Tuesday, October 31, 2017

TOL BUKIT KAYU HITAM TAMAT BEROPERASI 1 JANUARY 2018. #bajet2018 #kekalnajib


isu tol bukit kayu hitam ... aku takmo ulas  panjang ...sebab orang dah  bodoh memang akan tetap bangang... pengumuman hapuskan tol baru saja di umum hari jumaat. 

banner tu dah naik rasanya dah awal .. Najibrazak dah terang terang umum mulai 1january 2018 tol bukit kayu hitam di hapuskan ... bukan nya kata umun jumaat petang . sabtu dah hapuskan .... 

ada puak main isu ... kata najibrazak tipu rakyat ... tu aku kata bangang mesti pembangkang ..... simpan sikit bodoh tu untuk PRU14 .. 

....... pssss  kata takmo ulas ...pi ulas juga ...gatai tangan ... 

#bajet2018 #kekalnajib #kamigengnajibrazak

Friday, October 27, 2017

#BAJET2018 UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Bajet BN Lebih Menyeluruh Untuk Rakyat Malaysia

Berbeza dari belanjawan pembangkang yang hanya mementingkan syarikat luar negara, barangan import dan golongan tertentu sahaja, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah yang paling menyeluruh untuk segenap lapisan rakyat di Malaysia.

Daripada pegawai tinggi kerajaan, GLC sehingga ke Tok Siak menjaga masjid pun menerima habuan dalam bajet kali ini bukan sedikit tapi bayaran lebih RM1,000 buat pertama kali berbanding hanya RM500 sahaja sebelum ini.

Ini menunjukkan status ekonomi negara dalam keadaan baik. Oleh kerana itulah, Najib menggelarkan bajet tahun depan itu sebagai "ibu segala bajet". 

Ini adalah antara 10 kelompok golongan rakyat yang menerima manfaat daripada Bajet 2018 yang dibentangkan hari ini.

1. Anak Dalam Kandungan

Paling istimewa ialah ialah bayi yang masih dalam kandungan juga bakal menerima faedah melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) iaitu akan diberikan dana tabungan permulaan bernilai RM200 dalam bentuk unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk anak dilahirkan 1 Januari 2018 hingga 2022.

2. Ibu Mengandung

Ini juga adalah golongan yang diberikan perhatian dalam Bajet 2018 ini kerana tahun depan adalah Tahun Memperkasakan Wanita yang memberikan keutamaan kepada wanita yang sedang mengandung.

Bagi, wanita yang mengandung dan bekerja dengan kerajaan, mereka yang mengandung lima bulan ke atas akan dibenarkan balik awal sejam termasuk suami yang bekerja berdekatan. 

Untuk mereka yang mengandung dan bekerja swasta cuti bersalin mandatori swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari.

3. OKU Dan Warga Emas

Bagi kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU), dalam Bajet 2018 kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan elaun warga emas kepada RM350 sebulan yang menyediakan peruntukan RM603 juta.

Kemudian, kerajaan juga menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan melibatkan jumlah keseluruhan RM100 juta.

4. Pesawah Padi

Sebanyak RM2.3 bilion diperuntukan dalam bentuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah dan juga diberikan bantuan RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir RM150 juta ringgit kepada semua golongan pesawah.

5. Tok Imam, Tok Siak & Tok Batin

Tok Batin dan Ketua Kampung menerima bantuan khas sekali sejumlah RM1,500, termasuk bantuan khas kepada guru KAFA, Takmir Imam, Bilal dan Tok Siak sementara elaun warga emas kepada RM350.

6.  Usahawan Food Truck & Motosikal Tiga Roda

Perdana Menteri mengumumkan pemberian kemudahan pinjaman mudah kepada pengusaha Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4 peratus dengan peruntukan RM120 juta.

Manakala program motosikal tiga roda, mobilepreneur dan program MyAgrosis diberikan peruntukan RM25 juta.

7. Penoreh Getah

Bagi penoreh getah, mereka turut menerima peruntukan paling besar pernah diumumkan iaitu RM2.3 bilion dan daripada jumlah itu diperuntukan untuk program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruktur pengeluaran latex.

8. Suri Rumah dan Ibu Tunggal

Golongan wanita disifatkan oleh Najib sebagai pembayar hutang yang baik dan kebanyakan dari mereka ialah sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Untuk memberikan mereka ruang untuk berusaha lebih gigih, mengubah nasib dan memajukan diri serta keluarga masing-masing.

Diperuntukkan pembiayaan Amanah Ikthiar Malaysia, AIM sejumlah RM2.7 bilion bagi memanfaatkan hampir 400,000 orang peminjam.

Dalam Bajet 2018, Najib mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit.

9. Pelajar Tingkatan 6 

Untuk mereka, kerajaan akan memberikan Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar.

10. Pemandu Teksi

Untuk menjana pendapatan rakyat, dalam hal ini kepada pemandu teksi berdaftar sedia ada, mereka akan diberikan geran RM5,000 untuk mereka membeli kereta baru bagi menceburkan diri dalam perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber.

Bajet ini tidak akan terhasil jika dakwaan kerajaan Malaysia akan muflis benar seperti yang diperkatakan selalu oleh para pemimpin Pakatan Harapan (PH). 

Pembangkang terus terkedu melihat Bajet 2018 ini. Bajet Alternatif mereka yang dibuat beberapa hari lalu sudah boleh dibuang dalam tong sampah dah. 

Rakyat lebih berkeyakinan dengan Bajet BN berbanding cakap cakap kosong pembangkang. 

Tulisan : 
Beruang Biru
BB636, Jumaat 
27 Oktober 2017

Thursday, October 26, 2017

HAPUS GST BELUM MENJANJIKAN HARGA BARANG AKAN TURUN #bajet2018


Apa guna hapus GST, kembalikan SST jika Pakatan tak berani jamin harga barang boleh turun

10 PERKARA YANG DIJANGKA BERLAKU JIKA PAKATAN BERJAYA HAPUS GST

1. Dalam Bajet Alternatif 2018 yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan, mereka berhasrat untuk memansuhkan GST, tetapi mengekalkan kadar sifar (0%) GST dan melaksana semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar lama.

2. Sukar memahami bagaimana Pakatan mahu melaksana sifar GST dan melaksanakan SST pada waktu yang sama. Apapun kita tahu sebelum ini SST mempunyai beberapa kadar, iaitu kadar standard 10% dan kadar-kadar lain adalah 5%, 20% dan kadar spesifik seperti 58 sen bagi setiap liter petrol dan diesel.

3. Apakah kesan yang boleh dijangka jika Pakatan berjaya melaksanakan GST 0% dan SST 10%, 5%, 20% dan 58 sen bagi setiap liter petrol, diesel? Berikut adalah perkara-perkara yang berkemungkinan besar berlaku:-

I. Sistem percukaian yang huru hara kerana terdapat dua sistem,  iaitu GST 0% dan SST pada empat kadar

II. Pengguna dicukai dua kali,  misalnya di kedai tayar. Kali pertama, Cukai Jualan 20% untuk harga tayar, kali kedua dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% pula.

III. Cukai Jualan di'mark-up' bersama harga barangan kerana tiada kaedah 'tuntutan cukai input'. Jika Cukai Jualan di peringkat pembekal adalah 5%, selepas pengambilan margin 25% oleh pemborong dan 50% oleh peruncit, kadar 5% tadi boleh meningkat menjadi 10% apabila sampai ke tangan pengguna.

IV. Di bawah SST, petrol dan diesel mempunyai Cukai Jualan 58 sen seliter

V. Berlaku ketirisan dan pengelakan Cukai Jualan di peringkat pembekal, pengilang dan pengeksport.

VI. Shadow Economy dan Black Economy akan hidup subur kembali.

VII. Peniaga membuat perisytiharan palsu Cukai Pendapatan dengan lebih mudah kerana kerajaan sukar menganggar margin keuntungan menerusi sistem SST

VIII. Peniaga boleh menaikkan harga barangan secara melampau dengan lebih mudah kerana apabila cukai input tidak dituntut dan tiada cukai dikutip semasa barangan dijual kepada pengguna, agak susah untuk membuat anggaran margin yang diambil oleh peniaga untuk dikenakan tindakan.

IX. Perbelanjaan mengurus akan meningkat kerana Bajet Pakatan tidak mengambil kira impak 0% GST, di mana bagi barangan dengan kadar sifar GST, cukai inputnya boleh dituntut.

X. Tiada pemimpin Pakatan yang berani menjamin bahawa HARGA BARANG AKAN TURUN selepas menghapuskan GST dan kembali kepada kadar lama SST

4. Kalau TIADA PEMIMPIN PAKATAN YANG BERANI MENJAMIN BAHAWA HARGA BARANG AKAN TURUN selepas PEMANSUHAN GST dan MENGEMBALIKAN SST, maka apa gunanya Pakatan beriya-iya mahu memansuhkan GST dan kembali melaksanakan SST?

Oleh:
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

Monday, October 23, 2017

KERAJAAN NEGERI CUBA PERBODOHKAN RAKYAT PULAU PINANG ITU HANYA KEMALANGAN


Jawapan dari MBPP amat dangkal dan nampak sangat cuba menafikan salah mereka meluluskan projek perumahan di Lembah Permai Tanjung Bungah.

Alasan mereka Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan projek Kolej Tar pada tahun 2008 menjadi indikator untuk meluluskan projek "tanah runtuh". 

Jika diteliti gambar di atas, Kolej Tar tidak berada di lereng bukit berkecerunan 15°-20°, dan bangunan mereka bukan dengan ketinggian 53 tingkat, serta jarak mereka dengan kuari milik BSG (pemaju projek tanah runtuh) melebihi dari jarak larangan.

Satu lagi alasan kata mereka Jabatan Mineral dan Geosains telah menyokong permohonan pemaju, jgk agak pelik, kerana bak kata Jurutera Profesional Ir Kamarul Badlishah "Kau bukan nak buka lombong besi nak pakai ulasan jabatan mineral dan geosains. Ni nak bina bangunan tinggi di tepi bukit. Ulasan kesan alam sekitar dan teknikal yang kena tengok.."

Jelas, projek ini mempunyai unsur-unsur tidak betul dan kerajaan negeri terus menafikan salah mereka, sebaliknya membuat kesimpulan kejadian tanah runtuh tersebut hanyalah kemalangan di tempat kerja. 

p/s: jangan ingat rakyat bodoh mcm hampa DAP woiii.

azman haj 

Saturday, October 21, 2017

TRAGEDI TANAH RUNTUH AKIBAT KEDEGILAN KETUA MENTERI DAP.


ADUN DAP Tanjung Bungah telah membantah projek pembangunan lereng bukit tetapi tidak di endahkan oleh ketua menteri dap ... 

akibatnya pagi tadi tragedi tanah runtuh telah mengorbankan hampir 15 nyawa pekerja binaan di situ . 

kedegilan dan kebongokan ketua menteri dap pulau pinang terserlah dalam isu ini.

sikap Lim Guan Eng sendiri lebih suka memburukkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terdahulu dalam segala hal berbanding menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat. 

#tanahruntuh #dapgagal

Friday, October 20, 2017

KAPTEN IZHAM CEO BARU MAS.

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kapten Izham Ismail diumumkan sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) selepas jawatan itu ditinggalkan Peter Bellew yang mahu kembali semula ke Ryanair Ltd. (Ryanair) berkuat kuasa serta merta.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Kapten Izham Ismail sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi MAB. - UTUSAN ONLINE

komen aku 
semasa MAS melantik orang luar menjadi CEO. tun m salahkan Najibrazak.  
harap kali ini ceo baru bukan orang bugis, takut tun m meroyan lagi dan salahkan NajibRazak .. 

AHLI AHLI DAP YANG TENTUKAN C.A.T MASIH WUJUD ATAU TIDAK

Memang isu berkenaan pemilihan CEC parti DAP yang masih tergantung dengan pelbagai alasan itu sudah pun memalukan seluruh ahli dan konco-konco DAP.Walaupun pimpinan tertinggi parti itu masih lagi mendabik dada kononnya mereka tidak bersalah dan apa yang berlaku itu disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak sepatutnya terjadi, banyak pihak melihat ianya sekadar alasan semata-mata.

Hakikatnya yang berlaku adalah sikap penting diri pimpinan DAP sejajar dengan peruntukan berat sebelah yang terdapat dalam perlembagaan parti cauvinis itu sendiri yang menafikan hak para ahli untuk menyatakan hak mereka sekaligus menelanjangkan dasar parti itu sendiri yang begitu mirip kepada amalan mana-mana rejim dalam dunia.

Ahli di beza-bezakan dengan taraf keahlian serta cawangan mengikut gred-gred tertentu dan hanya segelintir sahaja yang boleh menentukan kedudukan pucuk pimpinan parti.Selebihnya hanya mampu melihat dan mengiakan apa sahaja yang berlaku walaupun tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Apakah ini contoh terbaik di waktu mereka sendiri melolong kononnya dasar kerajaan pemerintah BN yang di tunjangi UMNO itu sebagai tidak mengamalkan prinsip demokrasi yang sebenar ?

Apa pun ianya terpulang kepada penerimaan dan penilaian para ahli DAP itu sendiri sebab mereka adalah di kalangan yang mempunyai suara untuk merubah segala kepincangan yang berlaku.

Jika tidak seluruh ahli DAP akan terus menjadi hamba abdi politik kepada Dinasti Lim kerana cengkaman yang begitu kuat terhadap parti akan terus diperketatkan.

Buktinya sudah ada, pemilihan CEC yang bakal diadakan nanti akan menentukan sama ada hamba-hamba abdi politik ini masih mahu meneruskan sokongan membuta-tuli mereka terhadap parti yang kini turut dipergunakan oleh segelintir mereka yang punya kepentingan.

Apakah Lim Guan Eng yang kini sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa akan terus dibiarkan bertanding bagi mengisi antara jawatan tertinggi dalam parti DAP ?

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, ini berikutan Guan Eng sendiri merupakan individu yang dituduh di mahkamah atas ke­salahan rasuah dan masih dalam tempoh menunggu untuk dibi­carakan.

Bagaimanapun, katanya, adalah tidak salah untuk Ketua Menteri Pulau Pinang itu meneruskan niat untuk bertanding dalam pemilihan semula kerana tindakan itu tidak melanggar undang-undang.

"Kalau dia kena tuduh di mahkamah, itu bermakna sudah ada rekod walaupun belum dibuktikan bersalah.

"Guan Eng adalah orang yang selalu bercakap pasal ketelusan dalam parti sedangkan dirinya sendiri masih dalam proses perbicaraan mahkamah berhubung isu rasuah. Hal ini tidak elok dari segi moral selain dianggap tidak beretika sekiranya dia terus bertanding," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

DAP baru-baru ini memutuskan untuk mengadakan semula pemilihan CEC parti itu pada 12 November ini seperti diarahkan Jabatan Pendafta­ran Pertubuhan (ROS) selepas dua pemilihan sebelum ini tidak diiktiraf kerana tidak sah.

Tambah Tunku Abdul Aziz, jika Guan Eng bertanding dalam pemilihan semula CEC itu sekalipun, peluang untuk dirinya menang adalah sukar kerana dipalit dengan pelbagai kontroversi selain tuduhan di mahkamah.

Katanya, hal ini bagaimanapun terpulang kepada ahli-ahli DAP yang terlibat dalam pengundian pada 12 November ini.

"Kalau ahli-ahli DAP yang mengikut prinsip CAT seperti yang dilaungkan DAP, maka mereka perlu menolak pemimpin-pemimpin yang mempunyai masalah etika dan moral," katanya.

Maka jelas sekiranya Guan Eng masih lagi di berikan ruang untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu maka DAP bukan sahaja sudah meliwat prinsip CAT yang di agung-agungkan mereka tetapi turut mengikat mulut para ahlinya dengan terus menghamba-abdikan seluruh ahli dan para penyokong parti 

Thursday, October 19, 2017

AIR PULAU PINANG PALING MAHAL

Ketua Menteri DAP Negeri Pulau pinang gagal lagi  dalam mengurus air. apabila di laporkan harga air paling mahal kalau nak bandingkan dengan negeri lain seperti Melaka, Sabah, Labuan, Terengganu, Sarawak, Kelantan dan Perlis kini mempunyai kadar air komersial yang lebih murah 

kerajaan pusat telah mengambil alih hutang perbadanan air pulau pinang sebanyak RM655 juta dan di tambah dengan geran RM1.2billion tetapi  air tetap mahal . .

pengerusi syarikat air pulau pinang di bawah ketua menteri lim guan eng  buat apa dengan dana 1.2 billion. di manakah wang itu di belanjakan...??? 

mengaku saja lah Kerajaan terdahulu Barisan Nasional lebih cekap mengurus dengan menurunkan harga air sejak tahun 1985 21.5% turun 18% tahun 2008. rakyat pulau pinang menikmati kadar harga air murah sebelum ini .

Tuesday, October 17, 2017

TUN M MEMBAWA AGENDA DAP

penjawat awam yang tidak menyokong pakatan harapan. akan di buang kerja  kalau pakatan memerintah ... 

nampaknya TUN M sekarang tunduk pada penjuangan DAP.  

laungan mahu membuang kakitangan kerajaan adalah agenda DAP. terima kasih kepada TUN M kerana menjadi jurucakap kepada agenda DAP. 

Ya Allah ...Kau panjang kan laa umur Tun M sikit ja lagi... bagi lepas PRU14 dulu.  amin 

#kamigengnajibrazak  #kekalnajib

FELDA TIDAK BANKRAP TAPI RAFIZI YANG BANKRAP

afizi Ramli dan Pakatan Harapan mahu semua Rakyat Malaysia percaya bahawa Felda sudah bankrap, hanya kerana Felda menjual Pangsapuri Servis Grand Plaza di London.

Mereka cuba kelirukan rakyat dengan maklumat palsu terutama isu penjualan aset hartanah Felda didalam dan luar negara tetapi mereka lupa mengenai fakta bahawa sejak 2015 liabiliti Felda adalah RM11.5 billion manakala asset Felda pula adalah RM28.2 billion.

Manakala bagi pembelian Pangsapuri Servis Grand Plaza di London adalah 100% daripada hasil penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd pada 2012 dan ianya tidak menggunakan wang rakyat tetapi hanya melibatkan dana dalaman Felda. 

Malah Pengerusi Felda Shahrir Samad berkata penjualan Pangsapuri Servis Grand Plaza di London adalah salah satu inisiatif penyusunan semula aset-aset Felda dan salah satu langkah bagi penstrukturan untuk kukuhkan kewangan Felda.

Inilah antara fakta sebenar.. 

Jadi tertanya saya adakah Rafizi Ramli boleh dipercayai setelah beliau sendiri adalah seorang penipu kepada semua pendermanya, wang yang didermakan untuk membayar denda samanya tidak dibayar malah kini beliau berdepan dengan status kebankrapan hasil tuntutan penyamanya. 

Inilah usaha politik bagi menimbulkan syak wasangka dikalangan rakyat terhadap rakyat untuk mereka hasut bagi menimbulkan unsur kebencian terhadap Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional

Rakyat harus sedar dan matang serta dapat menilai segala dakyah didalam ucapan politik pembangkang .. 

Jangan sesekali kita termakan hasutan..

#RafiziBayarRafizi 

Monday, October 16, 2017

AZMIN ALI DAN NIK NAZMI MALUKAN PAKATAN HARAPAN

1) Himpunan Selamatkan Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang berlangsung Sabtu lalu hanya berjaya mengumpulkan seramai 4,000 orang menurut laporan polis. Laporan dari beberapa media pula menganggarkan kehadiran adalah kurang dari 10,000 orang. Jauh dari sasaran penganjur iaitu 100,000 orang.

2) Himpunan telah diadakan di Petaling Jaya, negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan atau menurut Menteri Besar, Azmin Ali, masih di bawah Pakatan Rakyat kerana PAS masih lagi bersama kerajaan negeri.

3) Tetapi, jumlah kehadiran yang jauh dari sasaran telah secara jelas memalukan Pakatan Harapan. Masakan tidak, Menteri Besar Selangor adalah Azmin Ali iaitu Timbalan Presiden PKR. Salah seorang Exco kerajaan negeri iaitu Nik Nazmi adalah Ketua Angkatan Muda PKR, salah satu penganjur utama perhimpunan ini iaitu Pemuda Pakatan Harapan.

4) Azmin Ali sebagai pengerusi Pakatan Harapan negeri Selangor seharusnya malu dengan angka ini. Jika diikutkan logik dari keputusan PRU13 lalu, dua kerusi parlimen Petaling Jaya iaitu PJS dan PJU merekodkan jumlah kemenangan parti di bawah Pakatan Harapan dengan majoriti sebanyak lebih 60 ribu. Jumlah majoriti di Petaling Jaya ini sahaja sudah boleh memenuhi 60% sasaran mereka. Tetapi Azmin Ali gagal menterjemahkan angka ini.

5) Manakala sebagai ketua AMK pula, Nik Nazmi seharusnya mencermin muka dengan kepimpinannya. Kehadiran golingan muda yang sangat kecil telah membuktikan Nik Nazmi sememangnya tiada pengaruh bukan sahaja dalam kalangan rakyat malah ahli AMK itu sediri.

6) Nik Nazmi perlu sedar, semua perhimpunan pembangkang sebelum ini digerakkan oleh golongan muda. Kelibat penggerak golongan muda dalam perhimpunan sebelum ini juga langsung tidak kelihat. Tidak hairanlah jika sebelum ini Nik Nazmi hanya mampu berucap di hadapan ribuan kerusi kosong ketika kongres sayap yang diketuainya.


7) Apa yang pasti, Pakatan Harapan tentu merindukan PAS, parti yang telah ditalakkan mereka. Bak kata Pesuruhjaya PAS Selangor, "itulah gambaran awal sokongan rakyat terhadap Pakatan. Sepatutnya semakin dekat dengan pilihan raya, mood untuk berhimpun lebih tinggi, namun saya boleh simpulkan hanya setakat itu sahaja kolaborasi yang boleh ditunjukkan rakyat terhadap Pakatan".

Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar / ADUN Sungai Panjang
16 Oktober 2017/10.15 pagi

Saturday, October 14, 2017

PEMIMPIN PEMBANGKANG PENCURI WANG RAKYAT #HapuskanKleptokrasi


"Sayangi Negara, Hapuskan Kleptokrasi"
Siapa sebenarnya pemimpin kleptokrasi Malaysia selama ini? 

Siapakah yg mengelapkan wang negara kpd skandal forex sehingga kita hilang RM32bilion, melingkopkan syarikat penerbangan negara MAS, menghancurkan kilang besi Perwaja, menambat ringgit hampir 9 tahun sehingga kini nilai RM terus merosot dan menyebabkan Bank Bumiputera bangkrap kerana nak menyelamatkan syarikat anak & kroni beliau? 

Kerajaan DAP Penang begitu jgk, kata depa la yg memajukan Penang sedangkan Penang mmg telah maju berpuluh tahun sebelum 2008. Kerana dasar kleptokrasi telah menyebabkan Penang kehilangan berberapa pelabur besar di negeri ini termasuk syarikat Seagate & Siltera. 

Lebih kleptokrasi bila rakus meluluskan pembangunan mewah sehingga rakyat terpaksa berenang dalam banjir lumpur setahun 2 kali. 

Hari ni mereka berhimpun nak menjatuhkan kerajaan pimpinan DS Najib yg didakwa klepto hanya kerana 1MDB lambat membayar hutangnya. Kita rakyat nilai sendiri dan fikir la siapa yg sebenarnya klepto??

#Negaraku
#KleptokrasiAbahKau
#TolakPH
#HapuskanKleptokrasi 

Monday, October 9, 2017

DAP PULAU PINANG MUSNAHKAN TAPAK WARISAN DUNIA

pulau pinang di bawah kerajaan DAP kemungkinan akan hilang status UNESCO WORLD HERITAGE ... bandar pulau pinang yang berumur lebih 200 tahun mula di angkat sebagai bandar warisan dunia pada tahun 2008 ketika itu di perintah oleh kerajaan BN

ini mmg betul patut di persalahkan kerajaan DAP.. jangan cuba memusing fakta bahawa ini semua salah BN

pada tahun 2009 hingga 2013. dipercayai 231 buah bangunan rumah rumah lama telah di jadikan pusat komersial seperti hotel. restoran dan bar

apa lagi yang kerajaan DAP buat sehingga bangunan bangunan lama warisan sudah rosak akibat kerakusan dap ini ..

pangkah lah lagi ..ubah lah ... kita yang dapat taik .  DAP memang gagal .

#dapmenangrakyatberenang #dapgagal 

Related Posts with Thumbnails