senario politik permatang pauh kembali dengan budaya menghina, menyerang peribadi pemimpin, fitnah dan lebih teruk mengeji sehingga menjatuhkan maruah orang, habis semua anak bini orang di selak habis habisan.
bila ini terjadi, aku dapat gambar kan, piliharaya nak dekat atau pemilihan parti nak tiba.
dengan kehadiran hantu hantu raya guna ACC FACEBOOK menulis tanpa sempadan, persoalannya sampai bila ??? perkara ini hendak di rosakkan.
aku bukan pengundi di permatang pauh, tetapi aku beruntung tinggal di seberang jaya . berkawan dengan ramai pemain pemain politik dalam kawasan.
pemimpin UMNO di permatang pauh bukan lah malaikat, jangan lah kerana itu kita nak membalun selagi boleh, kepada hantu hantu raya di dalam permatang pauh yang kata hebat sangat, jika ketua umno bahagian , timbalan ketua umno, naib ketuam umno, tidak boleh memimpin, tampil lah kedepan, nama nama yang layak . jangan jadi anjing menyalak bukit. jangan jadi hantu raya. jangan baling batu sembunyi tangan... kalau nak membantu umno di permatang pauh ayuhhh kita lawan.
KALAU TANGAN ITU TIDAK BOLEH MEMBANTU. JANGAN LA JADI TANGAN YANG MENGHANCURKAN...
Cukup-cukuplah mencerna cerca,
Mengaduk cemar dalam wadah perjuangan ini, bimbang tergelincir iman, tersungkur taqwa, lompong amal menebak lohong dosa,
Wangian kasturi jiwa meloyakan
akal mengkal menghukum , jari jemari kudung ilmu, buta adab,
menitip bait-bait nista, seakan lupa,
mensucikan lumpur dunia, kerana masa dijemput Sang Pencipta, bukan punya kita....
psssss.... dia naik kuda ka. naik lembu ka. naik kerbau kaa. dia buat kerja . yang kita dok membalun ...apa dah kita buat untuk pengundi dan rakyat permatang pauh....tak kan membantu calon calon PKR kot.
0 comments:
Post a Comment