Tuesday, October 17, 2017

FELDA TIDAK BANKRAP TAPI RAFIZI YANG BANKRAP

afizi Ramli dan Pakatan Harapan mahu semua Rakyat Malaysia percaya bahawa Felda sudah bankrap, hanya kerana Felda menjual Pangsapuri Servis Grand Plaza di London.

Mereka cuba kelirukan rakyat dengan maklumat palsu terutama isu penjualan aset hartanah Felda didalam dan luar negara tetapi mereka lupa mengenai fakta bahawa sejak 2015 liabiliti Felda adalah RM11.5 billion manakala asset Felda pula adalah RM28.2 billion.

Manakala bagi pembelian Pangsapuri Servis Grand Plaza di London adalah 100% daripada hasil penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd pada 2012 dan ianya tidak menggunakan wang rakyat tetapi hanya melibatkan dana dalaman Felda. 

Malah Pengerusi Felda Shahrir Samad berkata penjualan Pangsapuri Servis Grand Plaza di London adalah salah satu inisiatif penyusunan semula aset-aset Felda dan salah satu langkah bagi penstrukturan untuk kukuhkan kewangan Felda.

Inilah antara fakta sebenar.. 

Jadi tertanya saya adakah Rafizi Ramli boleh dipercayai setelah beliau sendiri adalah seorang penipu kepada semua pendermanya, wang yang didermakan untuk membayar denda samanya tidak dibayar malah kini beliau berdepan dengan status kebankrapan hasil tuntutan penyamanya. 

Inilah usaha politik bagi menimbulkan syak wasangka dikalangan rakyat terhadap rakyat untuk mereka hasut bagi menimbulkan unsur kebencian terhadap Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional

Rakyat harus sedar dan matang serta dapat menilai segala dakyah didalam ucapan politik pembangkang .. 

Jangan sesekali kita termakan hasutan..

#RafiziBayarRafizi 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails