1) Himpunan Selamatkan Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang berlangsung Sabtu lalu hanya berjaya mengumpulkan seramai 4,000 orang menurut laporan polis. Laporan dari beberapa media pula menganggarkan kehadiran adalah kurang dari 10,000 orang. Jauh dari sasaran penganjur iaitu 100,000 orang.
2) Himpunan telah diadakan di Petaling Jaya, negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan atau menurut Menteri Besar, Azmin Ali, masih di bawah Pakatan Rakyat kerana PAS masih lagi bersama kerajaan negeri.
3) Tetapi, jumlah kehadiran yang jauh dari sasaran telah secara jelas memalukan Pakatan Harapan. Masakan tidak, Menteri Besar Selangor adalah Azmin Ali iaitu Timbalan Presiden PKR. Salah seorang Exco kerajaan negeri iaitu Nik Nazmi adalah Ketua Angkatan Muda PKR, salah satu penganjur utama perhimpunan ini iaitu Pemuda Pakatan Harapan.
4) Azmin Ali sebagai pengerusi Pakatan Harapan negeri Selangor seharusnya malu dengan angka ini. Jika diikutkan logik dari keputusan PRU13 lalu, dua kerusi parlimen Petaling Jaya iaitu PJS dan PJU merekodkan jumlah kemenangan parti di bawah Pakatan Harapan dengan majoriti sebanyak lebih 60 ribu. Jumlah majoriti di Petaling Jaya ini sahaja sudah boleh memenuhi 60% sasaran mereka. Tetapi Azmin Ali gagal menterjemahkan angka ini.
5) Manakala sebagai ketua AMK pula, Nik Nazmi seharusnya mencermin muka dengan kepimpinannya. Kehadiran golingan muda yang sangat kecil telah membuktikan Nik Nazmi sememangnya tiada pengaruh bukan sahaja dalam kalangan rakyat malah ahli AMK itu sediri.
6) Nik Nazmi perlu sedar, semua perhimpunan pembangkang sebelum ini digerakkan oleh golongan muda. Kelibat penggerak golongan muda dalam perhimpunan sebelum ini juga langsung tidak kelihat. Tidak hairanlah jika sebelum ini Nik Nazmi hanya mampu berucap di hadapan ribuan kerusi kosong ketika kongres sayap yang diketuainya.
7) Apa yang pasti, Pakatan Harapan tentu merindukan PAS, parti yang telah ditalakkan mereka. Bak kata Pesuruhjaya PAS Selangor, "itulah gambaran awal sokongan rakyat terhadap Pakatan. Sepatutnya semakin dekat dengan pilihan raya, mood untuk berhimpun lebih tinggi, namun saya boleh simpulkan hanya setakat itu sahaja kolaborasi yang boleh ditunjukkan rakyat terhadap Pakatan".
Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar / ADUN Sungai Panjang
16 Oktober 2017/10.15 pagi
0 comments:
Post a Comment