Jawapan dari MBPP amat dangkal dan nampak sangat cuba menafikan salah mereka meluluskan projek perumahan di Lembah Permai Tanjung Bungah.
Alasan mereka Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan projek Kolej Tar pada tahun 2008 menjadi indikator untuk meluluskan projek "tanah runtuh".
Jika diteliti gambar di atas, Kolej Tar tidak berada di lereng bukit berkecerunan 15°-20°, dan bangunan mereka bukan dengan ketinggian 53 tingkat, serta jarak mereka dengan kuari milik BSG (pemaju projek tanah runtuh) melebihi dari jarak larangan.
Satu lagi alasan kata mereka Jabatan Mineral dan Geosains telah menyokong permohonan pemaju, jgk agak pelik, kerana bak kata Jurutera Profesional Ir Kamarul Badlishah "Kau bukan nak buka lombong besi nak pakai ulasan jabatan mineral dan geosains. Ni nak bina bangunan tinggi di tepi bukit. Ulasan kesan alam sekitar dan teknikal yang kena tengok.."
Jelas, projek ini mempunyai unsur-unsur tidak betul dan kerajaan negeri terus menafikan salah mereka, sebaliknya membuat kesimpulan kejadian tanah runtuh tersebut hanyalah kemalangan di tempat kerja.
p/s: jangan ingat rakyat bodoh mcm hampa DAP woiii.
azman haj
0 comments:
Post a Comment