Tuesday, September 5, 2017

KEMPEN BOIKOT BELI DAN MAKAN DURIAN

siapa yg mulakan dulu jual durian timbang kilo ni ?? Sekarang ini kita lihat ramai penjual durian tepi jalan semuanya jual timbang kilo.  Yang jual lambak/longgok RM 30 memang tak nampak langsung !!

Tahun 1980-2000  dulu perkara ini tidak pernah berlaku. Tidak masuk akal jual timbang kilo ini! Isinya tidak lah banyak mana , kulit saja tebal !! Kulit saja dah berapa Kilogram??
Ni bukannya jual buah langsat mahupun rambutan nak timbang kilo !!! 

Kalau kita nak harga durian turun dan murah, gunakanlah kuasa kita sebagai pembeli untuk Kempen Boikot Tidak Makan Durian Selama DUA(2)Bulan!

Apabila durian tidak terjual, maknanya durian akan berlambak dipasaran, bila berlaku lambakan dalam pasaran, harga durian akan jatuh, suka atau tidak, dari membiarkan durian tidak terjual dan bakal rosak, mereka akan menjualnya dengan harga yg lebih rendah!

Ayuh rakyat Malaysia pencinta Durian, bersatulah kita.Jika ada dikalangan anda yg sudah plan nak 'open  table', minta tangguh dulu. Bukan berniat untuk menutup periuk nasi penjual durian. Tetapi Demi kebaikan kami, Pencinta Durian!

Kami mahukan harga yg lebih rendah, kerana kami sebagai pembeli, kami lah RAJA, bukan anda wahai penjual durian!  Jangan marah sebab itu hak kami sebagai pembeli sebagaimana hak penjual yang sesuka hati jual dengan harga sendiri yang sangat-sangat MAHAL!

Bolehhhhh giteuwww..!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails