Monday, September 27, 2010

AL-FATIHAH KEPADA ADUN GALAS


KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaima, 45, kini dilaporkan dunia meninggal dunia pada 4.30 petang hari ini di Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur, kata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim. Marilah kita sama sama sedekahkan al-fatihah kepada beliau.

Sunday, September 26, 2010

RUMAH TERBUKA AHLI PARLIMEN TASEK GELUGOR


Rumah terbuka ahli parlimen tasek gelugor bersama umno bahagian yang berlangsung pagi semalam dan berakhir petang cukup meriah dengan kehadiran beberapa pemimpin2 umno bahagian, pemimpin parti2 komponen seperti MIC, Gerakan, MCA DAN PPP di serikan lagi dengan tetamu kehormat Tun Yang Terutama (TYT) Dato' Seri Abdul Rahman Abbas bersama isteri Toh Puan, 

sumbangan photo dari MeZone

Menteri di jabatan perdana menteri Yb Senator Dato Seri Jamil Khir  juga bersama sama datang untuk mengraikan rumah terbuka
antara ketua bahagian yang hadir. Ketua UMNO Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Permatang Pauh Dato Abdul Jalil. ADUN Telok Ayer Tawar YB/Dato Jahara Bt Abdul Hamid, dan ADUN Pulau Betong YB. Farid.
apa yang menarik di anggarkan 20 ribu orang perbagai lapisan masyarakat turut sama memeriahkan rumah terbuka semalam.

Bagi arab tempat begini satu peluang keemasan dapat bertemu dan bersalaman sambil mengucapkan selamat hari raya kepada pemimpin2 umno di peringkat bahagian, cawangan dan beberapa bahagian yang datang memeriahkan majlis itu petang tadi.dan tak lupa juga bertemu kawan2 seperjuangan,

ADUN Sungai Dua YB Dato Jasmin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor Sdr Hasbul.  Tan Sri Nor Ahli Parlimen memang seorang yang berjiwa rakyat,


Saturday, September 25, 2010

ORANG CINA AKAN MENJADI PERDANA MENTERI.........!!!!!


Kenyataan ini telah dibuat oleh Dr Mahathir dalam Utusan Malaysia – 24 September 2010. Kenyataan ini telah menimbulkan beberapa reaksi yang berbeza.

Suara-suara lantang Melayu akan mengambil kenyataan ini sebagai satu kenyataan penting untuk memastikan orang Melayu tidak tersalah pilih kerajaan yang bakal memerintah. Bagi Dr Mahathir memilih Pakatan Rakyat akan menghilangkan kuasa orang Melayu.

Banyak pula kenyataan yang mengatakan bahawa apa yang Dr Mahathir kata terkeluar dari konsep 1 Malaysia. Dekat mana hilangnya konsep itu bila Dr Mahathir keluarkan kenyataan itu perlu kita juga kita nilai.

Ada pula yang mengatakan bahawa Dr Mahathir sekali lagi mahu mencampuri urusan politik – dalam keadaan kaum lain tidak menerima BN – Dr Mahathir lebih merosakkan peluang BN untuk menawan hati pengundi bukan Melayu.

Tidak kurang pula yang menyebut bahawa ini adalah satu peringatan supaya Melayu bersatu – kerana sekiranya tidak, tidak mustahil Perdana Menteri Malaysia adalah dari kaum Cina dan India

dari rujukan : FACEBOOK ANUARMOHDNOR

arab nak kata: Peringatan ini telah berulang kali di suarakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, ini bukan satu ugutan, tapi akan pasti berlaku, kita jangan lupa satu ketika dahulu pernah berlaku presiden MCA pernah memegang jawatan itu untuk sementara waktu, bilamana UMNO telah diharamkan, kerana apa??? lu fikir lah sendiri......!!!!!!!

Wednesday, September 22, 2010

TIGA ABDUL DAN TIGA IBRAHIM...ADA BEZANYA!!!

arab tertarik dengan tulisan nobisha, kepada pemimpin pemimpin politik harus ada jati diri, harus tahu bagaimana mahu " REBRAND" kan diri seperti yang di kata kan oleh nobisha dalam blognya "TIGA IBRAHIM" dan tidak salah kalu UMNO dan BN pun kena jugak REBRAND kan mengikut keadaan semasa, cara berpolitik pun kena ubah, 

Saya tertarik dengan perjalanan politik Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali. Dalam PRU12 lalu, beliau menang kerusi itu atas sokongan PAS. Selepas beliau mengkritik PAS, beliau dikritik hebat. Sebutlah apa saja gelaran yang tidak diberikan kepadanya. Paling popular, beliau digelar sebagai “katak.” 

Dari gelaran negatif itu, hari ini Ibrahim berjaya “reinvent” imejnya sebagai seorang pejuang bangsa Melayu. Beliau mengambil peluang daripada sikap longlai sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terhadap isu-isu Melayu, lalu menjuarainya.

Hari ini bukan sedikit ahli-ahli UMNO menyokong beliau. Malah, bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad pun sudah beberapa kali berucap di pentas Perkasa.

Ini adalah satu contoh bagaimana Ibrahim berjaya “reinvent” dirinya dalam politik negara. Beliau kelihatan cukup relevan dan semua pemimpin parti politik termasuklah UMNO, PKR, MCA, Gerakan, PAS dan DAP bercakap mengenai Ibrahim — hampir setiap hari.

Walaupun penyokong-penyokong PAS mencerca beliau kerana membelakang parti itu, saya tidak terperanjat sekiranya dalam PRU13 nanti PAS akan sekali lagi mendokong Ibrahim seperti dalam PRU12 dulu. Sebabnya mudah, PAS ingin dilihat (khususnya di kalangan pengundi luar bandar) mendokong perjuangan Melayu bagi melawan UMNO. Dalam hal ini, Ibrahim membawa imej sedemikian.

Malah, saya juga tidak terkejut sekiranya selepas PRU13 nanti, Ibrahim dilantik menjadi Menteri. Beberapa tahun lalu, seorang sahabat memberitahu saya bahawa Ibrahim pernah berkata, “Saya ingin menjadi Menteri, walaupun satu hari.”

Selain Ibrahim, ada dua lagi “anak Ibrahim” yang berjaya “reinvent” imej awam dalam politik Malaysia.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari seorang anggota establishment yang dibuang parti, menjadi pemimpin pembangkang. Bukan semua orang boleh melakukan sedemikian. Kalau tak percaya, lihatlah apa yang jadi dengan bekas Menteri Besar Kedah dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang; selepas negeri-negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Mereka langsung tak dilihat sebagai pemimpin pembangkang di negeri-negeri tersebut.


 Seorang lagi ialah Dato’ Zaid Ibrahim. Imej awam beliau sudah diketahui. Hari ini beliau bergelut untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Zaid Ibrahim juga sedang “reinvent” imej politiknya. Setelah tewas dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor dan mungkin akan tewas dalam pemilihan PKR kali ini, Zaid yang dulunya dilihat sebagai seorang yang sombong, angkuh dan keras kepala, akan dilihat sebagai seorang yang cukup merendah diri dan tawaduk. Kekalahan bukan semestinya buruk; paling tidak dalam politik.


Kisah tiga Ibrahim ini mengingatkan saya kepada “48 Laws of Power” yang ditulis oleh Robert Greene and Joost Elffers.
Law 25: Re-Create Yourself
Do not accept the roles that society foists on you.  Re-create yourself by forging a new identity, one that commands attention and never bores the audience.  Be the master of your own image rather than letting others define it for you.  Incorporate dramatic devices into your public gestures and actions – your power will be enhanced and your character will seem larger than life.

petikan dari Nobisha

Monday, September 20, 2010

4 justice: Islam dah kena jual dengan parti PAS

thanks to facebook waris anti melayu petualang atas photo ini. 
Pas ada lah satu parti yang telah menjual agama islam demi kelangsungan politik mereka, demi meraihkan undi pilihanraya mereka sanggup buat ini seperti dalam gambar di atas, 

kenapa bila ada pembunuhan dato sosila dan rakan2 mereka membisu pulak, tak cukup dengan itu menuduh pihak polis " PILIH BULU" di dalam siasatan hingga tertangkap nya suspek pembunuhan itu, sebenar nya arab nak tanya  PILIH BULU  ke...atau puak pakatan haram jadah yang BERBULU tengok pihak polis buat kerja dengan baik sehingga berjaya menyelesaikan kes pembunuhan kejam ini, 

arab nak kata: " pas itu mangkok hayun lah. dan pkr itu pungkok kena roket ."


Sunday, September 19, 2010

Perkasa nak masuk politik?????

arab melihat isu ini akan lebih rumit, kerana apabila PERKASA nak masuk politik ada suara suara dari akar umbi mengatakan melayu akan berpecah empat bila mengundi umno, pas, pkr dan perkasa, apabila perkasa dah menjadi parti politik semestinya perkasa akan bertanding pada pilihanraya akan datang, perkasa akan meletakkan calon calon nya di kawasan majoriti melayu, pengundi orang umno yang selama ini dok tengok perpecahan sesama sendiri akan tentu akan lari ke PERKASA, nampaknya PKR dan PAS akan menang di kawasan melayu di negeri2 seperti Pahang, Johor, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis jesteru itu tercapailah cabaran parti cina selama ini yang memang mengharapkan perkasa menyertai politik, bab kata orang tua POKOK BESAR TUMBANG KERNA HULU KAPAK, 

jika ini berlaku, di mana pulak kedudukan UMNO???? apa akan terjadi pada parti keramat orang melayu UMNO???  apakah selepas ini UMNO akan berkubur??? persoalan ini harus di jawab,sekiranya Perkasa menang pada pilihanraya

Orang melayu sememang nya mesti menyokong PERKASA sebagai NGO, ahli-ahli nya pulak mesti lah datang dari orang yang tiada kepentingan dalam politik,  ianya terdiri dari mereka yang sayang pada bangsa dan tanahair,

perkasa tidak boleh menjadi parti politik, kewujudan perkasa di waktu ini amatlah di perlukan untuk mempertahankan perlembagaan, raja raja melayu, dasar ekonomi baru  dan hak kepentingan orang melayu,  baru lah di katakan pertubuhan NGO tulen yang menjaga orang melayu.

UMNO itu sendiri memerlukan seorang ketua samseng untuk bersuara menjaga orang melayu, apa yang arab lihat sekarang  dato Ibrahim Ali lah orang nya yang layak menjadi ketua samseng bagi orang melayu, walaupun dia bukannya ahli UMNO lagi, tapi dengan kewujudan PERKASA  itu kita tidak boleh kata tidak UMNO perlu menyokong PERKASA.
 

baca pulak apa kata bloggers yang menyokong  KLIK SINI

idea ini datangnya dari seorang bekas AJK badan perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang bro "NON CABAI"  dia bersama arab sekarang ini untuk bersama sama memberi idea untuk  artikal ini. 

Lim Guan Eng kamu memang penipu,

sekarang dah gempar di dalam beberapa blog kawan-kawan, satu lagi isu yang PANAS telah terbongkar iaitu bantuan wang yang di beri oleh haram jadah ini sebanyak RM100 kepada warga emas di percayai datangnya dari wang judi haram.KLIK SINI  

hebat sungguh permainan guan eng ini, dulu dia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mengharamkan judi bolasepak dan segala bentuk perjudian, maka orang melayu pulau pinang pun bertepuk sorak ini lah pemimpin mereka yang baik, rupanya mereka tak sedar yang mereka dah kena main hidup hidup, orang kata dah kena jual seduit sekupang je dengan politik DAP,



sekarang khalifah ini harus menjawab dengan tulus jangan dok pandai pusing cakap macam gasing,

Saturday, September 18, 2010

UMNO BN Penang dah mula gempur..!!!!!!


Ini baru lah di kata BN penang dah mula buat kerja. syabas kepada penganjur, harapan program macam ini berterusan. KLIK SINI

Friday, September 17, 2010

akhirnya pihak polis di tuduh "PILIH BULU"

Setelah pembongkaran demi pembongkaran mengenai kes perbunuhan dato sosilawati di dedahkan dalam tv, suratkhabar dan bloggers, arab perhatikan pihak yang lagi satu itu membisu, tiba tiba mencari isu mengorek cerita nak menyalahkan pihak berkuasa pulak, di katanya pihak polis pilih bulu, hanya cepat bertindak kepada kes yang berprofil tinggi saja, baca ini dari bumiyang

ini lah mereka yang sebenarnya, tahu mencari salah orang, apa saja yang berlaku akan tetap menyalahkan BN dan pihak polis, apa lah punya mangkaq depa nie.

Monday, September 13, 2010

PAS: pemimpin bodoh penyokong pun bangang

Pemimpin Pas Mahfuz buat gila lagi, tak habis habis buat fitnah, apa saja yang berlaku si malaun ini akan cuba kaitkan UMNO lah di sebaliknya, dia peduli apa betul ke tidak, janji dia buat fitnah, bila penyokong2 pas dengar, maka akan terpahat lah di minda mereka, sana sini akan membuat cerita dengan selera sendiri bahawa UMNO lah yang jahat,

Penyokong penyokong pas pun sama bangang jugak, asal apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka itu lah benar, tapi kalau apa saja yang UMNO cakap, terus tanya , " hang ada bukti, kalu ada bukti saman laaaa", begitu lah betapa rendah nya kedudukan mereka tak ubah macam anjing, di halau pun dia jelir lidahnya, di panggil mai pun dia jelir lidah jugak, mau baling je ngan batu, itu pun dia terjelir lidah jugak..

baca ini dari blog pisau net..untuk cerita selanjut nya..
PISAU.NET: Mahfuz Bean Bodoh Tak Boleh Di Ajar,Pemimpin Negara Bunuh Sosilawati!
Apabila tersebarnya berita kematian Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki yang dibunuh oleh 8 suspek, Mahfuz Bean benggap dari khawarij PAS tiba tiba cuba mengaitkan pembunuhan ini dengan pemimpin negara.

Walaupun dengan suasana menyambut Syawal,benggap dari khawarij PAS membuktikan hatinya tetap kotor walaupun sebulan berpuasa .

Kotornya hati bengap ini sudah tidak boleh diubat beliau berkata kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.
Inilah dia asuhan yang cuba diterapkan oleh Mahfuz kepada semua bangsat bangsat dari khawarij PAS,apa saja diluar sana berlaku UMNO lah akan dipersalahkan. Setiap kali Mahfuz buka mulut pasti menyerlahkan kebodohan beliau.

Ibadat berpuasa untuk menyucikan hati bukan menambahkan lagi kekotoran hati,entah apa yang dibuat Mahfuz sepanjang ramadhan hanya tuhan saja yang tahu.
Pisau tidak terkejut jika beginilah pemimpin khawarij PAS,apatah lagi penyokong penyokong totok pasti lebih teruk tahap IQ mereka.

Cuba beri kenyataan yang berhemah sepertimana Salahuddin Ayob,sekurang kurangnya beliau menampilkan kualiti seorang pemimpin bukan seperti Mahfuz yang jelas meremehkan minda rakyat.

Mahfuz Bean banyak mendidik penyokong khawarij agar menjadi bebal dan bengap,apa yang disuap oleh pemimpin mereka pasti akan ditelan bulat bulat. Kalau bohong disuap,maka percayalah mereka,jika fitnah disuap,maka ditelan bulat bulat oleh mereka.

Khawarij PAS sudah pasti boleh berbangga kerana sekarang ini terlalu ramai produk produk ini menjadi penjilat tegar DAP,mudah diperkotak katikkan,lemah akal dan kemampuan untuk berfikir amat rendah.

komen arab:  nak bagi pesanan kepada penyokong PAS,


49:6. Wahai orang-orang yang percaya, jika orang FASIQ datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak menimpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian menjadi menyesal daripada apa yang kamu buat.

Thursday, September 9, 2010

Sembilan ditahan kerana sambut Aidilfitri hari ini

KANGAR: Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata, kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada jam 8.30 pagi ini.

Ketika ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.

Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit, manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.

Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.

Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.

"Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang sudah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhir.-Bernama 

Komen arab:......ini gila punya kerja, 

Monday, September 6, 2010

DAP bangsa cina yang beragama KRISTIAN....mesti baca


heboh sana sini orang umno dok perkatakan pasai LIM GUAN ENG, bloggers pro UMNO BN pun sama naik dok spin pasai DAP,PKR dan PAS, di Selangor ada kisah pemimpin DAP masuk masjid klik sini, di Penang lagi hebat pemimpin2 DAP terus bermahajarela pergi ke masjid berbuka puasa bersama rakyat, tak cukup dengan itu memberi pulak duit raya, dan lebih teruk baru baru ini guan eng menyembelih lembu, di bulan Ramadhan yang mulia ini, mereka pulak memberi ceramah-ceramah di merata pelosok tempat bersama dengan pemimpin2 PKR dan PAS,
kira nya hari hari ada saja cerita pemimpin2 DAP seolah olahnya kita secara sedar atau tidak telah memberi satu publisiti yang amat besar kepada pemimpin2 haram jadah ini. cuba kita lihat bagaimana mereka menangkis segala cerita yang kita tembak, mereka cukup tenang tidak ada satu pun yang boleh mengugatkan kedudukan mereka, dan pemimpin2 UMNO pulak tak pandai pulak nak menjawab.
Kita sudah maklum, guan eng ini memang putar alam. pandai pusing macam gasing, memang benarlah apa yang pernah dikatakan oleh YB dato Azhar, tapi sebenarnya kita lah yang tak pandai nak menjawab balik. sebagai contoh isu jalan masuk ke komtar di tutup, guan eng menyalahkan pihak polis dengan mengatakan pihak polis yang mengarahkan tutup laluan masuk ke komtar kononnya demi keselamatan, tapi telah di jawab oleh ketua polis negeri, mereka tidak ada hak, itu adalah hak kerajaan negeri tuan punya bangunan tersebut, arab tengok kat sini guan eng dah mati akal tak boleh menjawab balik, 

apa saja yang kita cuba spin kan isu isu Pakatan DAP. PKR, dan PAS ada saja yang di putar belit kan oleh mereka, penghujungnya UMNO dan BN jugak lah di persalahkan, apa yang kita dah buat untuk pertahankan segala tohmahan mereka itu,,,,,,nothing lah, 

UMNO BN ada lah pembangkang di Pulau Pinang, tapi bersikap tak seperti pembangkang pun, yang umno sibuk sangat nak bagi peruntukan kepada rakyat kenapa???? dulu semasa pulau pinang UMNO BN memerintah, DAP. PKR. PAS menjadi pembangkang, ada kah mereka memberi bantuan kepada rakyat,  jawapanya TIDAK,  rakyat pulau pinang dah mula pandai .... kerajaan pakatan pun bagi duit, UMNO BN pun bagi duit, pengundi akan kata baik kami pangkah pakatan lagi, sekarang ini siapa pandai??? 

Pemimpin2 UMNO kena main isu ini, sebenarnya pemimpin2 DAP ada lah beragama kristian, bangsa je cina tapi agama kristian, Lim Guan Eng adalah agama kristian, pemimpin dap yang masuk masjid di selangor itu pun adalah agama kristian, hampir keseluruhan ahli ahli parlimen DAP  berbangsa cina ada lah agama kristian, kenapa kita tak main kan isu ini, baru lah orang melayu islam boleh bukak mata, baca link ini juga warisan2057: Mubaligh baca Khutbah di Selangor ?  jangan lah bodoh yang tak boleh di ajar, ini lah orang kata, sekolah tinggi empat tingkat...tapi bodoh nya enam tingkat,

Lim guan eng datang dari melaka....ramasamy tu pulak datang dari perak,dah tak ada ke pemimpin tempatan dari negeri pulau pinang????, main lah isu ini bila berhadapan dengan pengundi parti BN,

BANGUN LAH PEMIMPIN UMNO DAN BN DI NEGERI PULAU PINANG, SESEKALI JADI LAH JAHAT, SEDAR LAH KITA DAH JADI PEMBANGKANG, JADI LAH PEMBANGKANG YANG LEBIH JAHAT DARI MEREKA. JANGAN TAU CARI SALAH ORANG, TAPI TAK RETI NAK SERANG BALIK...!!!!! 


Sunday, September 5, 2010

BLOGGERS PRO UMNO-BN: di ibaratkan melukut di tepi gantang..!!!!



MURAKAB untuk segala segi pada UMNO begiKali pertama iklan ini ditayangkan, tidak sampai beberapa minit kemudian, beberapa buah blog pro-UMNO mula menyiarkannya di Internet dan menentang serta mendesak agar TV3 menarik kembali iklan berkenaan yang disifatkan dipenuhi dengan elemen-elemen PLURALISME agama dan kerosakan akidah umat.

Selama beberapa hari, beberapa blog, contohnya Blog Panglima Perang Cyber, begitu constant menentang iklan berkenaan dengan hujah-hujah dari segi agama bahkan kempen jahat memburuk-burukkan tulisan jawi dan Melayu yang terdapat di dalam iklan berkenaan.

Anehnya, PEMUDA UMNO MALAYSIA mahupun UMNO MALAYSIA atau mana-mana sayap PERGERAKAN UMNO MALAYSIA langsung terpelongo, mati, buta, tuli dan bahlol. Kesempatan yang diberikan oleh BLOGGERS bagi UMNO mendapatkan rating di kalangan orang ramai, tidak digunakan langsung. Sama ada kepimpinan UMNO sebenarnya MEMANG BAHLOL dan JENIS SUKA MAKAN OTAK LEMBU, entahlah....

Hari ini, tersiar di Harakah Daily, PEMUDA PAS menghantar BANTAHAN kepada TV3 berhubung iklan hari raya yang disifatkan sebagai merosakkan akidah umat Islam. Walhal baik pemimpin-pemimpin PAS, mahupun bloggers pro-Pakatan Rakyat, tidak ada yang mendahului penentangan berkenaan di dunia siber. Hanya setelah bloggers Pro-UMNO menyiarkan penentangan tersebut, barulah terdapat beberapa blog pro-Pakatan yang mula mengambil kesempatan untuk menjuarai isu berkenaan.

Isu ini sebenarnya memperlihatkan betapa lemahnya, lembabnya, takdak daya inisiatifnya, bekunya otak untuk berfikir dan sindrom sombong bodoh YANG KEKAL bertakhta dalam diri kebanyakan pemimpin UMNO. Cara mudah untuk meraih perhatian dan keprihatinan pun mereka tidak mampu lakukan, masih ada hati nak bersembang tentang KEKUATAN UMNO?

Barangkali pengangkatan isu ini dilihat remeh dan boleh jadi juga disebabkan TIDAK ADA BAJET yang dikeluarkan untuknya, maka semua sayap UMNO diam membisu dan membiarkan PEMUDA PAS yang mengambil kesempatan....

Atau barangkali juga kerana TV3 adalah hak milik UMNO dan iklan berkenaan mencerminkan tahap sebenar penguasaan ilmu agama di kalangan para pemimpin UMNO?

Entahlah, tapi yang pastinya, imej JAHIL MURAKAB untuk segala segi pada UMNO begitu jelas!!!

dari bloggers :THE FLYING KICK.

arab nak kata: apa yang di tuliskan oleh blogger ini memang betul apa yang selama ini arab dok bercakap, sebenarnya pemimpin2 UMNO tidak pernah membaca blog, dan kerana itu lah kalu para bloggers berperang dalam dunia cyber ini, mereka tidak pernah ambil tahu, kepada bloggers semua kita nie hanya ibarat melukut di tepi gantang,,,datang tidak di jemput,,,pergi pun tak di suruh...!!!!!

Friday, September 3, 2010

UMNO PENANG TIDUR LAGI KA

"Pisau perhatikan UMNO Pulau Pinang tidak bangun bangun sejak PRU12, dari perhubungan negeri hinggalah ke peringkat bahagian,apatah lagi ke peringkat cawangan.

UMNO Perhubungan Negeri Pulau Pinang sejak dari PRU12 makin lama makin nyenyak tidornya, cuma kadang kala kedengaran beberapa pemimpin mengigau dan berdengkor,yang terbangun sekejap ,itu pun sebab termimpi basah kemudian tidor balik.

UMNO negeri hingga sekarang tidak bergerak malah lebih banyak retoriknya daripada membuat kerja .

Buat Ds Najib, lihatlah mereka mereka yang berada di perhubungan negeri sebenarnya terlalu banyak berbohong dalam laporan mereka,kononnya KPI semua bahagian,graf dan statistik semua hebat hebat, Oh rakyat semua sokong Umno,1 Malaysia semua orang dah faham.

Tujuan mereka mereka ini berbohong kerana takutkan tidor mereka terganggu . Bayangkan kesemua sayap parti dari ketua pemuda negeri,puteri dan wanita kesemuanya tidor.

Ketua bahagian,hampir kesemuanya tidor,setiap kali ada demo atau tunjuk perasaan orang melayu Pulau Pinang,batang hidung pun tak nampak. Yang terbaru di KOMTAR,rata rata marhain pergi ke sana berikan sokongan.Mana perginya ketua bahagian,ketua pemuda & ketua puteri? cukupkah hanya sekadar tengok di TV?

Usah beretorik seperti Datok Musa kononnya memberi amaran kepada DAP "Jangan bermain Api" ceh pirraah! ,sebenarnya api tidak ada didalam UMNO Penang,semuanya aircond,sejuk macam cendol pekan BM, tidoq tak habis habis. Kalau betul sangat nak perjuangkan isu orang melayu kenapa tak turun, simpan la keris buat cungkil kumboh nyoq.

Ketua ketua bahagian yang lain, buat program syok sendiri,buat ceramah depan penyokong sendiri yang semua orang tau comfirm akan pangkah BN.Buat apa?

YB YB UMNO,tak sedar diri yang depa ni dah jadi pembangkang,Pisau mengikuti setiap kali Sidang DUN berlangsung yang rajin bercakap YB Farid,YB Helmi dan YB Azhar,yang lain ada la cuit cuit ntah apa apa. Nak lawan dengan DAP & Guan Eng pun tercungap cungap ,cakap takdak substance macam tin kosong.

Terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan negeri pakatan,takkan tak reti pickup isu? pegawai khas yb yb ni makan gaji buta ka?

Pemuda UMNO negeri lembik barangkali KJ mahu melihat kesemua pemudanya lembik lembik,pilih kp negeri semua kaki yes bos. Tak reti buat kerja.Kalau dah tak competent tak boleh buat kerja,lantik lah yang baru yang betul betul mahu berjuang.

Buanglah Norman apa susah,dah susah sangat nak buat kerja pilih yang baru,Pemuda UMNO Penang dah jadi macam dalca.Kena pula ketua pemuda bahagian rata rata yang kuat tidoq,padanlah. Yang di Permatang Pauh lagi hebat,retorik lebih dari KJ,bukan KP Bahagian saja pakai baju askar,perwakilan pun pakai baju askar,Cikgu Zaidi,askar askar hang semua dah pasti ka ada teluq?Jangan nanti puak PKR Permatang Pauh gempak sikit pakat lari ramai ramai sudah.

Pemuda UMNO terutamanya,punyai kepimpinan yang lembik ibarat taukua sumbat,Pisau sifatkan bapok padang kota lagi gagah dari pemuda UMNO Penang.Mana perginya ketua ketua pemuda bahagian. Bapok bapok ini tidak layak menjadi ketua pemuda,bacul dan lebih gemar mengejar projek daripada membuat kerja.

Dah berapa ribu daftar pengundi yang UMNO dapat? Sebulan berapa kali ada ceramah? jangan buang masa dengan program yang tak boleh diterjemahkan kepada undi.

Orang UMNO Penang perasan depa ni kuat,tegur tak boleh,kalau tegur kata jahat,kalau tak tegur pakat lena ramai ramai.

Penerangan negeri di bawah Datuk Musa bersama Ramlan, orang yang nak buat kerja mohon bantuan jangan tendang macam bola,jangan buat macam orang mintak sedekah, orang nak berjuang bagi kerjasama la.Ingatlah UMNO dah nak mampuih sudah sudah la tidoq tu dok tunggu apa lagi.

Buat la ceramah setiap daerah seminggu sekali, takkan benda mudah macam tu pun tak boleh?Penerangan longlai nampak lembab sangat ,Datuk Musa jangan kasi malu sama mamu Penang tau.

Buat Datuk Helmi, takpayah lah perabih duit dan buang masa buat war room,nampak sangat retorik,banyak pembohong dari banyak buat kerja,depa yang kat bahagian tu tau buat kerja ka? tau ka pasal gerak saraf?propaganda?gerak kerja?risikan,profiling pengundi? semua tu kena ada, budak blogger tepi jalan pun 100 kali lebih hebat,yang jaga war room tu semua pembohong besar ,setakat pelekat peratusan pengundi dan graf warna warni itu bukan war room tuan.

Sudah berpuluh isu Pulau Pinang dibangkitkan dari blog Pisau dan rakan rakan blogger lain,langsung tak disambut oleh pemimpin UMNO. Rata rata orang UMNO buta politik,nak berhujah dengan pembangkang pun macam teluq separuh masak. Bila buat sesi penerangan isu politik pakat lari keluar hisap rokok.

Isu isu Penang blogger bangkitkan,takkan lah nak tunggu blogger suap pulak,tu dah melampau la.

Walau bagaimana pun,sekali lagi Pisau ucapkan tahniah kepada UMNO Negeri Pulau Pinang kerana mengikuti jejak langkah UMNO Selangor yang menganjurkan SSDE. Program santai UMNO Penang "JOM TIDOQ" mendapat sambutan yang amat hebat.

Kepada ahli UMNO Penang yang nak menyertai program "JOM TIDOQ " anjuran UMNO negeri,sila dapatkan borang sama ada di cawangan atau bahagian anda.Jangan lupa dapatkan bantal dan selimut toto percuma dari bahagian masing masing."  DARI BLOG PISAU.NET.

Arab nak kata: perhhhhhh memang tajam cukup pedih kalu baca komentar dari seorang blogger ini, aku nak tambah lagi , memang benar apa yang di katakan oleh PISAU,  sebagai contoh ialah Ketua Pemuda bahagian aku, asal call je tak jawab,,,,sms pun tak reply, bila arab call je.,..dia akan jawab macam nie, " arab nanti saya jumpa 2/3 hari nie, saya akan call balik, tunggu punya tunggu mai kat 4 bulan, lepas tu call lagi..jawapanya sama gak, dok 2/3 hari kita jumpa...tapi tak jumpa2. membawa ke 4 bulan seterusnya, aku call lagi, jawapan tetap sama cuma lain sikit ayatnya, dalam 2/3 hari kalu free kita jumpa, begitu lah ayat seterus. kalu dah kata sampai 3 kali  tu membawa ke tahun depan lah,  aku nak panggil ketua ini ngan panggilan KETUA 2/3 hari nak jumpa....tapi tak jumpa2 jugak, tahun nie 2010 lagi teruk...aku call langsung tak jawab...sms pun tak reply,

arab pernah tanya. baca tak blog, oh tak ada masa ler. itu lah jawapan yang paling selamat,  mungkin bagi depa nie...bloggers bloggers nie seperti melukut di tepi gantang,,,datang tak dipanggil, pergi pun tak di suruh...




Related Posts with Thumbnails