APABILA Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Aziz Nik Mat kembali bercakap soal pelaksanaan hukum hudud, percayalah ia hanyalah kenyataan politik menjelang pilihan raya. Malah lebih daripada itu, Mursyidul Am Pas tersebut akan dilihat hendak mengalih perhatian rakyat terhadap isu tragedi Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Sebenarnya, kalau Pas benar-benar ikhlas hendak melaksanakan hukum hudud sudah pasti parti itu akan bermati-matian mempertahankan perjuangan negara Islam yang dipeloporinya.
Tetapi semua itu terkulai layu dalam muktamar tahunan parti tersebut baru-baru ini, apabila Pas menyatakan ingin memperjuangkan negara berkebajikan dan ia disusuli dengan pelancaran manifesto mengenainya minggu lalu.
Oleh itu, kita perlu bertanya kepada Nik Abdul Aziz, apakah pelaksanaan hukum hudud ini sudah mendapat restu Pas pusat atau ia sebagai ‘gula-gula’ Pas Kelantan untuk menghadapi pilihan raya?
Kalau benar Pas bersama-sama Nik Abdul Aziz mahu memperjuangkan hukum hudud dan negara Islam sudah pasti Pas tidak akan bersedia bekerjasama dengan DAP sejak awal lagi.
Pas sudah tahu pendirian konsisten DAP dalam soal berkenaan tetapi Pas bersedia bekerjasama dan seterusnya menggadaikan segala-galanya kerana Pas tidak mahu ketinggalan ‘kapal kekuasaan’ yang sedang diusahakan oleh pakatan pembangkang.
Jika tindakan ini tidak dilakukan, maka anggaplah sahaja apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanyalah sekadar sandiwara politik menjelang pilihan raya semata-mata dan ia akan sunyi kembali apabila pilihan raya berakhir.KLIK SINI
ARAB :Karpal singh sudah bersuara, "nik aziz ada lah seorang tua yang gila publisiti". apa komen puak puak yang menyokong PAS, tidak kah ini satu penghinaan kepada wali selipar tok guru,, padan muka hangpa semua..!!!
0 comments:
Post a Comment