Wednesday, September 28, 2011

Jantan Murahan

Yang berbaju batik itu ialah Baginda Minda, Timbalan Ketua Cabang PKR, Hulu Rajang, Sarawak. Beliau telah mendakwa pernah melakukan hubungan sulit dengan Ummi Hafilda. 

Ummi Hafilda pernah melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah atau lebih dikenali sebagai Baginda Minda... Baginda ni tak malu ke mengaku pernah mengadakan hubungan seks @ skandal dengan Ummi Halfida semasa di London sedangkan dia sudah beristeri...semuanya kerana duit... 

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali. 

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London. Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain. Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

sumber dari : Empayar Pemuda

0 comments:

Related Posts with Thumbnails