Tuesday, March 22, 2011

Drama tajuk "KONSPIRASI" kebenaran dalam kepalsuan.

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.

Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

arab nak kata:, BERANI KERANA BENAR, anda harus menafikan itu bukan anda, segera lah buat laporan polis, jangan cuba mengalih perhatian rakyat dan terus meracuni fikiran rakyat, masalah ini harus diselesaikan oleh Dato Seri Anwar ...Pertama kita ada urusan DNA....Bila Anwar nak bagi sample DNA..?.

mengapa Pakatan rakyat begitu cepat menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman itu sedangkan tidak seorang pun pemimpin mereka telah menonton rakaman itu. Malah pemimpin umno dan barisan nasional sendiri pun tidak pernah mengeluarkan kenyataan orang yang dalam video tu adalah Anwar Ibrahim,

Kenapa rakyat dilibat kan dengan masalah Datuk Seri Anwar Ibrahim ?Ini bukan masalah pertuduhan..tetapi perbuatan..kenapa tak ada orang berani tuduh Nik Aziz...kerana tiada bukti seumpama itu kerana tiada perbuatan sebegitu rupa,

Apa sekalipun jangan kita alpa mengenai DNA Anwar yang seharusnya di berikan kepada pihak Mahkamah bagi menyelesaikan Kes Liwat nya.

JANGAN TAKUT  KALAU TIDAK BERSALAH.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails