Tuesday, September 20, 2011

Kenapa Anwar PANIK sangat..!!!!!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk menyelesaikan masalah moralnya terlebih dahulu sebelum beliau mahu bercakap isu-isu nasional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz.

“Dia perlu menyelesaikan masalah peribadi beliau terlebih dahulu, seperti kes liwat (terhadap Saiful) dan video seks (dengan jalang China Doll) sebelum Anwar boleh bercakap tentang isu-isu negara.

“Saya tidak fikir dia boleh dipercayai untuk mengendalikan isu-isu negara,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today (FMT)

Nazri mengulas kenyataan Anwar hari ini yang mendakwa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diganti dengan dua undang-undang lain yang lebih menindas daripada versi asal.

“Mengapa dia panik? Mengapa dia membuat kenyataan negatif tentang semua ini? Bagaimana dia boleh tahu undang-undang sebelum melihat draf?", soal Nazri.

Menurutnya semua undang-undang baru akan dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu. Rakyat akan menilai undang-undang itu akan lebih menindas atau sebaliknya

sumber dari mulutmelayu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails