Thursday, September 29, 2011

Malaysia masih mampu menangani EKONOMI GLOBAL


Malaysia mampu mengharungi ketidaktentuan ekonomi global melalui pembinaan dan pengukuhan keupayaan domestik untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 . 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tidak kira situasi yang berlaku, paling utama negara mesti mempunyai persediaan yang cukup untuk menghadapi ketidaktentuan global. 

Menurut beliau, Program Transformasi Ekonomi (ETP), Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) dan Model Baru Ekonomi (MBE) adalah persediaan dan inisiatif-inisiatif Malaysia untuk menghadapi waktu-waktu mencabar.

''Malaysia tidak boleh menolak atau mengawal semua ketidaktentuan yang berlaku di dunia. ''Sebaliknya kita perlu melalui keadaan ketidaktentuan itu sebagai normal,'' katanya ketika menyampaikan ucaptama di Khazanah MegaTrends Forum 2011 di sini hari ini. 

Tegas beliau, persaingan negara bukan lagi di peringkat serantau lagi tetapi global. Nor Mohamed menambah, inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan itu diiktiraf kerana ia saling berhubung dengan dunia. ''Malaysia juga terdedah kepada ketidaktentuan yang cukup besar, sama ada kejadian letusan gunung berapi di Iceland atau krisis kewangan di Zon Eropah,'' katanya. 

Nor Mohamed berkata, situasi semasa yang berlaku di peringkat global sekarang seolah-olah mengulangi sejarah 1,500 tahun dahulu yang menyaksikan kebangkitan China dan India dalam ekonomi dunia. Tambahnya, ahli sejarah ekonomi, Angus Maddison telah mendapati sub benua India memberi sumbangan 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia dan 23 peratus lagi ialah China. 

 Manakala penguasaan Amerika Syarikat (AS) kepada KDNK dunia menghampiri sifar peratus. 

Jelasnya, situasi 'Supercycle' pada 500 tahun lalu telah menjadikan China, India dan ASEAN sebagai peneraju ekonomi global sekarang.

1 comments:

Unknown said...

Insya Allah Malaysia akan melepasi sebarang cabaran asalkan rakyatnya bersatu-padu & x terpengaruh dgn anasir yg cuba hancurkan kesejahteraan negara.

93.8% Waris Kg Bharu sokong Perbadanan Pembangunan Kg Bharu. baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails