Friday, August 4, 2017

PEMBANGKANG SONGSANGKAN FAKTA #GST

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Dan Salam 1Malaysia,

Rakyat Malaysia yang dikasihi, baru-baru timbul lagi tuduhan tentang rasional pengenalan GST di Malaysia, di mana pembangkang mengatakan GST dikenakan kerana 1MDB.

Tuduhan songsang ini adalah satu lagi percubaan meraih sokongan meskipun pembangkang memahami tujuan sebenar GST diperkenalkan dan meskipun mereka pernah berkali-kali menyatakan akan turut mengekalkan GST.

Selama ini pendapatan negara banyak ditampung hasil minyak bagi memastikan perkhidmatan awam dan perkhidmatan asas dapat dinikmati rakyat.

Namun, pada tahun 2014, harga minyak global mula menjunam, dan Malaysia turut terkesan. Keadaan ini menyebabkan hasil negara ketika itu berkurang sehingga lebih RM40 bilion, satu jumlah yang pasti menyebabkan banyak perkhidmatan terpaksa dihentikan.

Menyedari bahawa kebergantungan hasil negara pada industri minyak tidak stabil, GST diperlukan untuk memastikan perkhidmatan dan kemudahan asas dapat diteruskan.
Sehingga hari ini kualiti hidup rakyat masih terjaga kerana dibiayai GST. Hakikatnya tidak ada cukai yang popular tidak kiralah sebanyak mana pembangunan dan kemudahan yang wujud hasil cukai tersebut.

Untuk mengatakan GST berpunca dari kegagalan urus tadbir kerajaan adalah satu penipuan kerana 160 buah negara lain turut melaksanakan GST termasuk negara-negara maju seperti England, Perancis, Jerman dan Kanada.
Malah, Arab Saudi, negara pengeluar minyak tertinggi turut memperkenalkan GST seperti negara-negara lain di seluruh dunia.

Tetapi kerana taksubnya Dr. Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan, beliau memaksa pemimpin pembangkang lain untuk menipu rakyat dengan menjanjikan penghapusan GST walaupun mereka semua sedar yang tanpa sumber pendapatan menggantikan hasil minyak, ekonomi negara akan lumpuh dan rakyat akan menderita.

Namun Dr. Mahathir tidak kisah asalkan beliau dapat menjatuhkan kerajaan.

Saya berharap rakyat Malaysia menolak dakyah dan penipuan yang hanya bertujuan mengumpul sokongan tanpa sebarang rasa tanggungjawab kepada negara dan masyarakat.

Sekian sahaja dari saya, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

petikan dari najibrazak.com


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

2 comments:

Anonymous said...

GST adalah mekanisme mempastikan hasil negara disatukan untuk memenuhi keperluan dan kebajikan rakyat sama seperti konsep komunis..jesteru adalah memeritkan kpd towkey2 besar utk menerima hakikat bahawa harta mereka perlu dikongsi walhal ia adalah hasil usaha mereka menjana kekayaan utk diri sendiri tiba tiba tergugat.. sgt tepat dikatakan bhw penentangan terhadap GST sebenarnya adalah didokong oleh towkey2 tersebut yg marah harta mereka di state-inherent kan

Anonymous said...

Yg tak buat GST zaman PM sebelum Najib, seolah-olah melindungi syarikat-syarikat tak tahu cara untuk lari dari cukai LHDN

Related Posts with Thumbnails