Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang lepas mencetuskan kontroversi apabila sesi soal jawab tidak diadakan yang disifatkan oleh ADUN Barisan Nasional (BN) menwakili rakyat sebagai tindakan 'membunuh' sistem demokrasi berparlimen negara. sila rujuk DUNPulauPinang
antara lain yang di bangkitkan oleh ahli parlimen kepala batas ialah meminta kerajaan untuk menjelaskan soal Petronas tidak menggunakan bakat dan pengalaman anak muda tempatan di dalam menerajui petronas.
Petronas mesti lebih mengutamakan bakat-bakat tempatan untuk memegang jawatan tertinggi di dalam syarikat tersebut serta anak-anak syarikat yang lain. ''Kita sebenarnya mempunyai ramai anak-anak tempatan yang mempunyai kemahiran cukup tinggi yang sepatutnya boleh digunakan sepenuhnya bakat-bakat mereka ini,
di akhir ucapan pembahasan nya Reezal Merican mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk memberi pelepasan cukai kepada bonus tahunan yang diterima oleh kakitangan bank-bank tempatan. kerana walaupun mereka ini menerima bonus sehingga 4 bulan. cukai yang di kenakan hampir satu bulan gaji mereka hilang. kerajaan harus melihat ini kerana golongan pekerja bank ini tidak mempunyai pendapatan lain lalu untuk mensejahterakan pekerja ini adalah elok kerajaan untuk pertimbangkan mengurang cukai pendapatan.
3 comments:
Pengurusan Petronas perlu dipulihkan imejnya daripada berwajah barat kepada wajah Malaysia. Barisan Pengurusan Tingginya perlu dirombak, yang dah lama sangat kat Petronas yang sombong dan rasa dia bagus sangat termasuk Presidennya,Datuk Anuar Ahmad dan tiga empat orang lagi tu ditamatkan saja kontrak mereka.
Sebenarnya Pengurusan tinggi Petronas termasuk disemua anak syarikat-anak syarikatnya tidak lagi mesra kakitangan dan tidak mesra pelanggan. Tagline Pengurusan Tingginya ialah " One to go ten ready to come" yang membawa maksud mereka tidak hairan kalau ada kakitangan yang mengancam untuk berhenti kerja kerana bagi mereka ada ramai lagi kat luar sana yang sedia memasuki Petronas. Memang betul ramai lagi yang hendak bekerja dengan Petronas tapi tak terfikirkah jumlah pengalaman yang begitu bernilai yang membazir begitu saja bila kakitangan-kakitangan yang berpengalaman berhenti.
Petronas tidak mengamalkan demokrasi dalam organisasinya, Petronas menyekat kebebasan bersuara kakitangan-kakitangan eksekutifnya dengan tidak membenark mereka menubuh persatuan dalaman. Petronas adalah satu organisasi perniagaan yang lebih bersifat "authocratic".
Lebih banyak mengenai kelemahan Pengurusan Petronas perlu dibongkarkan didalam Parliment.
Kepincangan yang berlaku di dalam Petronas banyak terselindung dibelakang lapuran-lapuran keuntungan tahunannya yang berbilion ringgit yang embuatkan orang ramai dan Perdana Menteri tertutup mulut.
terima kasih dengan komen tuan.
chibai mamak kutty
Post a Comment