin sudah arahkan orang supaya tidak membantu - tapi soalnya ini masa depan parti. Anwar sudah hampir hilang sabar. Tapi difikirkan balik, di Parlimen - Azminlah antara orang yang paling bersungguh mempertahan Anwar. Cakap lah apapun, Azmin tetap akan mempertahan Anwar.
Jadinya, Anwar sudah semakin tersepit dengan usaha memastikan kemenangan Zaid; dan mempertahan persahabatan lama dengan Azmin.
Dalam mesyuarat strategik pukul 1.30 pagi di rumah Anwar semalam - Azmin tidak hadir lagi. Semua orang lain hadir - kecuali Azmin. Anwar sudah hilang sabar dan mengarahkan usaha pengambilalihan sementara jentera oleh Nasharuddin (Ketua Cabang Hulu Selangor). Nasharuddin tolak dengan baik - mengatakan bahawa dia tidak mampu nak 'pump' duit kepada jentera. Dia tidak ada kemampuan. Anwar jerkah, 'DUIT KITA BOLEH CARI. U KETUA CABANG...KENA ADA TANGGUNGJAWAB'. Nasharuddin diam. Sambil tangan Nash mencari nama Azmin untuk dimaklumkan dengan keputusan tersebut.
Antara agenda lain yang diperkatakan semalam - penglibatan PAS yang suam kuku di HS. Anwar faham, dan telahpun bercakap dengan Hatta dan Mahfuz. PAS Selangor akan hantar 700 orang selepas Jumaat. Melakukan konsentrasi di peti undi Melayu dan kawasan FELDA.
Anwar tidak ada pilihan; mesyuarat semalam menggambarkan keperluan membawa turun 'guni duit' dengan seberapa segera. Ini soal jentera yang semakin letih kerana tidak ada pelincir. Anwar mula resah memikirkan untuk mencari dana. MB Khalid menjanjikan beberapa guni pagi ini. Insya'Allah sampai dan boleh membantu jentera sehingga esok.'
Bagaimana dengan persediaan 'last minute' serangan BN. Ini termasuk menawarkan wang terus kepada pengundi melalui Ketua-Ketua Peti Undi. Anwar faham bab itu - 'I WAS IN UMNO BEFORE...JANGAN REMIND SAYA TENTANG STRATEGI BODOH MEREKA'. Anwar menempelak salah seorang ahli mesyuarat.
Setelah teruk kena serang di Parlimen; Anwar tak boleh nak terima dengan cerita cerita bodoh yang merosakkan parti. Panas dan melenting jadinya.
Anwar cukup 'tertekan' sekarang....walaupun selalunya, dia dalam keadaan 'menekan'. Tak percaya? Tanya Saiful Bukhari.
sumber dari : gelagat anwar
0 comments:
Post a Comment