Wednesday, July 27, 2011

WAHABI: PAK MENTERI TOLONG JAWAB SAT, !!!!!!!

Ramai sebenarnya yang menanti-nantikan respons daripada Jamil Khir Baharom. Majlis Keselamatan Negara telah dikatakan oleh MALAYSIAKINI melabelkan beberapa orang pemimpin agama sebagai Wahabi dan Terorris atau pengganas. Dan baik MKN, mahupun Jamil Khir Baharom, tiada jawapan yang diterima setakat ini.

Mungkin agak di luar kebiasaan sekiranya Majlis Keselamatan Negara bercakap memandangkan sehingga sekarang pun, MKN memang tidak muncul di permukaan meskipun mereka wujud dan kewujudan mereka nyata.

Namun apabila dikaitkan dengan agama, orang yang paling layak bercakap tentang ancaman yang cuba ditimbulkan oleh portal yang dibiayai oleh Zionis itu, adalah Jamil Khir Baharom.

Hanya ada dua jawapan sahaja yang boleh dipilih... YA atau TIDAK dengan diiringi sedikit penjelasan.

Sikap yang ditunjukkan oleh Jamil Khir sekarang, seolah-olah apa yang disebutkan oleh portal biayaan Zionis itu telah mendapat maklumat yang betul dan mereka tidak lagi berbohong seperti kebiasaan.

Mungkin kerana itulah juga, Mufti Perlis, Dr.Juanda turut mendesak agar Jamil Khir memberitahu apa sebenarnya yang berlaku selain membuat penjelasan tentang beberapa nama selain Kerajaan Negeri Perlis yang dikaitkan oleh portal Zionis itu.

Pun begitu, ramai yang melihat portal Zionis tersebut sedang menjalankan tugas utama mereka iaitu melaga-lagakan pemimpin beragama Islam di negara ini selain cuba menimbulkan perasaan tidak tenteram ekoran gangguan terhadap sistem keagamaan.

sumber dari flying kick

0 comments:

Related Posts with Thumbnails