Saturday, May 5, 2018

CORETAN CIKGU ZAIDI UNTUK PENGUNDI PERMATANG PAUH

Terima Kasih Buat Para Pejuang. Saya Gagah Habiskan Coretan Ini, Biarpun Jiwa Ini Diselubungi Keharuan Dan Rasa Sebak Yg Amat Sangat... 

Sdrku dan Sahabat Sekelian, Aku tidak bernasib baik kerana dilahirkan dan merasai suasana malam yg bertemankan pelita minyak tanah, mandi air telaga yang berbau akar bemban dan membuang air besar di belakang pokok atau atas titi di atas ban. 

Tiap kali hujan seluruh kampung berlumpur, selipar adalah perkara yang mahal, berkaki ayam itu biasa. Setiap hari ke sekolah, kasut pasti basah terkena air embun dari rumput di atas batas bendang. 

Sekolah dengan dinding papan dan bersulam dawai mata punai untuk lubang cahaya masuk. Cikgu tak pernah peduli aku pakai kasut sekolah atau selipar. Seluar pendek yang aku pakai, berkali2 emak aku terpaksa menjahitnya di celah kangkang kerana terkoyak akibat bermain bola atau berkungfu ketika bergaduh di sekolah. Seluar itulah yang aku pakai ke sekolah, seluar itulah juga yang aku pakai untuk aktiviti di sebelah petang. 

Sekarang susah lagi nak tengok baju yang ada 'tahi Ialat' . Dulu biasa, bukan setakat penuh tahi lalat terutama d bahagian kolar malahan baju sekolah aku cukup jarang hingga nampak cukup seksi. Jarang nya di sebabkn  satu baju itu boleh tahan setahun tak berganti ! Sepasang kasut, baju dan seluar utk setahun... Seingat aku tak ada seorang pun orang kampung aku yang lebih tua dari aku masuk ke universiti masa itu.

Malam di surau papan berbumbung atap nipah lebih meriah, lebih2 lagi bulan puasa. Kuih, meehon, atau mee goreng free moreh selepas solat tarawih jarang sangat ada. Malam 27 Ramadhan sangat di nantikan sebab malam itulah boleh makan nasi gulai daging, makanan paling sedap, masak gotong royong satu kampung dr pagi hingga waktu berbuka. Aku masih ingat kena suruh kutip duit satu kampung untuk kenduri malam 27 ! Nak dapat RM 100 ringgit pun susah seminggu punya ulang satu kampung dok kutip duit. 

Alhamdulillah hari ini, kampung aku terang benderang, rumah cantik2, tak dak tempat yang becak @ lecah lagi, sekolah macam universiti, anak orang kampung lepasan dan sdg belajar di universiti berlambak dah, surau tersergam indah macam masjid.. bulan puasa moreh tiap2 malam. Moreh gulai daging, ayam, udang, sotong bukan benda yang istimewa lagi.. kalau kambing golek atau briyani standardlah sikit ! 

Dulu menjelang puasa atau raya orang kampung selalu tanya bila nak dapat zakat beras atau duit, sekarang ni susah nak cari penerima zakat dalam kampung lagi. Ada yang menolak bila kata saya nk bagi zakat ni ... 

Kini Segalanya Telah Berubah, Apapun orang kata, di hati aku tersemat terima kasih dan terhutang budi kerana semua perubahan ini pasti kerana Perjuangan Dan Perpaduan Kita Semua... Jgn Kita Musnahkan

Akhirnya Sebelum aku Mengakhiri Perjalanan Panjang Ini, aku Ingin Melihat Betapa indahnya Kampung Permatang Pauh aku ini, bila siapnya Sebuah Sekolah Agama Berasrama Penuh Dan Kesemua 36 Buah Sekolah Anak2, Kita Mempunyai Bilik Darjah Digital Abad 21. Aku Mendambakan  Anak2 Yang Pasti Akan Menjadi Lebih Hebat Dari Aku Yg Dulunya Tidur...  Beralaskan Tikar Mengkuang Dan Berbantalkan Bantal Yg Leper Bertahun Tidak Berganti... 

Selamat Mengundi

Datuk Haji Mohd Zaidi Hj Mohd Said 
Kampung Tanjung Putus 
Permatang Pauh, Pulau Pinang 
05 Mei 2018

0 comments:

Related Posts with Thumbnails