Dulu harga minyak sawit RM2200 per tan pun kerajaan bagi subsidi. Sekarang RM 3000 per tan. Maka kerajaan terpaksa tambah subsidi untuk mengekalkan harga minyak masak dalam paket 1kg yang biasanya diguna oleh orang susah.
Kalau kerajaan kekalkan subsidi mcm dulu, harga akan tetap naik. Untuk tampung kos ini, minyak masak yang dijual dalam botol dan dengan kuantiti yang banyak tidak lagi disubsidi oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Apa yg rakyat perlu faham, minyak masak ni ada 25 syarikat je monopoli. Hanya felda dan sime darby je bukan syarikat cina.
Kajian menunjukkan 30 juta rakyat malaysia hanya menggunakan 45,000 tan sebulan. Malangnya, 23 syarikat ini banyak yang mengaut keuntungan dengan menjual minyak masak kita secara haram. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa tanggung subsidi sehingga 85,000 tan sebulan. Mana 40,000 tan lagi? siapa yang pakai? di seludup kemana? Selagi ada subsidi, selagi itulah syarikat yang tertentu akan kaya raya dengan menelan duit pembayar cukai.
Maka subsidi pukal yg selama ini dinikmati oleh si kaya dan diseludup keluar perlu diagihkan dengan lebih mensasar kepada golongan yang sewajarnya menerima subsidi.
3 comments:
saja nak tanya la, kalau-kalau boleh dijawab. dah tak ada mekanisme lain ke untuk elak subsidi diseleweng oleh company minyak masak ni? agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dah tak berfungsi atau apa? akhir kalam, rakyat jugak la yang terpaksa membayar lebih untuk menikmati minyak masak yang berkualiti. yelah, minyak masak dalam peket 1kg banyak yang diseleweng pulak oleh company minyak. minyak recycle dan minyak tak mematuhi standard kesihatan tetap jugak menerima subsidi. walaubagaimanapun, jangan la lepas ni ada menteri yang cakap subsidi minyak dalam botol ditarik balik sebab nak jaga kesihatan rakyat sebab makan minyak tak baik untuk kesihatan. kalau macam tu, subsidi kepada minyak peket yang diragukan kualitinya baiklah untuk kesihatan rakyat?
xda sebb pemimpin bodoh xbleh pikir cra lain lgi..cara org malas pikir naikkan je harga
xda sebb pemimpin bodoh xbleh pikir cra lain lgi..cara org malas pikir naikkan je harga
Post a Comment