Tuesday, September 10, 2013

PEMILIHAN UMNO, ATURAN DAN KAEDAH PEMILIHAN #PemilihanUMNO2013 #PAU2013

PEMILIHAN UMNO, ATURAN DAN KAEDAH PEMILIHAN

Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan Ibu Pejabat UMNO:

SURAT PEKELILING IBU PEJABAT

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

2.1 ATURAN KAEDAH PEMILIHAN DAN BORANG PENDAFTARAN

2.1.1 Kaedah pemilihan akan diadakan secara serentak di semua 191 Bahagian

2.1.2 Borang pendaftaran akan diagihkan seminggu lebih awal oleh Ibu Pejabat

2.1.3 Borang tersebut hendaklah diserahkan di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing dan perlu disertakan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian

2.2 TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO

2.2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia atau peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ditetapkan pada 21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.3 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN

2.3.1 Tarikh mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan serentak pada 12 Oktober 2013 (Sabtu).

2.4 PEMILIHAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA

2.4.1 Tarikh pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia diadakan serentak pada 12 Oktober 2013 (Sabtu).

2.5 TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN JAWATANKUASA BAHAGIAN

2.5.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Ahli Majlis Tertinggi dan peringkat Jawatankuasa Bahagian ditetapkan pada 28 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.6 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN BAHAGIAN

2.6.1 Tarikh Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan di peringkat Bahagian diadakan serentak pada 19 Oktober 2013 (Sabtu).

2.7 PEMILIHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN WAKIL BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

2.7.1 Tarikh Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak pada 19 Oktober 2013 (Sabtu).

3. Sekian dimaklumkan, semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya. Terima kasih.

sumber: UMNONLINE


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tenggiri,Bandar Seberang Jaya,Malaysia

0 comments:

Related Posts with Thumbnails