Friday, April 30, 2010

EZAM: TIMBALAN MENTERI

Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri selepas mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara Isnin depan.

Sumber Umno mengatakan Ezam kemungkinan akan dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah porfolio Tan Sri Koh Tsu Koon dan akan bertanggungjawab mengenai NKRA dan KPI.

Lantikan sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu "habuan politik" setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.

Antara tugasan Ezam yang dianggap "berjaya" oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.

Ezam, 42, meletak jawatan sebagai Ketua AMK Pusat yang dipegang beiau sejak 1999 dan juga Ketua Cabang Shah Alam pada Februari 2007 dan keluar KEADILAN pada Jun berikutnya.

Beliau menyertai semula Umno pada 28 Mei 2008 dengan menyerahkan borang keahlian parti kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dijangka mendapat "hadiah politik" ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel ayang bakal dilantik sebagai Menteri. Palanivel yang merupakan pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terpaksa memberi laluan kepada calon MIC pilihan Umno, P Kalamanathan setelah mendapat bantahan dan pandangan negatif dari kalangan pimpinan Umno.

Dua lagi Senator baru selain Ezam dan Palanivel ialah Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara pada hari Isnin .
sumber dari ...mulutmelayu

Thursday, April 29, 2010

orang UMNO dah bayar income tax ke????



arab nak bertanya, ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua pemuda , ketua wanita, ketua puteri bahagian dan turun kebawah, berapa ramai dah telah membayar income tax???,

di fahamkan pendapatan negara datang nya dari situ. 85% hasil kutipan LHDN datang nya dari kaum cina,,, macamana tu !!!! UMNO kena terang kan kepada ahli ahli dan orang melayu ....jangan tau dok terpekik MELAYU TERPINGGIR, melayu kena berubah, melayu kena ada ilmu. 

JANGAN LUPA BAYAR INCOME TAX TAU!!!!!!

Komen Arab : adakah ini yg menyebabkan orang cina tidak pangkah BN ?????, saya tak bersalah, jangan tembak saya, saya hanya blogger !!!!

Shahrizat dukacita insiden remaja ditembak

KUALA LUMPUR, 28 April — Sambil melahirkan rasa dukacita dengan insiden remaja berusia 15 tahun ditembak mati oleh polis, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil  mahu penggunaan senjata api oleh pihak berkuasa atau pemilik persendirian mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar terbabit, berkata penggunaan senjata api oleh mana-mana pihak tidak kira penguatkuasa atau individu mestilah merupakan tindakan terakhir dan pada dasarnya adalah untuk melindungi dan menyelamatkan diri.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam insiden ini, cuma perkara yang paling penting ialah prinsip penggunaan dan penembakan itu mesti jelas dan nyata dan setiap individu sama ada anda sebahagian daripada pegawai penguatkuasa mesti tahu tugas dan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.

“Kita mesti menggunakannya dengan penuh tanggungjawab mengikut peraturan yang diperakui dan penggunaan senjata api untuk menembak sesiapapun mestilah menjadi satu tindakan terakhir,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Shahrizat turut meminta pihak berkuasa menentukan sesiapa jua yang diberi lesen atau permit senjata api mesti mengikut prosedur operasi standard kerana amanah dan kuasa yang diberi tidak boleh diambil mudah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden seorang remaja lelaki ditembak mati oleh polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri apabila dikejar polis.

“Kita tidak mahu negara kita menjadi satu negara di mana sesiapa jua merasakan mereka boleh “trigger happy”...sebab risiko dan implikasinya sangat tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Shahrizat menyambut baik panel yang akan diwujudkan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menyiasat insiden itu dan berharap siasatan dibuat secepat mungkin.

Beliau mencadangkan supaya seorang pegawai kebajikan masyarakat menjadi ahli dalam panel itu bagi membolehkan maklumat mengenai latar belakang mangsa diperoleh. — Bernama

Arab nak kata: serahkan kes ini kepada polis untuk siasatan,

Palanivel Dan Ezam Antara Empat Senator Baru Angkat Sumpah Pada Isnin

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor adalah antara empat senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.
Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu.

"Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas," kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BERNAMA

ARAB BERKATA: PM kita memang bijak. memang bijak, dia letak ezam dalam parlimen supaya anwar pulak akan tergagap gagap dalam parlimen, kalu berani bersuara lah , ezam dok tunggu je nak smash,

Tuesday, April 27, 2010

RM 176 JUTA WANG RAKYAT Selangor DIBAZIRKAN !!!


BERIKUT IALAH PERBELANJAAN & PEMBAZIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

• SEWA STADIUM RM 3000.00 X 15 HARI
• SEWA KHEMAH SELURUH HULU SELANGOR 376 BUAH X RM 600.00(SEBUAH)
• KATERING KESELURUHAN PERJALANAN KEMPEN RM480,000.00( 40 RIBU TETAMU)SEPANJANG KEMPEN
• TURAP JALAN KESELURUHAN 15.7 KM TOTAL 23.4 JUTA
• TAMPAL JALAN TOTAL RM786,553.00
• ELAUN PEGAWAI KERAJAAN NEGERI DAN ADUN PR DAN EXCO SATU KEPALA 10 HARI RM850.00 X 176 PEGAWAI,ADUN PR, EXCO.
• BELI BERAS 1KG RM2.30 X 10 TAN
• SUMBANGAN WARGA EMAS RM 500 X 7653 ORANG
• SUMBANGAN BUKAN WARGA EMAS RM 100X 16,347 ORANG
• BANNER KERAJAAN NEGERI RM 230.00 X 3500 PCS
• BILLBOARD KERAJAAN NEGERI SIAP PASANG SATU BUAH RM 2000.00 X 250 BUAH
• DAN BEBERAPA PERBELANJAAN YANG LAIN...

TOTAL SATU KEPALA MENGIKUT UNDI YANG PR DAPAT SEKITAR 23 RIBU IALAH RM76,251.00 SATU KEPALA.

*sumber perbendaharaan kerajaan negeri Selangor

sumber dari : SuaraDemokrasi

Arab berkata: kalu macam nie lah duit rakyat dibelanjakan, kalu ada lagi 10 PRK kat selongor alamat nak bankrup lah

DAP gembira, MCA dan GERAKAN main wayang cina.


Majoriti rendah atau apa sekalipun yang dIhamburkankan kepada BN oleh penyokong serta pemimpin pembangkang Malaysia, PKR dan Pakatan Rakyat tetap kalah di P94 Hulu Selangor.

Anwar Ibrahim tetap gagal didalam menghasut rakyat dengan isu APCO/Israel supaya benci kepada pihak kerajaan.

Wali ulung Pas iaitu Nik Aziz juga gagal didalam usaha menabur tiket sorga di Hulu Selangor malah si tua nyanyuk ini mungkin menjerut lehernya sendiri didalam isu "gedebe"nya terhadap Sultan.

Zaid Ibrahim juga bukan sahaja "ditelanjangkan" oleh pejuang maya pro kerajaan sejak dari awal hari penamaan calon, tetapi Zaid telah "dilucutkan" segala kredibilitinya hinggakan dia dilihat langsung tak setanding dengan calon BN di Hulu Selangor.

Tetapi, yang sebenarnya berjaya dan tersenyum lebar di P94 ialah apek kiasu Lim Kit Siang dan anaknya im Guan Eng.

85% masyarakat cina P94 yang mengundi calon PKR ialah kerana sentimen perkauman dan juga sentimen perlunya pemimpin cina menguasai teraju negara oleh DAP. klik sini: pusakaayahda

aku lihat ini amat lah mengerunkan, kerana aku pernah bercakap pada tahun 2000 iaitu kita takut sebenarnya kepada undi cina, sebab itu lah apa saja mereka tuntut kita ikut, pemimpin pemimpin melayu tidak boleh nak berkata apa apa lagi.

DAP telah ada kuasa politik, kaum cina telah bersatu, mereka mengharapkan DAP lah yang akan berjuang untuk bangsa mereka, bila bercakap soal MCA. GERAKAN dan parti komponen kaum cina, mereka ini hanya main wayang saja didalam BN, ini lah namanya politik, mereka bijak dan pandai, berniaga mesti mau untung maaaaaa!!!! 


Komen Arab : MELAYU HARUS BERUBAH, PERKASA HARUS MENDIDIK ORANG MELAYU MENCARI ILMU,

Monday, April 26, 2010

Betapa bijak nya mereka berpolitik....

ramai nya yang datang ke majlis program BN, tapi mereka tidak memilih BN, persoalannya kenapa???
Setiap kali PRK di adakan mereka ini lah mendapat banyak keuntungan, mereka ini juga memang pandai berniaga, semua mau untung maaaaaa!!! maka kerajaan BN telah berjuta2 ringgit tabur kepada mereka ini, kononnya mereka juga tidak terpinggir, BN mengamalkan sikap tolenrasi yang amat baik,

di bukit gantang, permatang pasir, permatang pauh  keadaan sama berlaku,  keadaan  ini berulang lagi di Hulu Selangor, Barisan Nasional dan kepimpinan utamanya telah dipermain-mainkan oleh pengundi berbangsa Cina, terbukti benar. bila hari mengundi...mereka tidak mengundi BN,  bijak sungguh mereka membuat perniagaan,,

Barisan Nasional dan UMNO tertipu dengan janji manis mereka,  Sekolah-sekolah aliran Cina dijanjikan berjuta-juta ringgit, mesin dialisis, bantuan itu ini dan sebagainya berjaya dibawa turun untuk mereka. Namun hakikatnya, Barisan Nasional bukan lagi pilihan kaum Cina. Fokus utama mereka adalah untuk melihat kerajaan terdesak dan tertekan kerana itu lebih menguntungkan.
aku sudah masak ngan permainan ini, tapi siapa lah aku nak bersuara??? tapi sampai bila kita nak kena tipu, betol lah bapak aku pernah berkata. kita nie orang melayu hanya berani pukul org melayu . semasa bapak aku mengeluarkan kenyataan ini aku tak faham apa yang di maksud kan dia, sekarang aku dah faham, 
bak kata perpatah. beruk makyeh di hutan di beri susu, anak di rumah mati kelaparan,  

aku racist ke nie!!!! aku nak jawab memang aku racist.,

Kalu Menang di kata kan ,,"RAKYAT BIJAK" Kalu kalah apa pulak dia nak kata.???

“Apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya ketika berucap dihadapan 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini.
Beliau mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan penipuan dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung., 

antara kata kata zaid kaki botol, itu ulasan dia KLIK sini: mstar, 

ini lah sikap pemimpin pembangkang bila menang berbagai cara mereka akan katakan, tapi bila dah kalah macam macam alasan dia bagi, tidak kah ini di namakan haram jadah....!!!! opssss!!! memang pun !!!!


Sunday, April 25, 2010

P:94 : BN Menang ,

Update Rasmi :
BN 24997
PKR 23272
BN menang majoriti 1725


Diberitakan Zaid Ibrahim dan pimpinan pakatan turut sama beredar keluar dari Hulu Selangor kerana sudah mengetahui keputusan tak rasmi PKR kalah teruk.

klik sini: Pisau.net

ARAB BERKATA: TAHNIAH BN, INI YANG DIKATAKAN BUKU BERTEMU NGAN RUAS.

ZAID IBRAHIM: NAK LARI DAH....HEHEHEHEHHEEH

ni maklumat baru diterima:-

Hj. Zaid Ibrahim bersama rombongan PKR sudah pack baju melayu dan songkok untuk pulang ke Tropicana. Hj. Zaid Ibrahim dah ready menerima kekalahan sulung PKR untuk tahun ini. Tadi pun sudah kelihatan Khalid Ibrahim sudah bersalaman dengan jentera BN seolah-olah sudah bau kekalahan di Hulu Selangor.

Difahami, Hj. Zaid sudah menelefon sahabat-sahabatnya mengajak kerumah untuk minum bersama-sama. Aku tidak bersangka buruk mungkin air sejuk saja sebagai hidangan kekalahan.

Dia sudah bertaubat...

Keputusan tidak rasmi, BN menang di Ladang 15 dengan 118 majoriti.

6.35PM - Diberitakan Anwar Ibrahim tak puas hati pasal undi pos. Dia berhujah katanya PKR selalu mementingkan keselamatan. Pasal tu dia sayang Polis dan agensi kerajaan lain. Mungkin dia fikir depa semua boleh bagi undi kat PKR. Temgoklah betapa sayangnya Anwar membela S.Kugan dan tak pernah salahkan Polis.

Undi Pos - BN solid

Kg. Cina - PKR 488 BN 188

Ikutkan ketika ini BN lead dengan majority 500 undi

Sumber dari : garamanis

SIKAP PEMBANGKANG TERSERLAH DI HULU SELANGOR


KUALA KUBU BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan sikap pihak pembangkang yang mengingkari larangan supaya tidak mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan merobohkan barung panas berkenaan kerana melanggari Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Nampaknya parti pembangkang masih lagi tidak mengikut arahan, masih lagi mendirikan barung panas.
"Mereka tidak mengikut disiplin, kita akan ambil tindakan segera dengan merobohkannya," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khing Ming di sini sebentar tadi.
Sejak awal pagi tadi, penyokong pembangkang mendirikan barung panas sebagai kaunter semakan pengundi di luar kawasan pusat mengundi berkenaan dengan jarak kurang 100 meter.
Penyokong pembangkang juga masih lagi meraih undi dengan memegang bendera parti dan poster calon pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.
Selain itu Abdul Aziz berkata, beliau juga menerima beberapa laporan berhubung kesalahan berkenaan yang dilakukan pembangkang di beberapa pusat mengundi lain.
"Saya ada menerima laporan di tempat lain pun ada, ada yang sudah kita robohkan semalam.
"Tapi semuanya dilakukan pihak pembangkang, tak ada satu pun daripada pihak BN," katanya.
Bagaimanapun beliau bimbang, perbuatan pembangkang itu akan mengundang tindakan penyokong BN mengikut perkara yang sama bagi menunjukkan kekuatan mereka.
"Sekarang ini BN tak ada lagi, tapi kita bimbang lepas ini ada pula sebab nak berlawan (dengan pembangkang)," katanya. (MSTAR)


ARAB NAK KATA: pembangkang dah takut lah tu, depa buat semua OK....kalu kita buat nnt dikatakan UMNO-BN bodoh.

Saturday, April 24, 2010

NIK AJIS: UMNO Bodoh Kerana Serang Peribadi

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan naib presiden PKR Azmin Ali.

sumber dari : http://taipingmali.blogspot.com/2010/04/umno-bodoh-kerana-serang-peribadi-pas.html 


arab nak berkata : MASIH KAH DIA INGAT LAGI PADA PRK PERMATANG PASIR, BAGAIMANA CALON BN SAUDARA ROHAIZAT DI SERANG,.....PAS PANDAI KE TU...!!!


TAKTIK YANG PALING KOTOR DALAM PILIHANRAYA

Kain rentang dakwa debat perdana Najib-Anwar

Dengan tinggal hanya satu hari saja lagi untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, beberapa kain rentang dipasang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyertai debat perdana di Kuala Kubu Baru esok.

Kain rentang tersebut yang dipasang di sekitar Kuala Kubu Baru, menjemput orang ramai menghadiri debat perdana antara Najib dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Kuala Kubu Baru pada pukul 9 malam esok.

Ia menyatakan isu berkenaan Apco, Israel dan keselamatan negara akan dibincangkan pada debat itu.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri ketika dihubungi menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sebaliknya, Najib yang turun padang hari ini dan esok untuk membantu calon BN P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil itu, akan menghadiri Grand Finale 1Malaysia di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung pada masa yang sama.

Program Najib di Hulu Selangor bermula dengan Sarapan 1Malaysia di Padang Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang pada jam 9 pagi, diikuti tinjauan mesra di Kampung Baru Cina di Kuala Kubu Baru (10.45 pagi), Kampung Baru Rasa, Kampung Bukit Rasa, Kampung Baru Kalumpang dan Hulu Bernam.- Bernama
arab berkata ; dah tak ada modal lah tu..taktik yang paling desperado oleh anuar ibrahim dan kuncu kuncu

HULU SELANGOR P94: Senarai 'ORANG JAHAT' PKR

Tiap kali ada pemimpin keluar dari PKR, mereka terus dilabelkan sebagai jahat dan beban kepada parti dan parti lega kerana mereka keluar...bunyi macam sembelit pulak lah lega bila dah keluar ni...orang putih kata sour grapes... orang Melayu kata melepas...

terima kasih kepada Jebat Must Die kerana menghasilkan senarai 'orang jahat' PKR...

Terima kasih daun keladi juga kepada Shamsul My Anger yang menggambarkan bagaimana rupanya parti PKR yang telah habis lega kerana semua 'orang jahat' dah keluar melalui posting dari masa depan yang begitu mencuit...

senarai yang dihasilkan oleh JMD adalah seperti berikut... dari Timbalan PResiden hinggalah timbalan ketua cawangan dan keluar tinggalkan PKR, 37 orang semuanya......ahli biasa tak payah cerita lah, beribu dah keluar...

  1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)
  2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)
  3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)
  4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)
  5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
  6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)
  7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)
  8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)
  9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)
  10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
  11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR))
  12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
  13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)
  14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)
  15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)
  16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)
  17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)
  18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
  19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
  20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
  21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
  22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
  23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
  24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
  25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
  26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
  27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
  28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
  29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
  30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
  31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
  32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
  33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
  34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
  35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
  36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
  37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
sumber rujukan: http://kitaanakmelayu.blogspot.com/

arab nak bersuara,

APA BEZANYA MEREKA INI DENGAN KOMUNIS CHIN PENG......!!!!! ARAB TINGGALKAN SOALAN INI KEPADA PEMBACA UNTUK MENILAI...

Friday, April 23, 2010

Anwar tertekan di Hulu Selangor....

 Malaysiakini melaporkan kajian Ilham Center menunjukkan BN akan menang di Hulu Selangor

Suasana di Hulu Selangor menampakkan suasana yang tidak menentu. Adakala nampak seakan BN akan menang cukup besar. Ramai wartawan yang duduk bersama penulis di Kuala Kubu petang semalam membayangkan bahawa BN akan menang besar di semua peti undi; termasuk yang bermajoritikan pengundi Cina dan Melayu. Kehadiran PM semalam. Kehadiran Tun Mahathir juga memberikan kesan yang bukan sedikit. Untuk orang Cina, mereka merindui kelibat Tun Mahathir yang mereka anggap seorang pemimpin yang luar biasa. Kehadiran Tun M memberikan banyak makna, bukan sahaja kepada calon, tetapi kepada semua petugas jentera.

Anwar semalam memang nampak tertekan. Sudahlah di Parlimen - Anwar kena terus diserang dengan kes APCO. Keluar dari Parlimen, bila Zaid merengek pasal jentera PKR yang tidak bergerak di HS, Anwar jadi semakin tertekan. Anwar tahu, Azmin sudah buat hal. Anwar tahu Azmin sudah arahkan orang supaya tidak membantu - tapi soalnya ini masa depan parti. Anwar sudah hampir hilang sabar. Tapi difikirkan balik, di Parlimen - Azminlah antara orang yang paling bersungguh mempertahan Anwar. Cakap lah apapun, Azmin tetap akan mempertahan Anwar.

Jadinya, Anwar sudah semakin tersepit dengan usaha memastikan kemenangan Zaid; dan mempertahan persahabatan lama dengan Azmin.

Dalam mesyuarat strategik pukul 1.30 pagi di rumah Anwar semalam - Azmin tidak hadir lagi. Semua orang lain hadir - kecuali Azmin. Anwar sudah hilang sabar dan mengarahkan usaha pengambilalihan sementara jentera oleh Nasharuddin (Ketua Cabang Hulu Selangor). Nasharuddin tolak dengan baik - mengatakan bahawa dia tidak mampu nak 'pump' duit kepada jentera. Dia tidak ada kemampuan. Anwar jerkah, 'DUIT KITA BOLEH CARI. U KETUA CABANG...KENA ADA TANGGUNGJAWAB'. Nasharuddin diam. Sambil tangan Nash mencari nama Azmin untuk dimaklumkan dengan keputusan tersebut.

Antara agenda lain yang diperkatakan semalam - penglibatan PAS yang suam kuku di HS. Anwar faham, dan telahpun bercakap dengan Hatta dan Mahfuz. PAS Selangor akan hantar 700 orang selepas Jumaat. Melakukan konsentrasi di peti undi Melayu dan kawasan FELDA.

Anwar tidak ada pilihan; mesyuarat semalam menggambarkan keperluan membawa turun 'guni duit' dengan seberapa segera. Ini soal jentera yang semakin letih kerana tidak ada pelincir. Anwar mula resah memikirkan untuk mencari dana. MB Khalid menjanjikan beberapa guni pagi ini. Insya'Allah sampai dan boleh membantu jentera sehingga esok.'

Bagaimana dengan persediaan 'last minute' serangan BN. Ini termasuk menawarkan wang terus kepada pengundi melalui Ketua-Ketua Peti Undi. Anwar faham bab itu - 'I WAS IN UMNO BEFORE...JANGAN REMIND SAYA TENTANG STRATEGI BODOH MEREKA'. Anwar menempelak salah seorang ahli mesyuarat.

Setelah teruk kena serang di Parlimen; Anwar tak boleh nak terima dengan cerita cerita bodoh yang merosakkan parti. Panas dan melenting jadinya.

Anwar cukup 'tertekan' sekarang....walaupun selalunya, dia dalam keadaan 'menekan'. Tak percaya? Tanya Saiful Bukhari.

sumber dari : gelagat anwar

Kenapa Pengundi Melayu KENA PANGKAH BN?

 
  1. Menghormati konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN)
  2. Menghargai janji Perdana Menteri yang akan meletakkan anak tempatan sebagai calon PRK P.094 Hulu Selangor. Terbukti PM memahami denyut nadi rakyat di Hulu Selangor.
  3. Tun Dr. Mahathir Mohamad, “dalam pilihanraya, kita perlu mengundi dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional tanpa mengira siapa calonnya”.
  4. Sumbangan dan peranan BN dalam konteks membela nasib rakyat, terutamanya membela dan meningkatkan taraf ekonomi orang melayu.
  5. Jasa BN yang membuka FELDA melalui DEB yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.
  6. Tanda syukur dan mengenang jasa BN yang telah membuka nikmat kehidupan kepada masyarakat FELDA khususnya orang-orang Melayu.
  7. Menghayati semangat Gagasan 1Malaysia, melalui KONSEP PENERIMAAN, iaitu menerima kenyataan kehidupan dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk.
sumber rujukan : http://ohpolitik.blogspot.com/

Thursday, April 22, 2010

AS KATA ANWAR TALAM DUA MUKA


BUKIT BERUNTUNG: Datuk Seri Najib Razak berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terdesak apabila rakannya di Amerika Syarikat (AS) mula sedar beliau adalah pemimpin talam dua muka.

Perdana Menteri berkata, kenyataan Anwar berhubung isu Apco menyedarkan mereka yang Anwar tidak berpegang kepada prinsip sebaliknya hanya mengutamakan keuntungan politik.

"Dia (Anwar) ini suka perlekeh AS maka dia ditempelak balik sebab kawan-kawan dia lihat dia pemimpin talam dua muka. Kerana selama ini banyak pemimpin AS termasuk yang keturunan Yahudi menjadi kawan baik dia. "Tetapi sekarang ini dia bawa balik cerita Apco ada kaitan Yahudi. Jadi mereka kata, apa pulak nak jadikan ini isu, ini tidak benar sama sekali, maka dia (Anwar) dah rugi di AS.

"Kenapa? Boleh jadi nak sangat menang di Hulu Selangor. Kerana nak menang, dia cakap apa yang orang sini boleh terima untuk dapat keuntungan politik walaupun rugi di sana (AS).

"Ini jelas terbukti sekali lagi mainan politiknya. Bukan soal prinsip," katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Naib-naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas dan calon BN, P Kamalanathan

sumber dari: http://pakmie.blogspot.com/

Wednesday, April 21, 2010

Zaid Ditempelak Kaki Minum Ketika Berkempen!



Kejadian di dalam bangunan persatuan Cina ini berlaku begitu cepat dan tanpa dijangka. Lelaki Cina separuh umur yang berdiri disebelah kiri telah menempelak Zaid dengan kata2

"Latuk lu manyak kuat minum...semua paper alak cakap....sikalang lu tak boleh minum lagi arrr...Lain kali mali sini boleh minum sama saya (sambil menunjuk kearah botol Tiger Beer diatas meja)".

Zaid jelas terkejut dan tidak senang dengan kata2 tersebut terus pusing dan beredar dari meja tanpa membalas. Tian Chua pula cepat2 mengambil langkah "damage control".
 
sumber dari : http://satulimatiga.blogspot.com

PANDANGAN ZAID TENTANG MURTAD

 Penggunaan kuasa dan paksaan tidak akan dapat menyelesaikan isu-isu agama, kata Zaid Ibrahim satu masa dahulu, semasa masih wakil rakyat mewakili Kota Bharu.

"Kuasa, kekerasan dan paksaan tidak selesaikan apa-apa ... Anda boleh letakkan mereka (yang murtad) dalam penjara. Tetapi perkara berkaitan kepercayaan dan akidah, bagaimana mengubahnya?" tanya Zaid dalam sebuah forum anjuran Suhakam, sempena Hari Hak Asasi Manusia Malaysia.

Zaid yang merupakan penceramah dalam forum Article 11 mengenai hak perlembagaan pernah berkata bahwa dia cukup bimbang terhadap perkembangan mutakhir mengenai isu-isu agama dalam negara.

Dalam ceramahnya bertajuk "Freedom of Religion and the Federal Constitution" (Kebebasan beragama dan Perlembagaan Persekutuan), dia menempelak sesetengah pihak, termasuk beberapa peguam Muslim, yang mendakwa Islam sedang diancam.

Zaid pernah berkata bahawa "Islam tidak terancam. Otak anda yang mereng yang terancam,".

Memberi dua contoh kes mahkamah berprofil tinggi – kes Lina Joy dan S. Shamala - Zaid, yang juga seorang peguam berkata, kes-kes tersebut patut dianggap sebagai situasi perundangan sahaja.

"Kita tidak boleh bercakap mengenainya kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan Islam lagi, jadi Tuhan akan pasti hukum dia?

"Tetapi adakah kita mahu main peranan Tuhan pula? Bagaimana anda tahu Tuhan tidak akan maafkannya? Bagaimana anda tahu?" dia bertanya.

"Saya fikir dia hanya mahu dapatkan kad pengenalannya ditukarkan. Jadi, biarlah mahkamah yang tentukan. Tidak perlu mengatakan Islam sedang diancam," kata Zaid.

Lina Joy, seorang Muslim yang murtad kepada Kristian, telah merayu dikeluarkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya, mencetuskan perbahasan mengenai kebebasan beragama di negara ini.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang telah menghadiri perbicaraan bagi pihak Majlis Peguam dalam kes Lina, pernah menerima ugutan mati kerana menyuarakan pandangannya dari segi undang-undang mengenai isu berkaitan.

Menurut Zaid, dalam ajaran Islam, jika seseorang terpesong dari jalan yang lurus, lebih belas kasihan dan persefahaman patut diberikan kepadanya.

"Kita patut merasa cukup yakin. Tidak perlu bimbang. Mahkamah sivil bukan musuh kita. Sistem kehakiman kita menegakkan undang-undang negara ini."

Zaid berkata, kerajaan wajar menjelaskan isu-isu agama kepada orang awam bagi mengelakkan ketegangan yang tidak diperlukan.

Dia juga menuduh ketegangan wujud disebabkan ada ahli-ahli politik yang menggunakan agama untuk mendapat kelebihan politik.

"Tiada (ahli politik) yang mahu menerangkan isu berkaitan agama kerana terdapat risiko politik di situ ... Memang mudah untuk mendapat sokongan dan pengiktirafan apabila anda membangkitkan isu-isu agama dan kaum."

Zaid pada masa ini sedang berhadapan dengan PRK Hulu Selangor mewakili PKR. Banyak blog menulis mengenai latar belakang Zaid, terutama kegemarannya kepada kuda dan minuman keras. Zaid tidak menafikan itu semua, malah mengakuinya, dan konon pada masa ini telahpun meninggalkan kegemarannya itu.

Apa kah serangan pribadi kepada Zaid akan mempengaruhi pola pengundian di Hulu Selangor? Pada PRK Pematang Pauh, isu liwat dan angkat sumpah Saiful tidakpun mempengaruhi pola pengundian masa itu.

Sekiranya para pengundi Hulu Selangor mahu diwakili BN, apapun isu yang akan di bawa tidak akan mempengaruhi pola pengundian, demikian juga jika para pengundi di situ masih mahu mengekalkan PKR, apapun serangan pribadi kepada Zaid, tidak akan mengubah pola pengundian. Namun ini, hanya pandangan.. sama-sama kita tunggu keputusan pada 25 April ini.

Namun pandangan Zaid mengenai islam perlu diberi perhatian, kerana pola berfikir begini boleh merosakkan kefahaman penganut islam negara ini.KLIK SINI UNTUK LAGI KISAH PAKATAN PEROSAK !
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Sunday, April 18, 2010

Penyokong Pas mencemarkan imej Masjid di P94.



Lihatlah sendiri keganasan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat terutamanya dari parti Pas.

Mereka-mereka ini menjadikan Masjid sebagai markas dan juga kubu mereka sambil membaling batu-batu sebesar penumbuk orang dewasa kepada penyokong Barisan Nasional yang ada di luar kawasan masjid.

Pihak polis terpaksa merempuh masuk kedalam masjid bagi menghalang puak-puak ini dari terus melakukan keganasan.

Inilah ajaran yang diamalkan oleh penganut-penganut agama Pas. Masjid diperlakukan sesuka hati mereka tanpa langsung diperdulikan kesucian institusi agama tersebut.

Pengundi-pengundi di Hulu Selangor harus membuka mata dan sedar tentang perangai tak bertamaddun puak-puak Pakatan Rakyat ini.

Tolak mereka di Hulu Selangor sebelum mereka semua menjahanamkan negara dengan mentaliti primitif setaraf dengan masyarakat di zaman pra-sejarah mereka.

sumber dari:http://pusakaayahnda.blogspot.com/2010/04/penyokong-pas-mencemarkan-imej-masjid.html

komen aku,

aku nak mulakan ngan ayat Al-Quran, supaya mereka tahu apa yang mereka buat....

9:107. Dan orang-orang yang mengambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak menghendaki sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta.
(masjid diguna untuk perpecahan)

ini lah sikap puak puak yang memperjuangkan ISLAM....

depa dah lah baling batu kat penyokong BN....bila kita pulak membalas serangan mereka, di tambah pulak pihak FRU dan polis mengejar mereka....terjerit jerit mereka ngan laungan ALLAH MAHA BESAR,

Allah itu tidak kejam...ada kah ngan laungan Allah tu...Allah akan menolong ngan orang macam nie...!!! mereka membuat main main ngan nama Allah,

42:42. Jalan hanyalah terhadap orang-orang yang menzalimkan manusia, dan mereka angkuh di bumi dengan cara yang salah; bagi mereka, azab yang pedih.

49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

61:7. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka Islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.

Bencana Alam

 kemurkaan dari langit

 Manusia membuat kerosakan di darat dan di laut. Mereka terima keburukan daripada usaha tangan-tangan mereka sendiri dengan terpaksa. Banjir kilat, tanah runtuh, kekurangan hasil dari sungai, laut dan pantai, dan jerebu adalah beberapa contoh yang dialami di negara ini, dan satu contoh dari luar negeri ialah kemusnahan akibat letupan bom dan tembakan daripada pelbagai senjata tentera.
Keburukan dirasakan-Nya agar manusia menyedari apa yang mereka lakukan dan supaya mereka kembali. Firman Tuhan,
"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)
Kerosakan yang dilakukan oleh manusia memang ketara. Seburuk itu atau lebih adalah kerosakan akibat bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa manusia dan kemusnahan puluhan ribu tempat tinggal dalam beberapa minit sahaja.
Manusia akan semadikan bencana seperti itu dalam sejarah dan ingatan mereka. Dan juga Allah, yang telah pun semadikan kejadian bencana-Nya di dalam al-Kitab serta memanggilnya pula kemurkaan dari langit.
Kemurkaan dibangkitkan atas beberapa sebab. Antaranya ialah sifat zalim dan fasiq, atau tidak mempedulikan perintah Tuhan, yang diamal oleh manusia. Contoh, menukar kata-kata-Nya sehingga menjadi bukan yang dikatakan-Nya. Firman Allah,
"Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami menurunkan kepada orang-orang yang membuat kezaliman kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka." (2:59)
Atau, melakukan sesuatu yang sumbang yang melanggar perintah-Nya. Firman Allah,
"Kami akan menurunkan kepada penduduk bandar raya ini kemurkaan dari langit kerana mereka berbuat kefasiqan." (29:34)
Bandar raya tersebut adalah tempat Nabi Lut tinggal. Penduduknya mengamalkan homosekual dan amalan itu dilakukan dengan meluas dan terbuka. Tiada manusia sebelum mereka telah mempunyai keinginan hawa nafsu seperti itu.
Mereka berdosa, lalu diberi amaran. Setelah amaran Alalh tidak dipedulikan, maka datanglah kemurkaan dari langit yang menghapuskan mereka sama sekali, kecuali sedikit yang percaya bersama Lut.
Bandar raya diterbalikkan-Nya, untuk melenyapkan mereka, setelah Teriakan dan angin ribut yang mengandungi batu-batu yang dibakar menghujani mereka bertubi-tubi.
Bencana tersebut dirakamkan di dalam al-Qur'an seperti yang berbunyi,
"Dan Teriakan mengambil mereka pada waktu matahari terbit," (15:73). 
"Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa." (7:84) 
"adalah buruk hujan orang-orang yang diberi amaran." (26:173)
"Kami mengutuskan kepada mereka angin ribut yang mengandungi batu," (54:34) dan,
"Maka apabila perintah Kami datang, Kami menterbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar, bertubi-tubi," (11:82). 
Teriakan atau bunyi yang keras itu mungkin datang dari sebuah gunung berapi yang meletup, serta memuntahkan batu-batu yang terbakar. 
Teriakan serupa itu telah juga didengar oleh kaum Nabi Shuaib, iaitu Madyan, yang hidup sebelum zaman Nabi Lut. Tetapi bagi Madyan bunyi itu datang dari gempa bumi yang menghapuskan mereka.  
Kaum Shuaib zalim, suka menipu sukatan dan timbangan, dan duduk di setiap jalan, untuk mengancam, menghalangi orang-orang yang percaya daripada jalan Allah, menginginkan jalan itu menjadi bengkok, dan mendustakannya. Peranan utama dalam penolakan terhadap seruan Shuaib telah dimainkan oleh pembesar-pembesar kaumnya yang bersifat sombong. 
Lantaran itu, mereka dihina dan dihapuskan Allah dengan bencana Teriakan dan gempa bumi. Al-Qur'an menjelaskan,
"Dan apabila perintah Kami datang, Kami menyelamatkan Shuaib dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan orang-orang yang membuat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi mendapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak." (11:94)
"Tetapi mereka mendustakan dia; maka gempa bumi mengambil mereka, dan pagi mendapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak." (29:37).
Lama sebelum Madyan dihapuskan, kaum Tsamud telah dihapuskan juga. Nabinya Salleh. Tsamud adalah kaum yang makmur lagi mahir kerana mampu membina rumah-rumah mereka dengan memahat gunung. 
Tsamud telah didatangkan seekor unta betina sebagai bukti yang jelas daripada Allah dan sebagai satu ujian (7:73 dan 54:27). Akan tetapi, pembesar-pembesarnya telah menyombongkan diri, dan menganggap orang-orang yang percaya sebagai hina.
Mereka mencederakan unta tersebut kerana tidak percaya kepada apa yang dibawa oleh Nabi Salleh, memandang rendah kepada perintah Tuhan, dan mereka lebih menyukai kebutaan daripada petunjuk. 
Azab yang menamatkan riwayat mereka adalah Teriakan, gempa bumi, dan halilintar. Ayat-ayat di bawah menjelaskannya:
"Dan orang-orang yang membuat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi mendapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak, seolah-olah mereka tidak tinggal di dalamnya. 'Sesungguhnya Tsamud tidak percaya kepada Pemelihara mereka, maka nyahlah Tsamud!'" (11:67-68)
"Kami mengutuskan kepada mereka satu Teriakan, dan jadilah mereka seperti sasak pembuat kandang binatang ternakan." (54:31)
"Lalu gempa bumi mengambil mereka. Pagi, mendapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak." (7:78). 
"Bagi Tsamud, Kami memberi mereka petunjuk, tetapi mereka lebih menyukai kebutaan daripada petunjuk, maka halilintar daripada azab yang menghinakan mengambil mereka kerana apa yang mereka mengusahakan." (41:17) dan,
"Kemudian mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan halilintar mengambil mereka, dan mereka sendiri memerhatikan, dan mereka tidak boleh berdiri, dan tidak ditolong." (51:44-45)
Nabi Hud telah memberi amaran kepada kaumnya, Ad, di tepi sebuah bukit pasir, beberapa generasi sebelum kaum Tsamud dihapuskan dari muka bumi. Kaumnya mendustakan ayat-ayat Tuhan serta menyekutukan-Nya, kerana mengikuti perintah setiap penguasa yang degil dan menyombongkan diri. Mereka menyangka mereka kuat.
Kerana dosa tersebut Ad ditimpa azab angin yang sangat bising, sangat kencang, yang meniup selama lapan hari dan tujuh malam. Mereka juga disambar oleh halilintar. Ayat berikut mengisahkan angin yang sangat bising:
"Kemudian Kami mengutus kepada mereka angin yang sangat bising pada hari-hari yang malang, supaya Kami merasakan kepada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih rendah lagi, dan mereka tidak ditolong." (41:16)
Angin yang sangat bising itu "meregut manusia seakan-akan mereka tunggul-tunggul batang palma yang membantun" (54:19-20).
Ketika ia datang mereka nampak seperti awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, lalu mereka berkata, "Inilah awan yang akan memberi kami hujan!" Tidak, tetapi ia adalah "angin yang di dalamnya azab yang pedih, membinasakan segala sesuatu dengan perintah Pemeliharanya. Pada waktu pagi, tiada yang dapat dilihat melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Begitulah Kami membalas kaum yang berdosa." (46:24-25)
Penjelasan mengenai pemusnahan Ad diteruskan:
"Dan pada Ad, apabila Kami mengutus kepada mereka angin yang membinasakan, yang tidak meninggalkan sesuatu apabila ia datang kepadanya, tetapi membuatnya seperti benda yang reput." (51:41-42)
"Dan bagi Ad, mereka dimusnahkan dengan angin yang sangat bising, yang sangat kencang. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu melihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh." (69:6-7) dan,
"Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, 'Aku memberi amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud.'" (41:13)
Dengan angin yang begitu dahsyat dan sambaran halilintar maka musnahlah kaum Ad.
Kaum yang tertua dicontohkan di sini ialah kaum Nabi Nuh. Seperti Nabi-Nabi lain, Nuh menyampaikan kepada kaumnya mesej-mesej Allah tetapi pembesar-pembesar mendustakannya. Mereka mengeji Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya. Lalu kecemasan yang besar, iaitu banjir, meliputi mereka bersama orang-orang yang tidak percaya, termasuk anak Nabi Nuh sendiri.
Ayat-ayat berikut meringkaskan kisah Nabi Nuh yang kaumnya ditenggelamkan oleh banjir:
"Dan diwahyukan kepada Nuh, 'Tiada seorang pun daripada kaum kamu akan mempercayai, kecuali orang yang telah percaya' .... Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami .... Dan dia membuat kapal; dan setiap kali pembesar-pembesar kaumnya melaluinya, mereka mengejeknya." (11:36-38)
"Sehingga, apabila perintah Kami datang, dan tanur mendidih, Kami berkata, 'Bawalah di dalamnya dua daripada tiap-tiap jenis, dan keluarga kamu, kecuali orang yang kepadanya perkataan telah pun diucapkan, dan sesiapa yang percaya.' Dan tidak ada yang percaya bersamanya melainkan sedikit." (11:40)
"Maka ia berlayar dengan mereka di tengah-tengah gelombang yang seperti gunung-gunung;" (11:42) dan,
"Kami menenggelamkan orang-orang yang tinggal." (26:120)
Air banjir yang mampu menimbulkan gelombang setinggi gunung itu datang dari langit dan bumi. Firman-Nya,
"Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan." (54:11-12)
Maka musnahlah kaum Nuh yang mendustakan ayat-ayat Allah. 
Satu lagi bencana banjir disebut di dalam al-Qur'an. Ia diutus kepada orang-orang yang tidak percaya dan berpaling daripada ayat-ayat Tuhan, iaitu orang-orang Sabak, yang di kiri dan kanan mereka dipenuhi dengan kebun. Kisah banjir yang meliputi kebun mereka berbunyi,
"Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara." (34:16)
Dalam kisah Firaun pun disebut bencana banjir, sebagai satu daripada ujian Allah supaya dia dan keluarganya percaya kepada ayat-ayat-Nya (7:133), sebelum dia dan tenteranya ditenggelamkan di laut.
Antara contoh-contoh lain di dalam al-Qur'an mengenai kemurkaan dari langit akibat ketidakpercayaan manusia yang ingin disebut di sini ialah Karun, orang kaya yang ditelan bumi (28:81), dan orang-orang yang bersama Nabi Musa yang disambar halilintar apabila mereka berkata "Wahai Musa, kami tidak akan mempercayai kamu sehingga kami melihat Allah dengan nyata" (2:55).
Bencana-bencana alam yang menimpa orang-orang yang hidup sebelum al-Qur'an diturunkan terus berlaku. Namun, sebelum mereka berlaku Allah memberi amaran. Antara amaran-amaran yang dijelaskan-Nya di dalam al-Qur'an adalah:
"Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas, menutupi manusia; ini adalah azab yang pedih." (44:10-11)
"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaran-Ku?" (67:17)
"Dan Dia menurunkan dari langit, gunung-gunung, yang di dalamnya hujan batu, supaya Dia menimpakan kepada siapa yang Dia mengkehendaki dengannya, dan memalingkannya daripada siapa yang Dia mengkehendaki;" (24:43).
"atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit." (34:9)
"Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?" (16:45)
"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?" (67:16)
"Katakanlah, 'Apa pendapat kamu, jika pada waktu pagi air kamu meresap ke dalam tanah, kemudian siapakah yang mendatangkan kepada kamu air yang mengalir?'” (67:30)
"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidakpercayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?" (17:68-69)
"Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami datang ke bumi dengan menguranginya di tepi-tepinya?" (13:4)
Dan khas bagi penduduk bandar raya:
"Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami  tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur? Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?" (7:97-98)
Amaran atau peringatan daripada Allah tidak diambil dengan sambil lewa. Apa yang dijanjikan pasti berlaku, seperti yang berlaku kepada kaum-kaum yang telah diceritakan tadi. Maka berjaga-jagalah kerana alam akan turut murka apabila manusia membuat sesuatu yang dimurkai Allah. Seperti yang berlaku apabila manusia mengatakan Allah mempunyai seorang anak:
"Hampir-hampir langit pecah kerananya, dan bumi terpecah belah, dan gunung-gunung jatuh kehancuran, bahawa mereka mendakwakan bagi Yang Pemurah seorang anak," (19:90-91).
Oleh yang demikian, pujilah Allah dan ikutlah petunjuk Kitab-Nya, supaya bencana alam atau kemurkaan dari langit tidak lagi menyentuh bumi yang indah ini. Sebagai penutup, diturunkan sebuah firman Tuhan yang berbunyi,
"Segala puji bagi Allah yang menurunkan kepada hamba-Nya Kitab, dan tidak membuatkan padanya sebarang kebengkokan, yang betul, untuk memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa bagi mereka upah yang baik," (18:1-2).
 sumber rujukan dari sahabat.

Saturday, April 3, 2010

Aasil Kazi Ahmad & anwar

Aasil Kazi Ahmad, nama yang kian terkenal kebelakangan ini. Seorang berketurunan Pakistan memegang paspot Amerika Syarikat. Bertugas sebagai pegawai khas kepada AnWAR dan berpangkalan di Washington. Kelibatnya pernah kelihatan di pejabat PKR dan rumah AnWAR. Punya peranan penting mempromosi jenama 'Anwar Ibrahim' di peringkat antarabangsa. Juga punya kepakaran teknikal dalam teknologi maklumat. Seorang 'media specialist' yang menguasai kepakaran hubungan awam di AS.

sumber facebook: Noordeen Mukri


Related Posts with Thumbnails