Friday, September 9, 2011

KALU UMNO BUAT...APA PUN TAK BOLEHH..!!!

Aku tak faham, mengapa kerajaan terlalu lembut dan terlalu baik sehingga perlu bersusah-payah mengatur pelbagai langkah-langkah perlu untuk membawa balik para pelajar Malaysia di Syria. Syria yang sedang bergolak, seharusnya tidak perlu ditempuhi oleh kerajaan Malaysia dengan membahayakan rakyat Malaysia yang lain. Untuk apa pelajar-pelajar tersebut dibawa keluar? Lagipun, kalau diselamatkan pun, ianya bukan jasa kerajaan sebaliknya kerajaan atau orang tertentu dalam kerajaan telah menyelewengkan duit berpuluhan juta dengan alasan untuk mengeluarkan pelajar-pelajar tersebut.

Itu yang berlaku sewaktu kerajaan mengambil keputusan mengeluarkan para pelajar Malaysia di Mesir. Bukan ucapan terima kasih, sebaliknya kerajaan dimaki hamun. Bahkan ada beberapa pihak dalam Pakatan Rakyat yang berkata, ada orang tertentu dalam kerajaan yang sengaja menjadikan projek mengeluarkan pelajar-pelajar dari Mesir sebab nak SEBAT duit!

Anifah Aman tidak memberitahu dari mana datangnya dana untuk mengeluarkan pelajar-pelajar tersebut, sebaliknya berkata, kerajaan akan menggunakan pelbagai sumber dana semata-mata untuk menyelamatkan nyawa pelajar-pelajar berkenaan.

Sepatutnya inilah masanya Pakatan Rakyat, terutama sekali PAS yang bercakap pandai, memberikan cadangan kepada kerajaan untuk menyelamatkan para pelajar tersebut. Lagipun dari semasa ke semasa, mereka cukup ringan mulut menyatakan, para pelajar Syria adalah penyokong kuat PAS.

Macam para pelajar di Mesir jugalah, masa negara tu tengah bergolak, siap ada yang nangis-nangis nak balik Malaysia. Yang mak bapak pula macam anak diorang dah kena kepung dengan pengganas komunis dan hampir maut ditembak... bila sampai kat Malaysia, bukan main peluk cium.

Tapi bila keadaan dah aman, inilah juga puak-puak yang bukan main lagi menyokong BERSIH 2.0 dan menghentam kerajaan yang telah menyelamatkan mereka daripada maut dibunuh.

Alasan kononnya, para pelajar Malaysia tidak diganggu oleh para penunjuk perasaan dan tentera-tentera Syria seperti yang dikatakan oleh wakil pelajar di Syria, seharusnya perlu diambil berat.

Aku syorkan, tak payahlah kerajaan buang duit dan buang masa nak selamatkan pelajar-pelajar di Syria itu. Suruhlah Pakatan Rakyat dan PAS untuk selamatkan diorang. Lagipun Pakatan Rakyat tidak pernah terbukti berkesan. Mereka hanya pandai mengutuk bila semua benda dah selesai. Masa belum buat, mereka akan duduk diam-diam macam pondan tak bertelur. Bila dah nampak benda tu macam dah nak selesai, diorang pun akan muncul macam ulat taik dan cuba membuktikan yang diorang lebih baik dari UMNO.

Alah, macam kisah Kelab Putera 1Malaysia jugalah di Somalia. Masa belum pergi, semua duduk diam jer. Takder sorang langsung. Bila dah nak balik dan kebetulan pula taqdir Allah Taala telah sampai ke atas Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, maka diorang pun mulalah bercakap besar. Malah dikatakan pula, kalau Unit Amal PAS yang pergi, tentu tidak ada kematian!!!

Semalam, Azeez Rahim dah tawarkan tempat untuk puak-puak cakap pandai ini menyertainya ke Somalia pada bulan Oktober nanti. Kita tengok, nama siapa yang didaftarkan. Tetapi sekarang, peluang cukup besar untuk puak-puak yang hanya cakap pandai bila semuanya dah selesai.... ambilalih tugas keluarkan pelajar-pelajar Malaysia dari Syria... jangan biarkan UMNO yang buat... nanti kata publisiti murahan pulak! 

sumber dari : parpukari.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails