DAP & Jawatan TPM | Peserta terbaru dalam debat 'DAP mahu jawatan TPM' adalah Teresa Kok, AP (DAP) Seputeh.
Teresa Kok menuduh Rahman Dahlan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila dalam tweetnya sebagai respons kepada Mahadet berkata perlantikan seorang pemimpin DAP (Lim Kit Siang) akan mengubah lanskap politik negara.
Rahman Dahlan menafikan kenyataan dia itu adalah satu kenyataan rasis. Aku pun tak nampak bagaimana kenyataan Rahman Dahlan boleh dianggap sebagai satu kenyataan yang rasis.
Persoalan aku, kenapa Teresa Kok dari DAP cuba menjadikan isu ini isu perkauman? DAP selalu melalak mereka bukan parti perkauman tetapi DAP jugalah yang sentiasa cuba menyemarakkan politik perkauman. DAP jugalah yang sentiasa cuba mengaitkan semua hal yang berlaku dalam negara dengan perkauman.
Dalam soal jawatan TPM, kenapa DAP SANGAT TAKUT untuk mengakui mereka juga berminat untuk jadi TPM malah PM jika mereka berpeluang atau diberi peluang?
Kenapa beri alasan tak mungkin seorang pemimpin DAP boleh jadi TPM kerana kaum Cina minoriti sedangkan keahlian DAP bukan 100 peratus dari kaum Cina sahaja?
Secara tidak langsung, DAP (Lim Guan Eng) juga menyatakan bahawa seorang pemimpin MCA dari kaum Cina tidak layak jadi TPM kerana dia dari kaum minoriti. Siapa bermain "racial cards" di sini?
Bukankah dalam DAP juga ada Melayu, India, Sikh dan lain-lain kaum atau bangsa? Kenapa sempitkan peluang hanya kepada kaum Cina dalam DAP sahaja? Siapa yang bermain di atas landasan atau pentas kaum dan bangsa?
Jika seorang pemimpin Cina lebih layak menjadi TPM berbanding seorang pemimpin dari kaum lain, apakah DAP akan menafikan merit orang itu hanya kerana dia Cina dan dari kumpulan kaum minoriti? Bukankah ini satu amalan perkauman?
Apakah DAP sebenarnya sangat sedar bahawa kaum masih menjadi asas pertimbangan dalam politik Malaysia pada masa ini ?
sumber facebook Azizi Safar.
komen aku: kenapa DAP bersilat pulak. semua benda dia nak main perkauman. adakah bila kita kata ANWAR IBRAHIM tidak boleh jadi PM. bermakna kita nie anti melayu . DAP lah parti perkauman sebenarnya...
0 comments:
Post a Comment