Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 iaitu selepas setahun berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Teks Perisytiharan
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Teks Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Ini lah yang dikata REFORMASI semuanya depa nak tukar, sejak merdeka tidak ada mana mana pihak yang nak pertikaikan soal rukun negara, sekarang kerana politik membenci kerajaan, rukunnegara pun depa kata umno yg buat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment